8

5.9K 320 1
                                    

Pagi itu, Iman Nadhirah bangun awal. Sebaik sahaja membuka mata, dia terus meluru masuk ke dalam bilik air bagi membersihkan diri. Kemudian, dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.

"Ma masak apa ni?" Soalnya. Tangannya mencapai ikan bilis goreng namun laju ditampar Mak Tipah, pembantu rumah mereka.

Iman Nadhirah terus menggosok-gosok belakang tangannya. Dia membuat muka. "Nak tanya pun salah."

Mak Tipah menjegilkan mata. "Nak tanya boleh. Tapi tangan tu janganlah menggatal ambil ikan bilis goreng ni. Nanti belum sempat hidang sudah habis gara-gara Irah."

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. Apalah nasib kena marah... Dia melangkah keluar dari dapur. Telefon pintar yang diletak di atas almari diambil.

Kata laluan ditaip laju. Dahinya berkerut melihat ada satu mesej WhatsApp baru diterima.

0198889198: Aku datang rumah kau selepas Zohor. Kelas tutor start harini.

Kelas tutor? Sejak bila aku ada kelas tutor ni? Soal hati Iman Nadhirah pelik. Tangannya laju membalas,

Me: Ni siapa eh?

Me: Aku rasa aku takde kelas tutor dengan sesiapa pun...

Ayat 'last seen...' bertukar menjadi online menandakan penghantar mesej WhatsApp itu sedang membuka aplikasi WhatsApp.

0198889198: Pelupa betul lah kau ni. Baru saja semalam Puan Siew Ling beritahu kau, yang dia carikan tutor untuk ajarkan kau subjek English.😒

0198889198: FYI, wahai Cik Troublemaker, ni aku, Zafriel Adrian.

Mata Iman Nadhirah membulat. Serius ke? Ini Zafriel a.k.a Pengawas Bajet Alim?!

Me: Kau rupanya! Lain kali beritahu lah nama. Mati-mati aku ingat Bangla mana tadi nak goda aku😝

Sah, dia dapat nombor aku dari abang ni! Teka hati Iman Nadhirah. Dia menyimpan nombor Zafriel dan menamakannya, Pengawas Bajet Alim. Tak habis-habiskan dengan gelaran itu?

Pengawas Bajet Alim: Eh, perasan betul lah kau ni! Siapa entah nak goda kau?

Me: Kaulah, Pengawas Bajet Alim! Tapi sorry lah, bro! Aku tak berminat.

Pengawas Bajet Alim: Kau ingat aku minat sangat pada kau? Urgh! Dahlah, dari aku sibuk melayan kau lebih baik aku buat kerja lain!

Me: Siapa suruh kau layan aku?

Pengawas Bajet Alim: Jangan lupa, aku datang lepas Zohor!

______

Iman Nadhirah membantu Mak Tipah dan Puan Sri Ilyana mengemas dapur. Mereka sekeluarga baru sahaja selesai makan tengah hari.

Tan Sri Nazmi awal-awal lagi sudah keluar berjumpa rakan-rakannya. Iman Nadzir pula leka menonton televisyen.

Ding dong!

Tiba-tiba loceng rumah ditekan menandakan ada tetamu baru datang. Iman Nadhirah meluru ke arah pintu utama sebelum sempat abangnya bangun dari sofa. "Biar adik bukakan!"

Iman Nadzir baru ingin membuka mulut, pintu utama sudah dibuka oleh adiknya. Mata Iman Nadhirah membulat apabila terlihat wajah Zafriel Adrian di muka pintu. Spontan dia menutup pintu. Kepala diraba. Oh my Allah! Aku tak pakai tudung?!

Sementara itu, tatkala pintu utama dibuka, spontan Zafriel Adrian melihat hamba Allah yang membuka pintu. Sangkaannya Iman Nadzir yang membuka pintu, namun ternyata salah.

Hamba Allah itu ialah Iman Nadhirah dalam keadaan tidak berhijab! Zafriel Adrian terpegun melihat kecantikan semula jadi Iman Nadhirah. Pandangannya tidak berkalih walau sesaat meskipun pintu sudah ditutup.

Tiba-tiba hujung baju T-shirtnya ditarik. Zafriel Adrian tersedar. Dia tergeleng kecil. Dalam hatinya beristighfar. Astaghfirullah... apa ni, Zafriel?!

Zafriel Adrian memandang adiknya. Zakwan Ashraff bertanya, "Abang, kenapa kakak tu tutup pintu lepas nampak kita? Ada apa-apa yang tak kena ke?"

Zafriel Adrian menggeleng kecil. "Takdelah. Kakak mungkin ada teringat sesuatu yang penting. Itu yang nampak tergesa-gesa," terangnya cuba menipu adik bongsunya itu.

Pintu utama dibuka dari dalam. Iman Nadzir tersengih melihat kedua beradik itu. "Zaff! Aku ingatkan siapa tadi. Err... kau ada nampak apa-apa ke tadi?" Soalnya. Dia bimbang sekiranya aurat adiknya itu dilihat oleh rakannya.

Zafriel Adrian laju menggelengkan kepala. Dia tahu menipu itu salah, tapi dia juga tidak mahu mengingat kembali rupa Iman Nadhirah yang tidak bertudung.

Iman Nadzir menghela nafas lega. "Eh, masuklah! Adik aku pergi pakai tudung sekejap. Kau dah nak mula kelas tutor hari ni ke?"

Zafriel Adrian mengangguk sebagai ganti jawapan ya.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now