27

4.6K 219 9
                                    

Iman Nadhirah membaca novel bahasa Inggeris yang bertajuk Maze Runner. Sedang dia khusyuk membaca, Azwan, ketua kelas 3 Teratai menegur, "Iman, Cikgu Adela nak jumpa kau kat bilik guru."

Iman Nadhirah menurunkan novelnya yang ditegakkan bagi membenarkannya memandang wajah Azwan. Dia mengerutkan kening. "Ada apa Cikgu Adela nak jumpa aku?"

Azwan menjungkitkan bahu. "Manalah aku tahu. Cikgu suruh kau pergi sekarang juga."

Iman Nadhirah mengeluh kecil. Malasnya! Novelnya ditutup setelah menanda muka surat yang ingin dibaca. Dia bangun dari kerusinya.

Darmia hanya memerhati. "Kau nak aku temankan tak?" Pelawanya.

Iman Nadhirah menggeleng. "Takpe lah aku boleh pergi sendiri." Dia kemudian menonong keluar dari kelas.

Dalam perjalanan ke bilik guru, dia masih tertanya-tanya atas sebab apa cikgu muda itu ingin bertemu dengannya. Nak kata cakap pasal akademik aku, cikgu tu bukannya ada ajar kelas aku pun! Except Pendidikan Jasmani.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Ish, takkan sebab PJ pulak!

Dalam sibuk bermonolog, dia melangkah masuk jua ke dalam bilik guru namun hanya kaki kanan berjaya melangkah masuk. Anggota badannya yang lain tidak. Dia terasa sempit.

Iman Nadhirah memandang ke sebelah kirinya. "Zafriel! Apa kau ni? Blah lah. Aku nak masuklah!" Marahnya. Serentak itu dia dan lelaki itu mengundur dari pintu masuk bilik guru.

Zafriel Adrian mengusap bahu kirinya yang bergesel dengan pintu kayu. "Aku pulak? Kau yang redah masuk tak tengok kiri kanan."

Iman Nadhirah mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Eeee... mamat ni! Aku pandang dia kecik besar kecik besar je! "Eh, kalau kau perasan aku nak masuk, apahal kau tak bagi aku masuk dulu? Nak jugak berhimpit situ!"

Zafriel Adrian mencebik. Matanya menjulingkan ke atas. "Manalah aku tahu. Lagipun, aku ingatkan muat je dua-dua nak masuk. Tak sangka kau gemuk tulah pasal dua-dua tak dapat masuk!"

Mata Iman Nadhirah serta merta membesar. Wajahnya sudah mula merah menahan amarah. "Eh, suka hati kau je kata aku gemuk!" Aku yang slim kalah model antarabangsa dikatanya aku gemuk! Kurang asam jawa!

"Betul lah aku cakap," ujar Zafriel Adrian tanpa rasa bersalah.

Iman Nadhirah mengetap gigi. Kemudian, dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. Chill, Iman. Chill. Takde guna kau layan pengawas bajet alim ni. Tujuan kau datang sini nak jumpa Cikgu Adela bukan mamat ni! "Dahlah, aku malas nak layan kau! Lebih aku masuk dulu, bye-bye!"

Baru sahaja ingin melangkah masuk, laju Zafriel Adrian memecut masuk sehingga menyebabkan Iman Nadhirah terjatuh di atas lantai yang sejuk di dalam bilik guru.

Iman Nadhirah menumbuk lantai itu melepaskan kegeraman. Siap kau, Zafriel Adrian! Kau ingat kau akan terlepas?! Dia terus bangun dan membetulkan dan memeriksa baju kurung sekolahnya sekiranya ada terkoyak atau sebarang kotoran.

Iman Nadhirah menghela nafas lega. Nasib takde koyak! Inilah dia padan dengan nama Canggih!
Eh alamak terbongkar rahsia aku pakai jenama Canggih!

Iman Nadhirah menggeleng. Tau merepek aje kau ni. Dia terus melangkah ke meja Cikgu Adela yang terletak di hujung bilik guru berhampiran dengan pantri.

Apabila gadis itu makin dekat dengan meja cikgu itu, dia melihat cikgu itu sedang berbual dengan seorang lelaki. Tidak lain tidak bukan si Zafriel. Balik-balik jumpa mamat ni. Kalau tak diingat jasa dia mentutor aku, rasanya aku dah lama kick dia masuk ke planet. Berkawanlah dengan alien kau kat sana.

Cikgu Adela yang sedang berbual kosong dengan Zafriel Adrian menyedari Iman Nadhirah yang berdiri beberapa langkah dari mereka. "Iman, sampai pun kamu! Mari sini, senang sikit saya nak terangkan sekali."

Iman tersentak dari bayangan Zafriel Adrian yang berkawan dengan alien dan akhirnya berkahwin dan hidup bahagia di planet itu. Apa kau merepek ni?!

"Ha, ada apa cikgu nak jumpa dengan saya? Dan kenapa pulak mamat ni boleh ada di sini?" Soal gadis itu tanpa bertangguh lagi.

Cikgu Adela tersenyum. "Saya nak maklumkan tentang hari sukan."

Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah serentak bertanya kembali, "Hari sukan?" Mata masing-masing sudah mula bercahaya bak lampu suluh yang baru sahaja diganti bateri.






✩✩✩✩✩

Hey guys, sorry lah aku lama tak update cerita ni. Ni semua pasai takda idea lah! Plus, apa salahnya aku bercuti kejap dari menulis, kan? Hahaha... mengada! Oh yeah, satu lagi sebab... ermm... nak kata busy macam tak busy. Nak kata tak busy, macam ya pulak. Haiyoo! Aku pun dah pening. Hahaha... Aku sekarang ni tengah struggle (lah sangattt😁) dengan kerja kursus sejarah. Tahun ni punya susah wei😱😱. Okey stop pasal tu.

Enjoy tak chapter kali ni? Please let me know. Sesekali bila suruh update tu, selitkan lah sikit comment, opinion about this story. Tak berat sangat kan permintaan author tu?😆 Hihihi... okeylah panjang pulaklah aku berceloteh. So, harap-harap adalah yang tunaikan permintaan aku tu😃

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now