12

5.7K 306 14
                                    

Zafriel Adrian menjamah bihun sup yang dibeli di kantin. Sesekali jam di pergelangan tangan kanan dikerling. Aisy, tak lama lagi budak semua rehat. Kena cepat makan ni!

Usai makan, dia berjalan ke tangga blok A. Tak semena-mena dia terserempak dengan Iman Nadzir bersama seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali. Zafriel Adrian menegur, "Assalamualaikum!"

Iman Nadzir dan pelajar di sebelahnya menoleh. Iman Nadzir senyum. "Waalaikumussalam. Kau nak pergi mana ni? Bertugas?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Haah. Kauorang?"

"Kami nak naik kelas semula. Tadi jumpa Cikgu Fareeda di kantin. Oh ya! Kenalkan ni Taufik, budak baru kelas aku. Taufik, ni Zafriel ketua pengawas sekolah ni. Kawan baik aku dari kecil."

Taufik dan Zafriel Adrian senyum seraya bersalaman.

Kringgg!

Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan pelajar tingkatan 3 hingga 5 mula berehat.

"Eh, kami pergi dululah! Lambat pula nanti"

Zafriel Adrian hanya mengangguk.

____

Intan asyik tersenyum dari pagi. Kelihatan seperti orang yang sedang bercinta pun ada. Darmia, Ainnur dan Iman Nadhirah berasa pelik melihat kawan mereka itu.

"Wei, Intan okey ke tak?" Soal Ainnur dengan nada bisik kepada Darmia dan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah bertanya pula, "Dia terlebih ke terkurang dos ubat harini? Ke dia sakit wei? OMG! Adakah Intan sudah buang tabiat?"

Pap!

Elok saja bekas cermin mata Darmia diketuk mengenai kepala Iman Nadhirah. Iman Nadhirah membuat reaksi ala-ala Shahrul Ridzwan di dalam drama Kau Aku Kita yang diketuk oleh bapanya menggunakan tongkat.

"Padahnya, merapu lagi!" Marah Darmia.

Iman Nadhirah mencebik. Alaaa... main-main pun tak boleh!

"Oit, Intan!" Ainnur cuba memanggil nama Intan.

Namun tiada reaksi dari pada gadis itu. Iman Nadhirah dan Darmia turut memanggil nama Intan. Juga tiada respon.

Pap!

Tepat balingan Iman Nadhirah mengenai kepala Intan. Intan terperanjat. Darmia marah, "Hoi, bekas spec aku tu!"

Iman Nadhirah memberikan sengihan pada Darmia kemudian dia memandang Intan.

"Apa kauorang ni?!" Marah Intan pula.

Iman Nadhirah menjawab, "Aku manusia. Mia manusia, Ainnur pun manusia. Takkan itu pun tak tahu?"

Pap!

Iman Nadhirah spontan memegang kepalanya. Dia memandang Darmia.

"Diam."

"Kau kenapa tersenyum bagai nak rak macam baru menang loteri je? Macam ada kekasih baru pun ada juga."

Intan tersenyum sipu. "Alahai, hensemnya dia weii! Kau nak tau tak tadi, aku nampak seorang pelajar lelaki lebih kurang form atas. Hensem! Jatuh cinta lagi. Lagi-lagi ku jatuh cinta!"

Pap!

"Ouch!" Intan mengaduh.

Darmia mengetap bibir. "Kot ya pun tak payahlah sampai menyanyi. Suara kau tu macam katak panggil hujan tau tak?" Sekaligus Darmia mengutuk Intan.

Intan hanya mencebik sedih. Mereka memang cakap main lepas. Tapi tak pernah simpan rasa tak puas hati.

"Siapa lelaki tu?" Tanya Ainnur yang berdiam diri sedari tadi.

Intan menjungkitkan bahu.

____

Taufik, Zafriel Adrian, dan Fahmi berjalan keluar dari bangunan sekolah. Kini sudah seminggu Taufik belajar di SMTI. Dia sudah pandai menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu.

Iman Nadzir tiada kerana membantu guru. Tiba-tiba Taufik terpandang seorang pelajar perempuan bertudung sedang berbual dengan rakan-rakannya di pondok bas.

Taufik menyiku Zafriel Adrian yang sedang membetulka  jam di tangan. "Zaf, Zaf, kau kenal tak budak tu?"

Zafriel Adrian mengangkat muka. Dia mencari-cari budak yang dimaksudkan Taufik. Fahmi turut sama mencari-cari.

"Yang mana?" Soal Zafriel Adrian.

Taufik menjawab, "Tu dekat pondok bas. Pakai beg warna ungu hitam. Dia berbual dengan tiga orang kawan dia."

Zafriel Adrian akhirnya dapat menangkap (err... aku tak tau perkataan yang sesuai) siapa yang Taufik maksudkan. Dia menjungkitkan kening sebelah. Nadhirah?

"Oh, itu Iman Nadhirah a.k.a Cik Troublemaker. Dia tu adik Nadzir," terang Fahmi.

Taufik mengerutkan kening. "Adik Nadzir? Tapi kenapa tak pernah aku nampak diaorang balik sama-sama?"

Fahmi menjungkit bahu.

"Dia tak suka naik motor," jawab Zafriel Adrian ringkas.

Taufik mengangguk faham. "Dia form berapa?"

"Tiga."

Taufik asyik memandang Iman Nadhirah. Zafriel Adrian yang sedar Taufik asyik memandang gadis itu berasa tidak puas hati. Iyelaa... suka suki dia je pandang-pandang tunang orang kan?

Kalau diikutkan rasa, mahu saja dia berkata, Iman Nadhirah itu tunangnya. Namun, adakah orang yang ingin percaya? Lagipun, keluarga mereka yang mahu merahsiakan. Tambah-tambah lagi Iman Nadhirah tidak tahu status dirinya yang sebenar. Kalau dia tahu, mahu mengamuk sakan tu!

"Eh jap! Kauorang kata dia Cik Troublemaker, kenapa?" Soal Taufik lagi.

Zafriel Adrian menjeling Taufik. Berapa banyak soalan kau nak tanya? Kau tau tak tu tunang aku?! "Dia suka langgar peraturan sekolah."

Taufik memandang Zafriel Adrian tidak percaya. "Serius ke?"

Fahmi mengangguk. "Takkan Zafriel nak tipu kot? Dia yang selalu tangkap Iman time Iman buat hal."

Taufik memandang kembali Iman Nadhirah. "Unik," gumamnya perlahan namun masih dapat didengar Zafriel Adrian. "Aku rasa aku dah suka dia lah. Dia single tak?"

Sreeet!

Spontan Zafriel Adrian menghentikan langkah. "Serius ke?" Soalnya tidak percaya.

Taufik mengangguk.

No way! My new friend likes my fianceé?





✩✩✩✩✩

Alamak! Taufik budak baru suka pada Iman Nadhirah? Kesian Zafriel terpaksa menahan sakit hati tu.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now