63

3.7K 216 19
                                    

Iman Nadhirah meneliti sekelilingnya. Sofa, televisyen, ubat. Ermm... hospital? Apa aku buat dekat hospital ni?

Doktor Zuki, doktor yang merawatnya baru sahaja lepas memeriksa keadaannya. Doktor muda itu sedang berbual dengan Zafriel Adrian di luar wad.

Tak lama kemudian, Zafriel Adrian masuk semula ke dalam wad. Dipandang Iman Nadhirah yang masih terpinga-pinga itu.

"Apasal aku ada kat dalam wad ni? Kau tu, apa kau buat kat sini? Mama dengan papa aku mana?" Bertubi-tubi soalan meluncur keluar dari mulut gadis itu. Bagaikan menembak pokok supaya tumbang menggunakan machine gun.

Eh, perumpamaan apakah itu?

Belum sempat Zafriel Adrian membuka mulut menjawab soalan gadis itu, Iman Nadhirah menutup tubuhnya dengan selimut. "Entah-entah mama dengan papa aku tak tahu aku ada kat sini. Kau ada niat nak cabul aku kan?"

Hampir terlopong jejaka itu mendengar andaian merepek Iman Nadhirah. Dia menghampiri katil gadis itu. "Eh, mana ada! Aku..."

"Tipu! Kau jangan dekat, aku jerit nanti! Aku dah kata, kau tu acah alim je. Tapi sebenarnya manusia bertopengkan syaitan. Nyah kau Zafriel Adriannirrojim!"

Zafriel Adrian pula yang tercengang. Zafriel Adriannirrojim? Zafriel Adrian yang direjam? Kurang ajar betul budak ni!

Zafriel Adrian mendekati dua langkah ke katil. "Kau merepek apa ni Iman Nadh..."

Serta merta jeritan nyaring Iman Nadhirah kedengaran. Pintu wad tiba-tiba ditolak dari luar. Seorang jururawat wanita kelihatan cemas mungkin disebabkan suara jeritan milik Iman Nadhirah. "Kenapa? Kenapa? Cik sakit ke?"

Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian berpaling memandang wajah jururawat itu. Iman Nadhirah mengambil kesempatan untuk memberitahu tentang niat buruk sang jejaka itu.

Namun, kesempatan itu berjaya dicuri Zafriel Adrian. "Eh, tak ada apa-apa, nurse. Ni tadi ada lipas, tu yang dia jerit tu."

Iman Nadhirah memandang lelaki itu dengan mata yang membulat. Lipas? Sejak bila aku takut dengan lipas?

Juruawat itu terpinga-pinga. "Lipas?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Haah. Lipas. Tak apa nurse boleh pergi sambung kerja nurse." Dia menghalau jururawat itu secara sopan.

Jururawat itu nenggaru kepala yang tidak gatal sambil menyusn langkah keluar dari wad pesakit itu. Seorang doktor mendekati jururawat itu. "Ada apa, Zila? Saya dengar ada orang jerit tadi. Patient mana yang jerit tu?"

Jururawat itu membalas pandangan doktor itu dengan pandangan yang bingung. "Patient yang cedera disebabkan kebakaran tu. Dia okey. Tapi lelaki yang jaga dia tu kata ada lipas, itu yang patient tu jerit."

Mata doktor itu terbuntang. "Lipas? Sejak bila hospital ni ada lipas??" Soalnya pelik yang amat.

"Itulah yang saya peliknya doktor."

_________

"Yang kau jerit tu kenapa, bebal?" Habis keluar perkataan bebal dari mulut Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah menjegilkan matanya. Bebal dipanggil aku? "Kau yang datang dekat aku siapa suruh, gila?"

Zafriel Adrian menjulingkan mata ke atas. "Siapa suruh kau tak bagi peluang aku terangkan, bengong?"

Ya Allah, sudah-sudahlah tu, bangang-bangang sekalian.

Bangang pula yang keluar!

Iman Nadhirah merengus marah. Dia menyilangkan tangan di dada. Matanya memandang tempat lain tidak mahu menentang mata lelaki itu.

Nanti dari mata jatuh ke hati, kan susah?

"Kau tu ingat tak apa yang berlaku sebelum kau masuk hospital ni?" Soal Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah menggaru kepala. Apa yang jadi sebelum aku masuk hospital?

"Ha tak ingat lah tu!" Celah Zafriel Adrian.

Iman Nadhirah merengus. "Ingat lah! Kaulah, bukan nak bagi amaran awal-awal. Aku tak sempat brek, dah langgar tiang. Apa-apapun aku menang!" Kedua-dua belah tangan diangkat ke udara.

Zafriel Adrian pula yang menggaru kepala. Apahal semua garu kepala ni? Jangkit dari nurse tadi tulah kut! "Apa kau merepek pula ni?"

"Yelah kita kan lumba main roller-blade. Aku langgar tiang tulah pasalnya," terang Iman Nadhirah tanpa rasa bersalah.

Zafriel Adrian mengeluh. "Salah lah! Kau masuk hospital sebab sekolah kebakaran haritu. Dah dekat sebulan kau duk sini. Kalau pasal roller-blade tu, tak sampai sehari dah sihat. Lagipun, kau pakai helmetlah!"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Eh ya ke? "Kebakaran? Macam mana sekolah boleh terbakar?"

"Panjang ceritanya. Dan mak ayah kau tahu kau kat hospital. Abang kau pergi jaga mama kau yang tengah demam sebab kau terlantar kat hospital ni. Lagi satu, abang kau dah jaga kau waktu petang tadi dah."

Iman Nadhirah mengangguk faham. Dia mengerutkan kening mengingat kembali satu ayat yang diberitahu lelaki itu. "Eh, kejap! Kau kata tadi aku duk sini nak dekat sebulan? Habis tu, aku tak  ambik ujian bertutur lagilah ya?"

Zafriel Adrian mengangguk.

"Alamak, macam mana ni? Mesti semua kawan aku dah lepas! Habislah aku, ambik sorang-sorang," ujar gadis itu cemas. Lebih kepada berkata pada diri sendiri. Kedua-dua belah tangannya dilekapkan pada kedua-dua belah pipi.

Zafriel Adrian malas mahu melayan. Dia duduk di sofa, kembali membuat latihan subjek Kimia.

"Ha, kau ambik oral dengan aku, Zaff? Teman aku. Kau baik kan..." Iman Nadhirah memujuk Zafriel Adrian. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

Lelaki itu memandang Iman Nadhirah dengan pandangan pelik. "Gilalah kau ni! Aku ni nak ambik SPM bukan PT3! Zaman PT3 aku dah lama berlalu."

Iman Nadhirah memuncung. "Aku tarik balik kata-kata aku tadi. Kau jahat! Tak nak kawan." Dia memeluk tubuh. Dipusingkan badannya membelakangkan lelaki itu.

Zafriel Adrian menggeleng kecil. Kenapalah kau suka sangat berperangai budak-budak, Iman Nadhirah?

"Zafriel..."

Sebelah kening Zafriel Adrian terangkat. Dikerling Iman Nadhirah yang menayangkan giginya yang putih. Nasib tak menyilaukan mata!

"Aku bosanlah. Kau nyanyi lagi boleh tak?"

Laju Zafriel Adrian mengangkat wajah. Lagi? Adakah...? "Kau... dengar ke aku nyanyi tadi?"

Iman Nadhirah mengangguk. "Dalam mimpi. Tapi aku rasa macam real lah. Nyanyilah, wei. Lagu Kau Ilhamku. Siapa penyanyi dia? Man Bai eh namanya?"

Wajah Zafriel Adrian pucat tak berdarah. Maknanya dia dengarlah aku cakap aku sayangkan dia?

Serta merta pipi lelaki itu merah.

"Woi, dengar tak?"

Zafriel Adrian tersentak sekejap. "Ha, ya ya. Kejap." Dia mengambil gitar akustik Iman Nadzir. Jarinya bermain pada tali gitar itu sehingga mengalunkan muzik. Dia pun menyanyi.

Iman Nadhirah tersenyum mendengar suara merdu lelaki itu. Terngiang-ngiang suara lelaki itu menuturkan ayat yang bisa membuatkan gadis-gadis cair di dalam mimpinya. Mimpi yang terasa seperti realiti.

"Aku sayang kau, Nadhirah. Jangan tinggalkan aku."

Izinkan ku mencuri bayangan denganmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah ooo
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau ilhamku

✩✩✩✩✩

Betul ke liriknya? Aku ingat-ingat lupalah😅

Yeay, takde babak hilang ingatan!🙌 aku bongkarkan lah satu rahsia. Jeng jeng jeng! Aku nak buat sebenarnya idea amnesia tu tapi ramai dah boleh agaklah. Yelah cerita cliche kan? So, aku tukar. Tak supriselah kalau hilang ingatan kan... wlaupun ada sedikit. (Psal iman tak ingat kejadian rumah hantu)

Inipun idea datang tiba-tiba disebabkan teringat opah aku cakap pasal lipas. Haisy, terima kasihlah lipas, bagi aku ilham menulis. Tapi aku tetap tak dapat maafkan kau kerana telah mengganggu waktu tidurku semalam. 😂😂😂

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now