106

3.1K 219 61
                                    

Selepas hari pertemuan empat mata antara Adam dan Najwa, Adam terus meminta ibunya yang berada di kampung hantar rombongan untuk meminang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

Iman Nadhirah tumpang gembira melihat Najwa sudah menemui cinta hati.

"Thank you, Iman. Aku tak tahu nak balas pertolongan kau macam mana," ujar Najwa.

Iman Nadhirah hanya senyum.

Qaira memuncungkan mulutnya. "Untunglah kau orang, dah jumpa cinta hati. Aku ni, entah bila nak menamatkan zaman bujang aku. Umur dah makin meningkat," rungutnya sedih.

Iman Nadhirah dan Najwa mengerutkan kening.

"Gaya kau cakap macam umur dah capai three series je? Relaks lah... Jodoh kau mungkin lambat sikit kut. Kalau tak jumpa jodoh sekalipun, mesti kau jumpa yang lagi satu. Kau kenalah sedia hadapi yang lagi satu tu," kata Iman Nadhirah berkias.

Qaira pula mengerutkan kening. Dia bertanya, "Apa yang lagi satu?"

"Maut."

Tersedak kedua-dua orang gadis yang sedang minum air itu.

"Deep!" sampuk Hazqel.

Iman Nadhirah menjeling tajam lelaki itu. Tak pernah lelaki itu tidak mencelah dalam perbualan mereka. Dah tak ada kerja lain betul!

Hazqel sengih.

Najwa berdeham cuba mengawal reaksi. "Ermm... korang ada dengar pasal pementasan teater yang diadakan tak lama lagi?"

Qaira, Iman Nadhirah dan Hazqel mengangguk.

"Qaira masuk kan?"

Qaira angguk lagi.

Terjungkit kening Hazqel mengetahui bahawa gadis itu menyertai pementasan teater. Dia menyoal ingin tahu, "Kau jadi apa?"

Qaira mengangkat bahu. "Tak tahu lagi. Cik Maniam suruh aku jadi watak utama tapi ikut uji bakat nantilah."

"Apa tajuk teater kau orang?"

"Bawang putih, bawang merah?"

Iman Nadhirah mencebik. "Alahai, tak ada cerita lain ke apa? Buatlah Beauty and The Beast ke, Cinderella ke? Paling tak pun, buat je Si Kancil dan Si Buaya," cadangnya. Pelik-pelik saja minah ni.

Berkerut-kerut kening mereka mendengar cerita-cerita yang dicadangkan Iman Nadhirah.

"Kau fikir budak tadika ke nak buat cerita Si Kancil dan Si Buaya?" sindir Najwa.

"Entah pun. Dengan Beauty and The Beast segala... Terpengaruh dengan movie lah tu?" tebak Hazqel.

Iman Nadhirah memuncung. "Mana ada! Aku tengok pun tak ceritanya. Nak tengok, Zafriel tak bagi. Huhuhu..." Dia membuat muka sedih.

Teringat saat dia mengajak lelaki itu pergi menonton wayang Disney. Laju saja Zafriel Adrian tidak benarkan. Katanya cerita merepek-repek. Padahnya, Iman Nadhirah langsung tidak bercakap dengan suaminya selama satu hari.

Gila kau nak lebih dari itu, mahu bertambah dosanya sebagai isteri tidak melayan suami.

Qaira dan Najwa ketawa.

"Kesian, aku bersimpati dengan kau," ujar Hazqel. "Nak hug ke?" Dia mendepakan tangan. Dia menjungkitkan kening dua kali

"Kau nak aku mandulkan kau ke?" Ugut Iman Nadhirah. Bersiap sedia ingin menyerang Hazqel.

Laju saja Hazqel turunkan tangan.

"Siapa lagi pergi uji bakat tu?" tanya Najwa.

"Entah. Ramai sangat. Yang aku tahu ada Iqbal, kawan Hilman tu masuk. Aku harap dia tak jadi putera raja," jawab Qaira.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now