109

1.6K 134 37
                                    

Iman Nadhirah menyisip minuman yang telah dia pesan di kopitiam tempat dia nampak Zafriel Adrian dan Zaara bertemu. Penyedut minuman itu kemudian dipusing-pusingkan. Dia merengus perlahan.

Apalah kau ni, Iman? Beria nak jumpa si Zaara, bukannya kau ada contact dia atau apa-apa nak ajak jumpa.

Kebongokan apakah ini, Iman Nadhirah?

Sedang Iman Nadhirah asyik memarahi diri sendiri dalam hati, seseorang berdiri di mejanya. "Excuse me? Boleh tak I nak duduk sini? Tempat lain semua dah penuh and you aje yang duduk sorang-sorang."

Ayat terakhir tu... namapak macam aku ni lonely sangat ke?

Iman Nadhirah mengangguk sambil mengangkat wajah melihat tuan empunya suara yang terasa familiar itu.

Panjang umur!

Gadis di hadapannya itu mengenakan pakaian yang sangat trending zaman sekarang. Dari bawah, Iman Nadhirah nampak kasut tumit tinggi, seluar skinny dan baju labuh paras lutut dipadankan dengan tudung bawal yang memang ikut gaya orang sekarang.

"Eh, Iman! Long time no see. By the way, you akan datang dengan Zafriel kan? Pergi reunion?" Soal Zaara selepas duduk di kerusi menghadap Iman Nadhirah.

Gadis itu mengerutkan kening. "Reunion? Zafriel? Apa benda kau cakap ni?"

"I ada handle reunion for ex-student SMTI tapi untuk batch abang you dengan Zafriel aje. Itupun tak ramai yang datang. So, I suruhlah sesiapa yang datang tu bawak pasangan. Zafriel kata dia bawak you nanti. You kan isteri dia, of course lan kan?"

Bertambah pelik Iman Nadhirah. "Wait... macam mana kau tahu aku isteri Zafriel?"

"Dia yang bagitahu. Dalam kesempatan ni, I nak mintak maaf sangat pada you sebab banyak buat salah dengan you. I jealous dengan you sebab bertahun I cuba raih perhatian Zafriel, tapi tak pernah menjadi. You tu sekejap je dah jadi. And jangan risau, I dah tak ada plan and memang tak nak plan pun nak rampas Zafriel daripada you. Sebab... I dah tunang!" Zaara menunjukkan cincin jenama Tiffany & co di jari manisnya.

Iman Nadhirah senyum. Masih terkejut sebenarnya, tapi dia tetap gembira untuk bekas seniornya merangkap musuh tanpa rasmi itu. "Wow, dengan siapa?"

"Hmm... dekat reunion nanti, I akan kenalkan pada you and Zafriel. In shaa Allah. By the way, you're so lucky to have Zafriel. Lama tau dia tunggu you. Dari kecik lagi. Sudahlah tunang pun dari kecik. So cute korang ni. Jumpa jodoh waktu kecik."

Iman Nadhirah mengerutkan kening mendengar satu perkataan. "Tunang? Kita orang tak pernah tunang lah. Apa kau merepek ni?"

Zaara menggeleng kecil. "You dengan dia memang dah pernah bertunang. Zafriel sendiri yang bagitahu I selepas I kena hukum dengan pengetua lepas kena tangkap sabotaj you tu. Dia kata
dia pilih you instead of sebab dia sayang you and you ni tunang dia. You're brother and Fahmi pun kata benda tu betul. You tak pernah tau pasal ni?" Pelik juga Zaara apabila Iman Nadhirah langsung tidak tahu menahu hal pertunangannya.

Iman Nadhurah menggeleng. Dia makin buntu. Kenapa mama dengan papa tak pernah bagitahu hal ni? "Lagi satu, kau kata dia sayang aku? Merepeklah"

Ini satu benda yang dia tak percaya. Layanan lelaki itu padanya sama saja dengan yang dulu tak berubah pun. Kenapa nak kata dia sayang pulak?

Zaara tergelak kecil. "I tak merepeklah. You yang tak sedar selama ni."

"Tak sedar apanya? Kita orang kahwin pun sebab keluarga."

"You yakin sebab keluarga? You tak pernah sedar ke cara dia layan you. Ataupun you sendiri tengok bila dia sakit apa yang dia akan buat?"

Iman Nadhirah terdiam. Sakit? Semalam gadis itu hilang, Zafriel Adrian bertungkus-lumus mencarinya. Dia juga yang bawa Iman Nadhirah ke rumah Hajah Aminah kerana rumah Tan Sri Nazmi tak ada orang yang boleh tengok-tengokkan dia. Zafriel Adrian siap masakkan bubur nasi untuknya dan pesan Hajah Aminah macam-macam.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें