85

3.1K 203 45
                                    

Dua biji mata Zafriel Adrian meliar ke sekeliling ruang tamu itu. Rumah kondominium itu hanya dihuni Fahmi seorang tanpa peneman. Walaupun lelaki itu tinggal seorang diri, rumah itu tampak bersih dan kemas.

Fahmi keluar dari dapur. Dua tin air 100 plus diletakkan di atas meja kopi. "Nah, air. Sorry aku duk sorang, aku malas nak masak. Air pun banyak air tin je."

"Takpe. Aku minum aje."

Kening Fahmi berkerut-kerut. Air tin itu dibuka lalu diteguk sikit. "Kau ni tak kerja ke? Jam baru pukul 10 pagi. Walaupun harini Sabtu, tapi setahu aku, kau memang kerja harini kan?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Harini restoran tutup. Nak bersihkan dan susun atur balik restoran."

"Oh gitu. Kau tak join? Ni kenapa dengan beg sandang sekali kau bawak ni?" Tanya Fahmi. Jarinya menunjukkan beg sandang yang diletakkan di sebelah Zafriel Adrian.

Zafriel Adrian memandang beg itu sekilas. "Aku... kena gantung kerja."

"Hah?!" Terbuntang mata Fahmi mendengar jawapan dari mulut kawan baiknya itu. "Kenapa? Macam mana boleh kena gantung?"

Zafriel Adrian menceritakan semua yang berlaku dari awal Iman Nadhirah bekerja di restoran itu. Cerita tentang apa yang berlaku sebentar tadi tidak lupa untuk dia ceritakan.

"Kau nak salahkan Iman ke sekarang ni?"

Zafriel Adrian menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Dia teguk air tin 100plus itu beberapa kali.

"Kau tak boleh salahkan dia 100%, Zafriel. Memanglah dia yang salah sebab buatkan pekerja lain terleka. Tapi kau pun ada salahnya. Patutnya kau tegur, bukannya tumpang enjoy sekali!" Tegur Fahmi.

Zafriel Adrian memilih untuk tidak membalas kata-kata kawannya itu.

"Apa yang kau dendam sangat dengan Iman? Okey, aku tahu dia yang suruh kau jauhkan diri dari dia. Tapi dia buat semua tu sebab salah faham, Zaff. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kau betul-betul cintakan dia ke tidak?"

"Kau ingat aku tipu pasal hati dan perasaan aku?" Berkerut dahi Zafriel Adrian. Terasa bengang apabila Fahni mempertikaikan soal hati dan perasaannya.

"Kalau kau betul-betul cintakan dia, let her know..."

"Dia dah ada Hilman. Kau lupa ke buat-buat lupa?" Celah Zafriel Adrian.

"Ye aku tahu. Tapi kau yakin ke Hilman tu jodoh Iman? Kalau betul pun, apa salahnya kau beritahu dia? At least, tak adalah membebankan fikiran kau. Kalau dia tak balas pun, redha. Allah pasti akan temukan kau dengan jodoh kau," nasihat Fahmi.

Zafriel Adrian menunduk. Memandang permaidani. "Aku... aku takut benda tu merenggangkan hubungan kita orang. Aku takut kalau dia makin jauh dari aku."

"Kenapa kau nak takut, kalau betul-betul nakkan dia? Renggangkan hubungan? Kau lupa kau yang buat hubungan kau dengan Iman renggang? Kau sendiri cakap yang kau tak nak ada sesiapa pun dekat restoran tu tahu yang kauorang berdua dah lama kenal. And kau sendiri suruh Iman berlakon macam korang tak pernah kenal sebelum ni. Tapi ada Iman lari dari kau, berhenti kerja? Takde."

Zafriel Adrian terbungkam. Ada benarnya kata-kata Fahmi itu. Berkali-kali dia menolak kehadiran Iman Nadhirah tetapi gadis itu tidak pernah jemu mendekatinya. Dari awal perkenalan mereka lagi.

"Come onlah, Zafriel. Kau tu lelaki. Apa salahnya kau beritahu dia? Jangan ego sangat! Nanti kau sendiri yang melepas. Hilman tu setakat boyfriend aje bukan ada ikatan yang sah. Bila-bila je diorang boleh break up."

Zafriel Adrian kekal membisu. Perlu ke dia meluahkan perasaan yang telah lama terbuku di hati?

__________________________

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora