Prolog

30.5K 600 36
                                    

It's a beautiful night ~
We're looking for something dumb to do ~
Hey baby! I think I wanna marry you! ~

" Woi kakak, bangun woi! Matahari dah naik woi jebon! " ketukan kuat dari luar dan bunyi alarm yang kuat masih juga tak mampu buat dia bangun. Dia masih terbongkang tak sedarkan diri dengan mulut ternganga luas macam pintu Gua Niah.

" Nurin Hanis Aqasha Ahmad Arifin! Bangun cepat, turun breakfast! " suara lantang si ibu bergema di luar pintu bilik namun gadis itu selamba sahaja menarik comforter hingga ke paras dada. Tak senonoh punya anak dara!

Buk!

" Adoi, umi sakitlah! Orang nak tidur sat pun kacaulah! Orang dah banyak hari tidur kambing, kasilah chance hujung minggu ni nak buat tahi mata. " rungut Hanis Aqasha yang berusaha duduk selepas ditolak jatuh daripada katil oleh uminya.

" Eh awak ni merungut pula! Orang lain pun kerja jugak tak adalah macam awak ni! Dah bangun, jangan nak sambung tidur balik! Anak dara apa ni bangun lewat? Bangun cepar, diorang tengah tunggu kakak nak breakfast sekali. Pergi cuci muka tu! Air liur basi meleleh-leleh dah dekat pipi tu. Anak teruna umi semua dah bangun, ni anak dara yanh seekor ni pula liat nak bangun pagi! " bebel Puan Halina, Hanis terus mencicit lari masuk ke dalam tandas. Tak mahu tahi telinganya cair mendengar bebelan si ibu. Umi kalau boleh membebel dari hari ini sampai malam raya tahun depan pun belum tentu habis tambah-tambah lagi subjek yang dibebel itu dia, lagi lamalah umi membebel!

Usai mencuci muka dan memberus gigi, Hanis turun ke tingkat bawah lalu menuju ke meja makan. Dengan langkah longlai dan muka mamai, dia mengambil tempat di sebelah si adik kedua, Naqif Harith.

Bujang lagi ni, hensem jugak! Bakal engineer so kalau nak cuba nasib sila menghadap kakak dia dulu okies!

" Eh akak, akak bela burung ke dalam rambut tu? " pecah ketawa Faliq Aqeil, anak ketiga dari empat beradik ini. Yang ini suka mengusik, berbeza dari Naqif yang sentiasa cool sahaja. Hanis hanya menunjukkan buku lima pada si adik yang galak mengusik.

" Uish ngantuk gila! Huarghh!! " Hanis menguap seluas mungkin sebelum bahunya ditampar umi atas sikapnya yang tak senonoh itu.

" Cuba jadi perempuan sikit Hanis Aqasha! " tegur Puan Halina. Faliq dan Arief apa lagi? Segera ibu jari diangkat tanda mengusik si kakak sulung mereka itu.

" Banyak kes ke nak kena handle along? " soal Encik Arifin yang tenang sahaja menyisip air kopi panas. Pantas sekali kepala terangguk-angguk mengiyakan.

" Kes hari tu tak settle lagi, dapat yang baru lepas tu ada budak praktikal yang along kena handle. Kira banyak jugaklah, ni kes baru ni pun macam rumit je. " jelas Hanis malas. Sungguh dia penat gila! Sudahlah budak praktikal tu suka melawan lepas tu ikut suka hati dia je, nasiblah anak orang kalau tak dah lama kasut tumit dua inci dia tu singgah muka budak tu.

" Susah ke jadi peguam tu along? " soal Arief, si bongsu berusia 13 tahun.

" Susahlah jugak, nak kena kumpul bahan bukti, alibi si pelaku, kiranya banyak kerja jugak kena buat dan cari sebelum mahkamah bersidang. " balas Hanis ringkas. Arief yang naif terangguk-angguk.

" Taknaklah achik jadi macam along. Orang cakap peguam ni kaya, gaji tinggi tapi tengok along tak kaya pun, makin pokai adalah. Asyik minta duit walid je. Hahahhaha. " kata Faliq selamba, Naqif ketawa kecil.

" Along hempuk jugak korang ni sekor-sekor kang! Belajar dulu sudahlah! Sibuk nak kerja! Tampar dahi sorang-sorang baru tahu! " marah Hanis namun hanya kedengaran sebagai balasan.

" Tamparlah tamparlah! Nanti boleh jadi jendul macam akak! Senang nak main snooker, atas dahi je! Bahahhaha! " Faliq ketawa sekali lagi.

" Ish Faliq Aqeil! Along taknak tumpangkan kau pergi sekolah dah. Pergi sendiri jalan kaki! " Hanis menjelirkan lidahnya.

" Sudah, sudah! Depan rezeki ni bertengkar pula! Umi dengan walid nak cakap sikit ni. " kata Puan Halina serius.

" Sikit. " Sambung Faliq Aqeil sambil ketawa.

" Hambar achik hambar. " kata Encik Arifin sambil menyisip kopi panas dengan wajah bangga.

" Walid dengan umi akan buat haji! " kata Puan Halina riang.

" Nak ikut! " Arief berkata dengan wajah bersinar-sinar.

" Tak boleh kitorang nak pergi dua bulan. Buat haji, umrah dan jalan-jalan dekat Tanah Arab. " kata Encik Arifin selamba.

" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " soal Arief bertubi-tubi.

" Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq dekat Alor Setar. Lagipun umi buat umrah sekali dengan mak chaq dan pak chaq sekali. Korang boleh stay dengan Abang Idran, Kak Zunairah, Kak Darlina dengan Khaysarah. Lepas buat haji, umrah, pusing-pusing Tanah Arab tu, kitorang baliklah. Ada faham? " kata Puan Halina, Hanis ternganga.

" Study angah? Adik-adik sekolah? Kerjaya kakak? " soal Naqif Harith yang masih tenang itu.

" Angah akan terus study macam biasa dekat UiTM. Achik dengan adik akan pindah sekolah. " balas Encik Arifin, Naqif menganggukkan kepala

" Habis tu kakak macam mana? Takkan nak satu bumbung dengan Abang Idran? Kan tak manis? Kerja kakak? Tak boleh umi! " soal Hanis bagai nak gila. Oh tidak! Kerjaya dia!  Tak masuk akal!

" By hook or by crook, korang kena stay jugak. Pasal kerja kakak, umi dah suruh Idran settlekan. Keputusan umi muktamad, noktah, titik, full stop! " jelas Puan Halina tegas.

Dan saat itu Hanis merasa dunianya semakin kelam. Oh tidak!!!!

***

Assalamualaikum, setelah ditimbang kati, diperbaiki dan direpair balik maka terhasillah sebuah buku berkisarkan kekeluargaan ini.

Sesuai dengan semua peringkat umur acewah kau! aku cuba terapkan nilai kekeluargaan dalam cerita ni.

bergurau senda tanpa hilang rasa hormat, ya itu yang seya cuba tonjolkan ya.

seya harap buku ini diterima oleh anda fulamak ayat kau jemah! ok baiklah sekali lagi saya cakapkan yang saya juga sukakan eh takyah formal sngt.

aku suka bila satu buku tu ada konflik dan sebalik konflik tu dapat pengajaran daripada konflik tu japp ayat keling semacam ni pahal?

cerita ni juga ada konflik yang menanti. takkan nak bagi hepi yending begitu seja? oh nonono, kurang-kurang hero kena hilang sebelah kaki dulu, heroin ke lumpuh dulu ya ngehngehngeh (terencat emosi)

btw aku harap aku tk unpub crita ni. selamat membaca iyah iyah kontet!

Hati Ini Milik Siapa? حيث تعيش القصص. اكتشف الآن