BAB 1

2.5K 99 87
                                    


MEMORI TERINDAH

•••

Athira Sofia masuk ke dalam sebuah syarikat dengan penuh yakin. Semua pekerja menyapa dia dan gadis itu membalas dengan senyuman manis.

"Awal puan datang hari ni?" Staff yang berkerja disitu menegur Athira.

"Awak perli saya?"

"Taklah puan. Kenapa puan tak datang dengan Tuan Rafiq?" Pelik juga, selalunya gadis itu akan datang dengan bosnya Tuan Rafiq Isaac.

"Saja? Ermm sekejap lagi masuk bilik saya, saya nak bagi something."

"Baik puan."

Senyuman manis dilontarkan sebelum Athira Sofia melangkah pergi. Di syarikat itu, Athira selalu mendengar khabar angin bahawa dia dan Rafiq Isaac bercinta namun hubungan dia dengan lelaki itu hanyalah sekadar adik beradik angkat.

Pintu pejabat dibuka lalu sepasang kaki yang disarungkan kasut tumit tinggi melangkah masuk.

Jawatannya sebagai pengurus di syarikat ibu bapa angkatnya ini sedikit sebanyak dapat melupakan kisah silam Athira dan merubah Athira yang dulunya polos kepada Athira yang berkarisma. Dia tak nafikan, dia banyak berubah. Hanya rupanya sahaja yang kekal sama.

Selesai dia memilih dokumen untuk diperiksa, semua fail itu diletakkan diatas meja. Serentak itu, pintu kaca pejabatnya diketuk beberapa kali.

"Masuk."

"Cik ada apa nak jumpa saya? Cik tak marah saya kan sebab rapat dengan tuan Rafiq?" Takut juga kalau kalau Cik Athira akan memarahinya.

Dia tergelak kecil. Kotak hitam yang dibalut reben merah dikeluarkan dari laci kanan meja itu.

"Nah." Kata Athira sambil menyerahkan kotak tersebut.

"Apa ni puan?" Diambil kotak kecil itu dari atas meja.

"A gift for you. Today is your birthday right?"

"Puan ingat?"

"Well.. bukaklah."

Kotak hitam itu dibuka perlahan lahan.

"Gelang? Cantiknya puan. Tapi mahal lah. Emas putih pulak tu."

"Kalau saya tak keluarkan duit saya untuk awak, saya nak keluarkan untuk siapa lagi kan? Anggap je tu hadiah saya sebagai kawan." Kata Athira sambil mengukir sebuah senyum.

"Terima kasih puan."

Pembantu peribadi kepada Rafiq Isaac itu beredar keluar dari pejabat Athira. Senyumannya tak lekang dari bibir gadis itu.

Aira Humaira mula memeriksa satu persatu dokumen untuk di'proceed'kan dan ditandatangani oleh Rafiq.

•••

Athira dan Rafiq menuju ke sebuah cafe dimana mereka akan berjumpa dengan CEO syarikat yang bakal berkolaborasi dengan syarikat keluarga angkat Athira.

Rafiq memaksa Athira untuk menemaninya sedangkan Athira langsung tak diperlukan disana. Dia hanya pengarah bukanlah jawatan sepenting Rafuq Isaac.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam cafe serba mewah itu, mata Athira meliar melihat rekaan dalaman cafe itu. Cantik.

Dia hanya mengikut langkah Rafiq memandangkan dia langsung tidak mengenali CEO yang akan mereka akan jumpa.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now