BAB 41

1.4K 48 0
                                    

"Athira?"

"Boleh Athira peluk ibu?" Itu ayat pertama yang keluar setelah dia berjumpa dengan tempat dia menumpang kasih.

Wanita itu mengangguk perlahan lalu tangan didepakan. Athira masuk ke dalam pelukan ibu angkatnya. Tangisan yang sudah lama ditahan dia hamburkan di situ. Si ayah hanya memerhati dari tepi. Athira sudah dianggap seperti anak kandung sendiri. Air matanya juga hampir jatuh melihat pemandangan itu.

"Athira penat ibu.."

Puan Aisyah mengusap belakang wanita itu. Dia tak tahu apa yang berlaku namun pasti ada sesuatu yang menganggu anak perempuannya. Terlalu banyak perkara berlaku dalam satu masa jadi dia tak tahu mana satu yang membuat wanita di hadapannya ini menangis.

"Kenapa ni? Nak cerita dengan ibu apa-apa?"

Athira mengesat air matanya. Tubuh ibunya dilepaskan dari rangkulan. Senyum nipis diukir dan kepala digeleng.

"Takda apa. Athira rindu ibu je. Jom lah masuk. Azriel pergi kerja."

"Ni ayah ada beli nasi kukus favourite Athira." Bungkusan nasi kukus itu diberi pada anak angkatnya berserta sebuah senyuman.

"Wah sedapnya! Terima kasih. Jom masuk." Dia melangkah masuk ke dalam rumah mempelawa kedua ibu-bapanya untuk masuk. Ruang tamu yang tidak jauh dari pintu utama dituju.

"Duduk lah. Athira pergi buatkan air sekejap." Dia berlalu ke dapur meninggalkan kedua orang tua itu di ruang tamu. Nasi kukus yang berada di dalam tangannya membuat dia kecur air liur. Perut berkeroncong lapar namun dia perlu sediakan air dahulu.

Nasi kukus itu diletakkan di atas meja. Langkah dibawa menuju ke satu sudut untuk membancuh air. Uncang teh dan teko diambil. Walau tubuh terasa lemah namun dia gagahkan juga diri, tak mahu kedua orang tuanya melihat keadaannya yang tak berdaya.

"Air dah siap. Jemputlah minum. Ada apa-apa ke ibu dengan ayah datang ni?" Dulang berisi air dan kekacang di dalam pinggan dihidangkan.

"Saja je nak tengok Athira. Athira sihat? Rafiq bagitahu ayah Athira tak datang kerja. Call pun tak dapat." Soal ayah angkat wanita itu.

"Err.. Athira tak sedap badan dua tiga hari ni. Telefon Athira rosak, tu yang Rafiq call tak dapat. Ibu ayah sihat?"

"Sihat orang tua, macam ni lah. Ibu tengok Athira kurus semacam ni, makan tak? Orang lain mengandung makin berisi, kamu makin kurus pulak."

"Athira tak selera je. Alahan kan." Senyum diukir seikhlasnya tak mahu rahsia terbongkar. Aib suaminya biarlah dia simpan sendiri tak perlu beritahu orang lain.

"Betul ni? Risau ibu tengok Athira ni pucat je. Azriel balik pukul berapa ni?"

"Malam rasanya."

"Balik kerja waktu malam? Kerja apa sampai malam? Sibuk sangat?"

Athira hanya senyap tidak menjawab soalan yang ditujukan padanya. Hanya senyum terukir di bibir, buntu ingin memberi jawapan apa. Dia sendiri tak tahu apa yang Azriel buat dan ke mana Azriel pergi. Tak sampai hati pula ingin menipu. Akhirnya soalan itu dibiarkan tergantung.

"Ibu.. Ayah. Boleh tolong cakap dekat Rafiq yang Athira nak berhenti kerja?"

"Haa? Berhenti kerja? Kenapa pulak? Athira tak sihat ye? Bagitahu kenapa."

"Tak lah. Athira cuma.. Rasa macam penat pulak kerja haha. Lagipun nanti lepas bersalin Athira kena jaga baby." Macam mana dia nak pergi kerja kalau selangkah dia keluar, talak akan jatuh terhadapnya.

"Ye lah nanti ibu tanya Rafiq macam mana."

"Terima kasih. Ibu.. Baby rasa macam nak nenek dia suapkan nasi kukus lah. Boleh tak?"

"Athira duduk sini sekejap, ibu pergi ambik nasi. Alang-alang nak basuh tangan terus."

Athira mengangguk. Dia hanya memerhati langkah ibu angkatnya. Mujur ada tempat dia menumpang kasih walau bukan ibu kandung. Walau begitu, ibu angkat tetap berbeza dengan ibu sebenar dan sekarang dia perlu pendam rasa sakit sendiri kerana tiada tempat dia ingin meluah.













"So that's it?"

Pembantu peribadi itu menganggukkan kepala selepas melihat skrin iPad yang menayangkan jadual majikannya pada hari ini. Jadual tuannya hari ini tidak penuh, hanya ada dua mesyuarat. Itu pun dengan dengan staf sendiri.

"Awak boleh keluar."

Mendengar arahan itu, Ikha berpusing ingin keluar dari pejabat bosnya. Ada banyak lagi kerja dia perlu selesaikan. Dah lah Azriel garang semacam sejak dua menjak ni. Langsung tiada belas kasihan. Pekerja yang buat silap langsung tak diberi peluang kedua, pekerja itu akan terus diberhentikan kerja. Kejam.

Baru sahaja dia ingin menarik pintu, mata terhenti pada sudut yang penuh dengan mainan milik arwah Hanis. Dia terhenti seketika di situ.

Dia yang melihat bagaimana si comel membesar dan bagaimana susah Azriel, bosnya ingin membesarkan anak perempuannya seorang diri.

"Tuan.. Tuan nak saya kemaskan mainan Hanis?"

"No need. Jangan siapa pun berani alih barang Hanis." Tegas Azriel. Biarlah mainan anaknya berada di situ walau tuan mainan itu sudah pergi. Biarlah mainan itu mengingatkan dia pada Hanis setiap hari walau perit.

Flashback

Azriel menolak pintu pejabat itu menggunakan bahu. Tangan sebelah kanan mendukung Hanis sementara sebelah lagi membawa beg yang terisi semua keperluan Hanis. Dari baju hingga mandian memandangkan hari ini pengasuh Hanis tiada.

"Hanis duduk sini dulu boleh?" Tubuh kecil itu dia letakkan di atas karpet. Bukannya kejam sengaja letak anak di atas karpet berbanding sofa tapi Hanis pantang Azriel menoleh ke lain, tangisan akan kedengaran. Ada lah tu terjatuh atau terhantuk.

"Oyeh.."

Tatkala dia menerima anggukan dari sang puteri, Azriel tersenyum manis. Mainan kecil yang mempunyai loceng diberi pada Hanis untuk dijadikan peneman sementara dia pergi memeriksa jadual hari ini.

"Ikha, come in." Punat di telefon dia tekan memanggil pembantu peribadi. Dari jauh dia sekadar memerhati si kecil yang merangkak ke sana dan ke sini. Mujur hanya di kawasan karpet, tak lah kotor.

"Hai princess!"

"Hai! Nak ukung!"

"Amboi nampak kak Ikha terus nak dukung? Dengan papa tadi bukan main suruh orang lepas. Konon nak jalan sendiri." Geleng kepala Azriel melihat peel anaknya. Bukan main lagi suka dengan kakak Ikha dia tu.

Pembantu peribadi wanita itu meninggalkan Hanis sendirian selepas melepas geram dengan mencubit lembut pipi gebu itu. Ni mesti ikut ibu, kalau ikut ayah cengkung je nampak. Siapa je tak geram dengan kecomelan Hanis dalam pejabat ni? Membuatkan semua orang tertanya seberapa cantik bekas isteri majikan mereka.

End Flashback.

Hari itu, Azriel menghabiskan masa terluangnya dengan membelek setiap satu mainan Hanis. Sesekali ada air mata yang jatuh membasahi pipi.

"Kenapa awal sangat Hanis tinggal papa?" Soalan itulah yang meniti di bibirnya setiap hari. Baru saja dia ingin merasakan bahagia dari keluarga yang lengkap, Hanis meninggalkannya terlalu awal.










chapter ni macam cliche nak arwah

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Место, где живут истории. Откройте их для себя