BAB 48

1.7K 54 7
                                    

Azriel menyandar pada kerusi penumpang. Pandangan dicampakkan ke luar tingkap melihat pemandangan di sepanjang jalan yang sibuk itu. Suasana di dalam kereta itu sangat sunyi, hanya bunyi radio sahaja memeriahkan suasana yang suram.

"Athira sihat?" Setelah lama berdiam diri akhirnya Azriel membuka mulut.

Rafiq menjeling sekilas kawannya sebelum kembali fokus kepada pemanduan. Nafas dihela perlahan.

"Dia sihat."

Suasana kembali sunyi. Kalau dulu pantang mereka duduk berdua dalam kereta memang sudah serupa konsert hingga kereta sebelah boleh mendengar suara mereka namun sekarang keadaannya berubah sepenuhnya.

"Kau rindu dia?"

Hujung bibir naik mengukir senyum sinis. Air liur ditelan kesat. Matanya ditutup langsung tiada niat ingin menjawab soalan yang satu itu. Tanyalah perkara lain asalkan jangan tentang isterinya.

"Kau selesai lah baik-baik dengan dia. Bukan kau je terkesan dengan pemergian Hanis, Athira pun sama. Dia mak, dia lagi rasa sakit. Kasih sayang mak ni lain. Pujuk lah dia. Jangan tinggi sangat ego tu."

"Kalau bukan sebab dia yang berkeras nak buat surgery dekat hospital kawan dia yang kononnya paling bagus tu, Hanis tak mati. Aku sunyi sebab dia."

"Jadi sekarang kau nak menidakkan qadak dan qadar Allah?"

Azriel senyap tidak menjawab. Pandangan dicampak ke luar. Kepalanya tengah serabut, semua benda di dalam hidupnya kini hanya mendatangkan tekanan bukan kegembiraan apatah lagi kebahagiaan.

"Hati dia pun terluka. Kau bukan sunyi sebab Athira tapi kau sunyi sebab diri kau sendiri. Kau buang Athira, kau buat dia macam anak patung. Kau muhasabah lah diri kau. Fikirkan semula semua benda ni. Semuanya datang daripada diri kau sendiri."

Suasana dalam kereta itu menjadi senyap tanpa ada seorang pun berkata-kata. Rafiq fokus memandu kereta menuju ke destinasi mereka sementara Azriel mencampakkan pandangan ke luar tingkap.

Pedal brek ditekan selepas kereta terletak elok di dalam kotak parkir. Enjin dimatikan, serta merta Azriel menoleh memandang ke arah Rafiq.

"Kita buat apa kat sini?" Mata meliar memandang masjid di hadapan mereka.

"Solat lah buat apa lagi? Jom turun. Sekejap lagi azan boleh solat jemaah sama-sama."

"Hmm."

Tali pinggang keledar dicabut dari terus membalut tubuh. Perlahan tangan itu membuka pintu kereta sebelum kaki melangkah ke atas jalan. Air liur yang ditelan terasa seakan berpasir.

Sudah lama dia tak menjejakkan kaki ke masjid. Solat lima waktunya juga tidak pernah cukup. Hati direntap rasa kecewa dengan diri sendiri. Dia sudah tinggalkan Allah yang menciptanya lama. Dan dia bertanya mengapa hidupnya penuh dengan masalah?

Kenapa dia susah untuk reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa sedangkan diri sendiri jawapannya. Kau jauh dengan sang pencipta Azriel.

"Kau termenung apa lagi kat situ? Jomlah masuk."

"H..haa. J..jom." Tergagap dia membalas. Kasut kulit ditanggalkan sebelum dia memanjat tangga masjid itu mengikut langkah Rafiq di hadapan. Jantung berdebar melihat segenap ruang solat itu.

Berdosanya dia Ya Allah.









Cucur udang yang dia mengidam kini sudah terhidang di depan mata. Kecur air liurnya dengan hanya membayangkan betapa sedapnya jemput udang itu. Kerusi lantas ditarik sebelum dia melabuhkan punggung. Bersinar mata melihat asap yang naik ke udara dari makanan tersebut.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now