BAB 70

1.9K 51 3
                                    

Bersungguh-sungguh dia membentangkan beberapa projek besar yang akan dilangsungkan untuk menarik pelabur untuk bekerjasama dengannya. Walaupun penat namun ini untuk syarikatnya juga. Syarikat yang susah payah dia bangunkan seorang diri.

Telefon yang berdering di dalam poket sejak tadi diabaikan. Mungkin hanya panggilan tidak penting. Dia perlu profesional apabila berurusan tentang kerja.

"You can answer your call. Let's have a break for 3 minutes." Salah seorang pelabur yang dari tadi perasan akan telefon Azriel yang asyik menyala dan bergetar di dalam poket.

"Thank you sir. Excuse me, sorry."

Dis menunduk sedikit tanda hormat sebelum beredar keluar dari bilik mesyuarat itu. Telefon di dalam poket dia keluarkan sebelum menjawab panggilan yang masuk tanpa henti.

"Assalamualaikum sayang.. Sorry tadi abang tengah meeting. Are you okay? Kenapa call banyak kali? Something happened?"

"Ni Tasya.. Err.. Athira dan masuk labour room."

Terasa bagai berhenti seketika dunia ini apabila mendengarkan berita itu dari bekas isterinya. Otak masih cuba memproses kata-kata itu. Athira.. Labour room.

"Athira buat apa dalam labour room? D..dia.. dia buat apa dalam tu?"

"Main piano. Sedar Azriel! Your wife ada dalam LR, balik sekarang! Anak you dah tak sabar nak tengok dunia tu."

Air mata jatuh dari persatu. Menggigil seluruh tubuhnya mendengar berita itu. Tarikh yang sepatutnya adalah dua minggu lagi. Panggilan itu dinafikan sebelum dia bergegas masuk kembali ke dalam bilik mesyuarat.

"Are you okay Mr. Azriel? You're shaking."

"Er.. ermmm.. I.. I need to go, I'm really sorry. It's an emergency." Kelam kabut Azriel mengemas fail-fail dan kertas kerja di atas meja tersebut. Bergegas ingin pulang.

"Why? What happened?"

"My wife.. She's going to deliver our baby."

Ketiga-tiga pelabur itu memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum kecil. Kini Azriel yang sentiasa tenang seperti cacing kepanasan.

"Can you open up the agreement paper for us? I'm sorry to take your time but we just need a minute."

Azriel tanpa berfikir apa lagi terus memberikan kertas perjanjian kepada tiga orang pelabur itu. Dia sibuk mengemas perkara lain. Dalam otaknya kini, hanya ada Athira.

"Congratulations Mr. Azriel for your baby. And I guess this is the only present that we can give." Kertas agreement yang sudah ditandatangani oleh tiga orang pelabur itu diserahkan semula pada Azriel.

Terkedu seketika lelaki itu apabila dia berjabat tangan dengan para pelaburnya.

"I think you need to go now. I'll ask my assistant to book you a flight ticket."

"T..thank you sir. Thank you so much! I.. I lost my words. I'll contact you later. I need to go, sorry for ruining this meeting."

"It's okay, congrats again!"

Azriel menunduk hormat sedikit sebelum berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu. Berlari dia mencari lif di bangunan itu. Butang di lif yang menunjuk anak panah ke bawah ditekan beberapa kali.

Air mata sudah mengalir deras turun membasahi pipi. Kalau dia ikut kata Athira pasti dia boleh bersama wanita itu tika masa getir seperti ini.

Dia tak pedulikan tentang projek ini lagi! Isterinya sedang bertarung nyawa seorang diri!

Rupanya sudah seperti cacing kepanasan. Dalam hati tak henti berdoa agar semuanya dipermudahkan untuk Athira. Entah sempat atau tidak dia pulang ke negaranya.









Tasya kehulu kehilir dan tadi di hadapan labour room. Habis kukunya digigit akibat risau dan gelisah dalam masa yang sama. Kepala tak henti menoleh memandang pintu wad bersalin itu berharap ada jururawat atau doktor yang akan keluar mengambarkan berita tentang Athira.

"Hei kau!"

Kedua-dua bahu Tasya dicengkam kuat sehingga wanita itu mengaduh sakit. Mata yang tajam memandang segenap wajah Tasya itu seperti ada api yang marak di dalamnya.

"Rafiq bawa bertenang!" Ayah lelaki itu cuba menenangkan keadaan yang tegang itu. Dia tahu anak tunggalnya dipengaruhi oleh perasaan semata.

"Kau buat apa dekat Athira hah?! Kau dah buat apa dengan dia? Aku dah agak kau memang ada niat jahat!"

"S..saya.. saya tak buat apa-apa.. Sumpah demi Allah saya memang tak buat apa-apa. Semua benda berlaku tiba-tiba."

"Kau jangan bermain dengan sumpah lah perempuan! Kalau apa-apa jadi dengan Athira dekat dalam tu, kau orang pertama yang akan dipersalahkan."

"Bawak bertenang Rafiq! Kita tak tahu cerita sebenar lagi. Jangan ikutkan perasaan tu."

Jelas terlihat air mata Tasya mencurah-curah turun hingga membasahi tudung wanita itu. Mengiggil tubuh itu ketakutan. Dengan pandang Rafiq lagi, dia rasa nak mati saja!

"Kau ni memang perempuan licik! Kau cuba nak apa-apa kan baby dalam perut tu kan? Orang macam kau ni memang takkan berubah sampai bila-bila! Sundal!"

PAK!

Entah dari mana keberaniannya datang untuk melepaskan sebuah tamparan di pipi lelaki yang menerjahnya itu dia sendiri tak tahu. Dia sendiri pun terkejut apatah lagi orang sekeliling.

"Saya diam tak bermakna awak boleh terus menerus hina saya! Teruskan dengan tanggapan kolot awak tu kalau awak rasa saya masih Tasya yang dulu. Saya tak pernah paksa orang lain untuk terima diri saya yang hina ni!"

Masing-masing terdiam termasuklah Rafiq. Cengkaman di bahu Tasya perlahan-lahan terlerai namun mata masih menikam tajam wajah itu.

Berombak dada Tasya melepaskan apa yang ada di hati. Air mata usah dikata, berjuraian habis. Betullah tu dia sundal, semua perkara buruk semua ada pada diri dia.

"Sudah-sudah lah tu. Daripada bergaduh, baik kita doakan Athira."

Kedua manusia itu dileraikan. Rafiq duduk di tempat menunggu sebelah kiri sementara Tasya di sebelah kanan. Mata tak berani diangkat memandang atau membalas tatapan maut Rafiq Isaac. Tadi berani sangat sekarang kecut perut!

siapa yang dah terbaca bab 71 satu tu shhhh

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now