BAB 9

1.2K 49 42
                                    

Athira berjalan jalan ke farmasi yang ada di dalam hospital itu selepas berjumpa dengan doktor. Doktor ada sarankan dia supaya tidak mengambil ubat tidur namun hanya ubat itu yang boleh membuatkan dia tidur sejak 4 tahun lalu.

Jam dilihat sekilas. Satu jam lagi dia perlu ke kafe berdekatan sini. Rafiq Isaac yang ingin membuat perbincangan mengejut jadi terpaksalah dia turutkan.

Patutlah ibu bising abang Rafiq tidak membawa mana mana menantu balik ke rumah, alangkan hujung minggu pun lelaki itu masih berkerja.

Surat dihulurkan kepada staff yang menjaga kaunter itu.

"Sekejap ye."

Athira hanya menunggu disitu sementara pekerja itu mencari ubatnya. Jari disulam antara satu sama lain.

"Here's your medicine."

Pembayaran dibuat sebelum Athira melangkah keluar dari ruangan farmasi itu.

Langkah dibawa ke lobi hospital sehinggalah...

Seorang budak kecil melanggar kakinya. Terkebil-kebil budak kecil itu mendongak memandang Athira Sofia yang kaku ditempatnya.

"Hanis.. kan papa dah cakap, jangan lari-"

Athira mengangkat wajahnya tatkala mendengar suara yang amat dikenalinya. Dua pasang mata itu saling bertemu.

"Papa.. Hanis.. akit.. akit kat ni."

Azriel mengabaikan Aira yang masih kaku dan mendapatkan anak perempuannya yang sedang mengadu kesakitan.

"Sakit? Sesak nafas ke sayang?"

Hanis mengangguk.

"Kan papa cakap jangan lari."

Diurut perlahan dada Hanis hingga budak perempuan itu kembali normal. Tubuh Hanis dipeluk sebelum Azriel mendukung tubuh kecil itu.

Athira hanya dijeling. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, suara wanita itu membuat langkahnya terhenti.

"Dia sakit apa?"

"Kau siapa nak tahu?"

"Saya ibu dia. Azriel.. Please bagitahu dia sakit apa."

Kali ini Athira tidak boleh lagi memendam rasa ingin tahunya. Dia berhak tahu.

"Papa.. akit.."

"Shh.. Nanti kita makan ubat.. Shh.."

"Hanis-"

"Dia sakit jantung. Bulan Julai nanti dia nak buat operation."

"Sakit.. jantung? Teruk?"

"Teruk lagi bila ibu kandung dia tinggalkan dia. Jijik betul kau nak tengok muka anak kau kan?"

"Azriel.. bukan macam tu."

"Aku tengok kau dah bahagia sekarang, kitorang okay je tanpa kau. Aku pergi dulu."

Langkah diteruskan. Azriel terus melangkah ke hadapan tanpa memandang Athira. Entahlah.. hatinya dah tawar untuk memujuk Aira.

"Papa.. akit.."

"Shh.. kita makan ubat okay."

Athira berlari mendapatkan anaknya. Bahu Azriel ditarik.

"Kau nak apa?"

"Hanis.."

Rambut Hanis dibelai dan pipi tembam Hanis diusap perlahan.

"Baru sekarang kau nak tengok muka dia? 4 tahun dulu kau buat apa?"

"Saya terpaksa. Saya terpaksa waktu tu."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now