BAB 11

1.2K 63 65
                                    

Athira menukar baju selepas berpeluh memasak di dapur sebentar tadi. Katanya kawan ibunya ingin datang kerumah. Entah lah dia sendiri tidak kenal dengan tetamu yang akan datang ke rumahnya.

Sedang dia membetulkan tudungnya, kepalanya terhantuk pada benda yang agak keras. Didongakkan wajahnya memandang benda yang melanggarnya tadi.

Nafasnya bagaikan terhenti melihat Azriel Haikal berada di hadapannya. Selepas sedar dari lamunannya segera dia mengundur menjarakkan lagi ruang antara mereka. Matanya terkebil-kebil. Sesekali dipandang kearah dapur, sesekali dipandang kearah tangga.

Selepas beberapa minit mereka terkaku di tempat masing-masing, Athira meminta diri. Langkah dibawa menuju ke ruang tamu. Jadi tetamu dia mak mentua-

"Assalamualaikum.."

Sapa Athira perlahan.

"Waalaikumsalam. Athira.."

"Eh kenal? Athira kenal?"

Segera Athira menggeleng kepalanya. Disalam tangan perempuan tua yang sebaya dengan ibu angkatnya. Dia meminta diri untuk ke dapur sebelum lebih banyak disoal.

Sampai sahaja di dapur, Athira mencengkam dadanya. Terasa sesak. Azriel. Hatinya berdebar setiap kali dia pasang mata itu menatap tepat kearah wajahnya.

"Saya rindu awak.." Diucap perlahan meluahkan rasa.

Bohonglah kalau perasaan dia terhadap Azriel hilang begitu sahaja. 4 tahun dia mengambil pil tidur disebabkan lelaki itu dan anak perempuannya. Dia sukar untuk tidur selama 4 tahun dia berpisah dengan Azriel.

"Kau tinggal sini?"

Sudah tahu siapa dibelakangnya, Athira tidak menoleh. Dia memandang kearah bunga yang terhias di atas meja.

"Ye."

"4 tahun kau tinggal sini? Aunty Aisyah yang jaga kau? Masa pantang pun?"

"Ye. Awak pergilah dekat depan. Apa pulak diaorang fikir nanti."

"Baguslah. Sekurang-kurangnya ada orang jaga kau masa pantang. Look, I don't even care about you. Jangan perasan."

Bila masa pulak aku perasan? Dia yang ambil berat tak nak mengaku.

"Saya tahu awak takkan ambil berat tentang saya tapi sekurang-kurangnya bagi saya jumpa dengan Hanis."

"Dia tak perlukan mak macam kau."

Azriel menghayun kakinya keluar dari ruang dapur. Lemah lutut Athira apabila bercakap tentang Hanis. Bibir diketap menahan suara tangisannya dari didengari.

"Mama.. rindu Hanis." Bergetar suaranya menahan air mata yang mendesak ingin keluar.

Dia. Dia yang kandungkan budak perempuan itu sembilan bulan. Dia ada hak untuk berjumpa Hanis. Ye dia mengaku, 4 tahun dia lebihkan ego dia. Dia menangkan ego dia sampai perasaanya sendiri memakan diri. Tapi semua manusia layak diberi peluang kedua kan?

"Athira?"

Athira mengelap cepat air matanya.

"Y..ye ibu?"

"Tolong ibu hidangkan makanan kat meja makan ruang tamu tu boleh?"

"Boleh. Ibu pergi lah berbual dengan kawan ibu, Athira boleh buat sendiri."

"Betul? Rafiq boleh tolong-"

"Takpe.. Athira buat sendiri."

"Athira okay?"

"Okay. Athira okay." Suara bergetarnya tidak dapat disorokkan lagi. Namun riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin.

Wajahnya segera dipaling dari menjadi tatapan ibu angkatnya. Lauk yang berada di dalam periuk dia pindahkan ke dalam mangkuk kaca. Air mata cuba ditahan. Dia kuat. She's not Athira Sofia who's weak.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz