BAB 23

1.2K 45 0
                                    

Tanpa salam dia terus menepuk bahu sang jejaka yang sejak dari tadi menyendiri di sudut kafe menunggu seseorang. Telefon ditangannya terlepas.

"Kalau aku sakit jantung macam mana?"

"Alah gurau je. Sorang lagi?"

"Kau jangan nak memerli aku eh."

Azriel Haikal melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan dengan Rafiq Isaac. Kunci kereta dan telefon diletakkan diatas meja.

"Kau ada problem ke ajak aku jumpa ni?"

"Kau ni. Bagi lah aku order air dulu, tak menyabar bukannya ada bini kat rumah pun."

Seorang pelayan lelaki menuju kearah mereka berdua sambil membawa sebuah tablet ditangannya. Senyuman di bibir kekal terhias.

"Latte please."

Minta Azriel.

"Americano ice and two croissant please. Thank you."

"Okay."

Selepas mengambil pesanan, pelayan lelaki itu mengoyak senyuman sebelum berlalu dari situ.

"Any problem kau nak cerita dengan aku?"

"Tunggu lah air dulu."

"Hanis tak ikut kau pulak? Selalunya ada je budak kecik tu ikut pergi mana mana."

Soal Rafiq tertanya-tanya dimana keberadaan budak comel itu.

"Ada dengan Ath- dengan babysitter dia lah."

Rafiq mengangguk kepala. Wajah rakannya yang dari tadi tersenyum sambil memandang skrin telefon itu direnung dengan penuh curiga.

"Kau ada sangkut dengan mana mana anak dara ke macam mana ni? Senyum je dari tadi."

"Ish kau ni. Kang kau kerja membahan aku je. Tak ada siapa pun."

"Habistu kenapa senyum senyum? Last kau senyum macam tu masa kau dengan ex wife kau belum bercerai."

Senyumannya terus mati. Teringat 4 tahun yang bagaikan hidup segan mati tak mahu selepas Athira pergi meninggalkannya.

"Ye eh? Kau je kot rasa macam tu."

"Mungkin. Eh aku nak mintak tips kat kau ni."

"Tips apa pulak?"

"Macam mana nak luahkan perasaan kat seseorang tu? Aku suka dia. Bukan suka saja saja, aku nak kahwin dengan dia."

"Siapa dia?"

Rafiq menggigit bibir.

"Kau jangan gelak pulak tau. Athira Sofea."

Senyuman yang dari tadi terukir di bibir lelaki itu terus mati mendengar nama bekas isteri meniti di bibir Rafiq.

"Kau biar betul nak kahwin dengan dia
Dah fikir masak masak?"

"Dah lah. Dulu aku ingat aku suka main main je dengan dia lepastu rasa suka tu makin serious. Kau ada tips tak macam mana nak confess?"

"Ermm aku.. aku.. kau tanya aku kenapa? Kau pernah nampak aku confess kat siapa siapa ke sebelum ni? Aku pun tak pandai."

"Ish kau ni. Habistu bekas isteri kau dulu tu?"

"Tu kontrak lah bangang. Tapi betul lah kau nak kahwin dengan dia ni?"

Rafiq tersenyum seraya mengangguk.

"Kenapa kau tak percaya dengan aku? Come on lah bro, kau ingat aku gay ke apa?"

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें