BAB 71

1.9K 57 4
                                    


Kakinya sedikit pun tidak direhatkan. Sejak sampai ke tanah air tadi, Azriel berlari ke sana dan ke sini. Mujur Rafiq ada menjemput dia di lapangan terbang, tak perlulah dia menunggu kehadiran teksi lagi.

Sepanjang perjalanan dia terus berdoa agar isterinya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Hatinya gementar. Air matanya hanya berhenti mengalir apabila dia tertidur kepenatan di dalam kapal terbang tadi.

Suasana di dalam kereta sepanjang perjalanan ke hospital pula sunyi. Rafiq diam dan begitu juga Azriel. Wajah Rafiq ketat langsung tiada senyum. Mungkin masih bengang dengan Tasya.

Sampai sahaja di hospital, Azriel sudah hilang dari pandangan mata Rafiq. Lelaki itu sudah berlari ke arah lif tanpa menghiraukan orang lain.

Rafiq sudah memberitahu nombor bilik wad jadi pandai-pandailah Azriel cari sendiri.

Sampai sahaja di tingkat 5, Azriel berlari mencari wad Athira. Satu demi satu wad di periksa jika ada isterinya di dalam sebelum akhirnya kaki berhenti di salah sebuah pintu yang memaparkan nama Athira Sofia.

Dia menghela nafas perlahan. Cuba menahan diri dari menangis lagi. Dia perlu terlihat kuat dan gembira, bukan tangisan yang diharapkan sesiapa.

"Abang.." Lemah Athira bersuara apabila melihat suaminya melangkah masuk ke dalam wad.

Azriel lantas berlari mendapatkan Athira. Tak dipedulikan lagi bayi yang sedang dikerumuni ahli keluarga. Dia hanya mahukan isterinya tika ini.

"Sayang.."

Janji tinggal janji. Akhirnya tangisan tumpah jua di bahu isterinya. Athira yang masih kepenatan mengusap perlahan kepala itu. Terasa bahunya basah dek air mata Azriel.

"Abang minta maaf.. I'm really sorry, abang takda waktu sayang perlukan abang. I'm sorry. Abang tak guna! Abang patut ikut cakap isteri abang, jangan pergi."

Wajah pucat isterinya ditatap penuh kasih. Pipi kemerahan itu diusap lembut. Beberapa ciuman dilabuhkan di setiap inci wajah. Tak dipedulikan lagi jika ada yang memerhati.

"Muka abang kelakar.. abang menangis." Perlahan Athira berkata sambil mengukir senyum nipis. Sungguh dia tiada tenaga lagi selepas bertarung nyawa.

"Ehem! Azriel? Kamu tak nak azankan anak-anak kamu ni?"

Azriel memandang sekilas ibunya sebelum ditoleh kembali memandang Athira. Isterinya tersenyum nipis sebelum mengangguk membenarkan Azriel pergi melihat bayi mereka.

Perlahan-lahan Azriel mendekati katil bayi itu. Masih lena tidur anaknya.

"Sayang, mana satu anak kita?" Dia keliru apabila ada dua bayi duduk bersebelahan. Mana satu anaknya.

"Both." Athira tersenyum nipis memandang anak-anaknya yang masih lena tidur.

"B..both? Dua-dua? Anak kita dua orang?"

"Ye, kembar tu kan. Kembar lelaki." Sampuk Puan Aaliyah.

Azriel memandang kedua-dua bayi itu bersilih ganti. Ye memang rupa kedua-duanya sama, serupa. Ragu-ragu jadinya tak tahu ingin mendukung yang mana satu.

"Papa ambik yang ni dulu ye, sekejap lagi papa dukung sorang lagi." Pipi anaknya yang sedang nyenyak tidur di cuit perlahan tak mahu menganggu lena si bayi.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Terasa lembik tubuh kecil itu seperti jeli namun dia sudah biasa dek kerana pernah ada pengalaman dengan Hanis dahulu.

Semua orang memerhati Azriel yang berjalan menuju ke arah tingkap wad sambil menghadap kiblat. Ingin bersendirian bersama anaknya untuk seketika.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now