BAB 12

1.3K 56 53
                                    

Athira yang mengelamun itu terkejut selepas dijerkah Rafiq Isaac. Terus bulat matanya, tubuh ditegakkan memandang kehadapan. Setiap ahli mensyuarat disitu melihat kearahnya.

"Boleh tak Athira?"

"Hmm? B..boleh."

"Apa yang boleh?"

Athira menunduk. Jarinya sudah tidak duduk diam, mengutis kukunya. Bibir diketap.

"Apa yang boleh Athira Sofia?"

"Maaf. Saya.. saya."

"Fokus Athira. After meeting, masuk office saya."

Athira memukul pehanya sendiri, marah dengan diri sendiri. Perbuatan Azriel yang cuba mengelak daripadanya itu seringkali bermain di fikiran. Dah lama dia tidak melihat anak kandungnya sendiri.

Dia sedar lelaki itu cuba untuk menjauhkan Hanis dari dirinya sendiri. Dia tahu dia dah buat silap 4 tahun lepas namun tidak layakkah dia untuk diberi peluang kedua?

Selepas mensyuarat tamat, Athira mengikut Rafiq Isaac dari belakang menuju ke pejabat lelaki itu. Pintu ditutup perlahan.

"Kenapa dengan Athira ni?"

"Athira.. err Athira.."

"Athira ada masalah kan?"

"Athira.. Athira cuma tertekan je dua tiga minggu ni. Nothing happened pun. It's just me yang kurang fokus."

"No. Tell me the truth."

"Ni tentang kehidupan peribadi Athira. Masalah Athira, let me settle by myself. Athira tak nak orang lain pun termasuk dalam masalah Athira."

"Athira. Kitorang jaga Athira dari Athira pantang lagi. Please. Mana tahu I can solve it?"

"No. You can't. Athira mintak maaf sebab tak fokus dalam mensyuarat tadi, Athira tak sengaja. Takpe nanti Athira tanya orang lain. And Athira minta maaf sebab kerja Athira dah tak sebagus dulu. I'll try to be better. Athira minta diri dulu."

Dia menyusun langkah keluar dari pejabat itu. Nafas dihela lega. Selepas beberapa ketika dia menenangkan dirinya, langkah diteruskan menuju ke pejabatnya.

Langkahnya terhenti tatkala melihat Azriel Haikal berjalan menuju kearahnya. Lelaki itu hanya menjeling dia sekilas dan terus masuk ke dalam pejabat Rafiq Isaac.

"Bodoh. Aku rindu kau lah cibai, kau jeling je aku?!" Kata Athira berseorangan di dalam lif.

Flashback

Azriel melangkah masuk ke dalam rumah. Pelik. Selalunya Athira akan ada di depan pintu menyambut dia balik kerja. Rumah yang gelap itu membuat dia lebih risau.

Kaki dihayun menuju ke tingkat atas. Beg kerjanya sudah dicampak di atas sofa sebelum memijak tangga.

"Athira! Athira!"

Tiada sahutan. Langkahnya dilajukan. Pintu bilik tidur utama dituju. Bilik tidur itu gelap. Hanya ada cahaya samar samar dari dalam bilik air.

"Athira?"

Membulat matanya melihat susuk tubuh Athira yang mencangkung di tepi singki. Dalam singki penuh dengan muntah Athira. Hidung ditutup lalu dia mendapatkan isterinya.

"Kau okay tak ni?"

Tubuh Azriel ditolak kasar sebelum dia sambung memuntahkan kembali sisa sisa makanan di dalam perut.

"Urghhh.. i love you."

"Singki tu ke aku?"

"Singki."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now