BAB 29

1.1K 46 0
                                    

Hanis yang leka melihat kartun di televisyen sambil menghisap susu langsung tidak mempedulikan keberadaan ibu-bapanya disitu. Puas sudah Azriel dan Athira mengajak anak gadis mereka untuk tidur namun Hanis sedikit pun tak mahu berganjak.

"Hanis jom tidur. Dah lewat ni."

"Tak nak.. Hanis nak watch tv."

"Esok kan boleh sambung tengok? Jom tidur."

Athira cuba memujuk Hanis namun satu apa pun tak jadi. Tak tahu pula dia Hanis jenis yang berjaga malam.

"Hanis. Pergi naik atas tidur sekarang."

Mendengar suara tegas Azriel lantas Hanis bangun dari posisi baring sebelum menyorok di belakang tubuh ibunya. Pajama satin milik Athira digenggam kemas, takut dengan ayahnya. Azriel sudah bercekak pinggang. Manjakan anak memang manja tapi ada masanya perlu bertegas.

"Hanis. Jangan nak menyorok, pergi tidur sekarang."

Athira di tengah-tengah diam membiarkan Azriel menguruskan anak gadisnya yang seorang itu. Lagipula Azriel lebih tahu perangai Hanis dan cara mendidik berbanding dia yang langsung tiada pengalaman.

"Hanis nak masuk tidur ke Hanis nak tidur dalam bilik air hari ni? Nak papa kurung dalam bilik air?"

Sengaja dia mengacah anaknya padahal dia sendiri tak boleh berpisah dengan Hanis walau sekejap.

"Tak.. nak.."

Perlahan sahaja suara itu dilontarkan. Botol susu masih dipegang kemas.

"Kenapa Hanis tak nak tidur?"

"Nak sleep dengan mama."

"Tak boleh lah, Hanis kan dah besar. Go sleep on your own." Azriel cuba memujuk puterinya. Haih kalau biar tidur dengan mama tiap-tiap hari nanti jadi kebiasaannya pula.

"Mama.."

Athira hanya diam. Jangan kata Hanis, dia pun takut dengan Azriel.

"Jom, papa teman sampai tidur. Jom."

Tangan yang dihulur perlahan-lahan dicapai Hanis. Tertawa kecil pasangan itu melihat botol susu yang masih tak terlepas dari pegangan Hanis. Televisyen ditutup sebelum mereka naik ke tingkat atas.

"Esok Hanis nak buat apa?"

"Nak main seronok seronok."

"Ye-"

"Main seronok seronok tu apa?" Athira yang masih belum faham bahasa anak beranak itu menujukan soalannya.

"Main dekat kids zone. Esok after ambik ubat kita pergi sana. Tapi kena tidur dulu, listen to me okay?"

"Okay!"

Athira di belakang tertawa kecil. Dia hanya memerhati dari pintu sementara Azriel membaringkan Hanis di atas katil dan mendodoikannya. Senyumannya terukir melihat keluarga lengkap selepas 4 tahun dia menanggung rindu.

"Awak, saya tunggu kat bilik. Ada benda nak cakap."

"Kejap lagi aku- abang datang."

Pintu bilik Hanis ditutup separuh menghalang cahaya dari masuk supaya tidur anaknya lebih lena. Suis lampu di dalam bilik tidur utama dibuka. Senyumannya sedikit terukir melihat hiasan di dalam bilik ini masih sama.

Lama dia menatap setiap perabot yang masih sama posisinya seperti dulu.

Tanpa sedar, Azriel datang dari arah belakang lalu melingkari tangannya ke pinggang Athira. Dagu dilabuhkan di bahu wanita itu sambil mata mengamati wajah seorang perempuan yang bergelar isteri.

"Sama lagi kan macam dulu? Aku cuma tukar katil, tu pun lepas cerai dengan Tasya."

"Kenapa tukar katil?"

"Aku tak boleh tidur setiap malam, aku ingat aku tak boleh tidur sebab dulu atas katil tu lah tempat kita bergurau senda, tempat aku pujuk kau menangis, tempat aku urut kau tapi tak. Lepas tukar pun masih sama."

"Habis tu takkan selama ni awak tak tidur?"

"Aku tak tidur dekat sini, aku tidur dalam bilik kerja. Jom lah masuk."

Tubuh Athira didorong masuk sebelum pintu ditutup rapat. Dia menapak menuju kearah Athira yang berdiri di tepi tingkap bilik. Wanita itu seperti menghayati setiap satu perkara yang menjadi memori mereka.

"Ingat tak dulu, kalau kau merajuk je mesti duduk belakang langsir tingkap ni? Macam budak kecik."

"Hish. Tu waktu saya pregnant, biasalah."

"Aku rindu kita yang dulu."

Athira berkerut kening. Lengan Azriel yang melingkari pinggangnya dia usap perlahan sambil menghirup udara malam.

"Kenapa rindu?"

"Sebab tu lah pertama kali aku kenal erti cinta."

Athira tergelak kecil. Banyaklah dia punya erti cinta, haukkk. Semua benda ego dulu. Muka ketat je sampai dia pun naik muntah tengok muka suami sendiri.

"Saya nak cakap sikit dengan awak pasal Hanis."

"Kenapa?"

"Saya nak bawak Hanis pergi luar negara. Saya dah buat appointment untuk pembedahan jantung dia dekat sana."

"Haa? Tak bagitahu aku apa apa pun?"

"Athira minta maaf tapi waktu tu pun hubungan kita tak berapa baik. Kalau tunggu dekat hospital sekarang ni, lambat lagi. Awak sendiri dengar kan doktor cakap memang tak sempat kalau tunggu giliran?"

"Tapi-"

"Azriel.. Sekali ni je, biar saya tebus silap saya selama ni. Hmm? About cost, don't worry Athira dah bayar semua. Please awak?"

"Nanti lah aku fikir."

"Abang.. We need to settle this thing by today."

"What? Nak jawapan apa lagi?"

"Yes or no. Boleh tak Hanis buat pembedahan kat luar negara?"

"Athira.. look. Even hospital luar negara pun the risk is still the same. I'm not saying the hospital you made an appointment with tak bagus but if Hanis macam tu jugak? The risk was 50/50 between she still alive or dead. It's not about money sayang but both of us got a work to settle here. Pergi sana of course lama then how about our work here?"

Athira menapak satu langkah kebelakang sambil tersenyum kecewa.

"So.. awak lebihkan kerja daripada Hanis? Macam tu?"

"No bukan macam tu- Athira."

Azriel mengejar Athira yang pergi ke sudut lain seolah tidak ingin bercakap lagi dengan dia. Otaknya juga belum dapat berfikir dengan baik tengah tengah malam macam ni, jadi macam mana dia nak buat keputusan? Banyak risikonya.

"Sayang.. I can't made any decisions now, let me think."

"Cakap je lah awak tak bagi Azriel, no need nak reka alasan apa tu semua."

"It's 12 now sayang, jom tidur. Esok lah cakap. Promise, jom tidur. Penat lah."

Tangan Athira ditariknya lalu dibawa ke arah katil tempat mereka beradu. Wanita itu dibaringkan di atas katil lalu Azriel menarik hebat menutupi badan isterinya. Sempat bibirnya singgah di dahi Athira sebelum dia juga turut naik ke atas katil.

"Esok bincang lagi okay? You need rest ni. Hmm?"

"Saya tak nak Hanis sakit."

"Hanis sihat je, she's okay. Trust me."

Athira menyorok wajahnya di bahu Azriel. Baju lelaki itu dia genggam erat. Tangan Azriel naik membelai rambut isterinya mendodoikan Athira supaya terlena. Bibir acap kali berlabuh di dahi isterinya namun Athira hanya mendiamkan diri. 4 tahun dia bazirkan masa macam ni.

"Sweet dream love."







story ni dah makin hambar ye , sedang berfikir untuk unpub

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now