BAB 10

1.4K 60 41
                                    

Azriel meraup wajahnya. Skrin komputer riba dan Hanis dipandang bersilih ganti. Rambut diramas kasar. Sesekali terkeluar keluhan dari mulutnya.

"Hanis sini kat papa."

Hanis Ardelle yang ralit bermain dengan mainan barunya terus bangun menuju kearah Azriel. Sofa itu dipanjat lalu dia duduk atas riba Azriel.

"Hanis sakit dada?"

Anak perempuannya mengangguk. Rasa sakit itu seringkali menyerang dadanya namun dia cuba menahan sakit itu.

Ubun ubun kepala anaknya dicium lembut.

Pembedahan Hanis akan dilakukan bulan Februari tahun depan dan sekarang dia ada permasalahan duit. Duit yang dihabiskan pada Tasya sahaja sudah beribu sebulan, ditambah dengan rawatan Hanis yang perlu diterima setiap dua minggu. Ubat ubatan Hanis juga bukanlah murah. Syarikatnya mengalami kerugian besar tahun ini. Kepalanya kusut memikirkan semua itu.

"Hanis. Sayang papa tak?"

"Sayang."

"Hanis jangan pergi tau. Duduk dengan papa sampai papa tua."

"Hanis nak pergi mana?" Soal budak perempuan itu. Dia langsung tidak tahu menahu tentang penyakitnya. Yang dia tahu dia hanya perlu berjumpa doktor secara berkala.

Basah dirasakan kulit kepala Hanis tatkala air mata Azriel jatuh. Lelaki itu tak sanggup kehilangan satu satunya anak perempuan yang dia ada. Pembedahan itu memberi risiko kepada Hanis.

Pembedahan itu boleh gagal dan tidak ada jaminan bahawa Hanis akan hidup lama.

Hanis Ardelle satu satunya kenangan yang dia ada bersama Athira Sofia.

Hanis melentokkan kepalanya di dada bidang Azriel. Perlahan lahan mata itu tertutup, penat seharian bermain.

Komputer riba yang masih menyala dimatikan. Tubuh kecil itu dibawa naik ke tingkat atas dengan berhati-hati.

Jam dikerling sekilas. Tasya masih belum pulang tika ini. Entah kemana wanita itu pergi.

•••

Rafiq Isaac perasan akan perubahan yang dialami Athira selama beberapa minggu ini. Gadis itu hilang fokus dalam kerjanya dan dia lebih banyak termenung di rumah.

Satu butang pada telefon pejabat ditekan.

"Athira masuk bilik saya."

"Baik."

Panggilan dimatikan. Rafiq Isaac mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Jemarinya menari mengetuk meja kaca itu. Entah apa yang menganggu fikiran adik angkatnya hingga kerjanya juga terganggu.

Tok Tok Tok !

"Masuk."

Wajah Athira terpacul di muka pintu. Bunyi kasut tumit tinggi yang berdetak itu semakin mendekati Rafiq sebelum bunyi itu berhenti menyapa pendengarannya.

"Ye ada apa encik nak jumpa saya?"

"Duduk."

Athira melabuhkan punggungnya diatas kerusi empuk berhadapan dengan COO syarikat itu. Wajah tegang Rafiq Isaac dilihat. Dia ada buat salah?

"Athira ada masalah? Tak nak cerita dengan abang?"

"Hmm? Masalah? Tak. I don't have any problems."

"Athira ada masalah."

"No."

"I know. Tell me."

Athira mengeluh. Kepala ditoleh memandang kearah pemandangan dari tingkat kedua teratas ini.

"Athira jumpa anak Athira balik."

"Kat mana? Anak Athira macam mana?"

"Dia sakit." Kata Athira tenang.

"Dia sakit apa?"

"Encik dah selesai? Saya ada kerja."

"Tunggu Athira. Siapa suami Athira?"

"Athira tak nak ingat. Athira nak keluar dulu, ada banyak lagi kerja Athira kena buat."

Rafiq Isaac sekadar mengangguk. Athira membawa langkahnya keluar dari bilik Rafiq Isaac. Nafasnya dihela lega. Dia perlu rahsiakan identiti suaminya dari Rafiq Isaac.

•••

Malam itu Athira hanya berkurung di dalam bilik. Dia berdiri di tepi tingkap sambil merenung kearah halaman rumah di tingkat bawah. Nafas dihela.

Flashback

Athira duduk diatas birai katil sambil melihat ke dalam cermin meja solek. Pantulan cermin yang menampakkan tubuh Azriel yang sedang sibuk membuat kerja dengan komputer riba diatas meja dilihat.

"Saya nak berhenti belajar boleh?"

Azriel yang leka menyiapkan kerja pejabatnya serta merta terhenti perilakunya. Dia berpusing menghadap Athira yang menunduk menekur lantai.

"Why?"

"Saya penat. tsk..tsk.."

Azriel mengangkat punggungnya. Kaki dihayun menuju kearah katil sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Athira. Tangan kurus itu diambil.

"Penat sebab?"

"Saya tak boleh. Dengan anak ni lagi. I just can't. People ignoring me sebab.. sebab saya miskin. They call me perempuan sundal just because i'm pregnant without knowing I'm married. I'm tired."

"Look. Kau tinggal satu sem je lagi kan nak belajar and now kau nak stop dekat sini? Please no. Kau tak ingat ke kenapa kau jadi ibu tumpang aku? Sebab kau nak bayar yuran uni kau kan? Haa? Listen. Kalau kau berhenti dekat sini, kau kena fikir masa depan kau. Okay? Kau nak hidup kau hancur?"

"Awak tak faham!"

"Ye aku tak faham cuz i'm not in your shoes but please. Do it because of yourself. Okay? Kau pernah cakap dengan aku yang kau nak kerja and after that nak ambik master dekat luar negara kan? Macam mana kau nak capai benda tu kalau kau berhenti sekarang?"

"Diorang buli saya. Diorang.. diorang suruh saya siapkan assignment diorang, dia pulaukan saya. It's not that easy. Kerja lapangan pun saya yang kena buat untuk diaorang. I'm exhausted."

"Aku boleh uruskan pasal tu. Kalau kau tak dapat degree, kau bayar balik duit aku. Faham?"

"Tak! Awak boleh buat apa je?"

"Kau tengoklah aku buat apa nanti. Bukak mata kau luas luas."

Beberapa minggu selepas itu sekumpulan perempuan yang asyik membulinya tidak lagi kelihatan di kolej itu. Entah kemana mereka pergi, dia sendiri pun tidak tahu.

Bila ditanya pada Azriel lelaki itu hanya balas dengan 'entah'. Tapi dia betul betul gembira selepas itu. Lantak lah sebab apa pun sekumpulan gadis itu bagaikan lesap secara tiba tiba yang penting tidak ada lagi orang yang akan membulinya.

End Flashback

Athira tersenyum sendiri. 5 bulan selepas itu barulah dia tahu tentang sekumpulan gadis yang dibuang kolej akibat menghisap dadah. Ye, semuanya angkara Azriel Haikal. Lelaki itu betul betul maksudkannya.

Tok tok tok !

"Ye?"

"Athira tak nak makan?"

"Athira dah kenyang ibu."

"Lah tadi bukan Athira cakap nak makan masak tempoyak tu? Penat je Athira masak tadi."

"Takpe. Ajak lah abang Rafiq makan. Dia suka lauk tu."

Senyap. Athira melabuhkan punggung diatas katil. Beberapa bintang kecil di langit menyapa pandangannya. Senyuman terukir mengingat kembali kenangan manisnya bersama Azriel.

*Single tersakiti boleh vote to unlock next chapter.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now