BAB 68

1.5K 53 9
                                    

Kepala yang berbalut merimaskan diri. Rasa ingin dicabut dan dicampak terus. Mata menjeling ke arah jendela hospital yang memperlihatkan bandar besar. Walaupun kepala berbalut namun otak serabut memikirkan kerja di pejabat yang bertimbun di atas meja.

"Rafiq.. Saya ada bawakan bubur. Saya tak masak makanan lain sebab takut bertambah teruk lagi luka awak."

Semangkuk bubur ayam yang masih panas dan berasap itu ditolak ke arah Rafiq di atas meja berharap lelaki itu sudi menjamah walau sedikit.

"Lengan kau macam mana?" Soal Rafiq kedengaran kurang ramah.

"Luka sikit je. Takda apa sangat. Maaf sebab dah buat awak terbaring atas katil hospital ni."

"No need to say sorry, aku yang pilih buat benda tu so it's not your fault."

Bubur di atas meja itu dia pandang sepi. Tasya yang berdiri di tepi katil sedikit pun tidak berganjak, kepala masih kekal menunduk ke bawah menekur lantai. Mungkin kita habuk dekat lantai.

"Apa tujuan kau datang sana? Azriel atau Athira yang jemput?"

"Saya.. Tak ada siapa yang jemput. Kebetulan saya tahu sebab Azriel ada jemput papa. Saya datang pun bukan untuk buat kecoh, hanya nak minta maaf pada Athira."

Panjang lebar Tasya menerangkan niat sebenarnya berada di rumah Azriel pada malam majlis doa selamat dan tahlil itu. Tiada niat yang buruk tapi dia tak marah kalau ada yang bersangka buruk.

"Kau mimpi apa tiba-tiba berubah? Atau kau ada motif lain? Mungkin nak jadi madu Athira dengan berpura-pura baik?"

Laju Tasya menggeleng.

Tak pernah terlintas dia ingin menjadi isteri kedua Azriel. Dia sendiri sedar perkahwinan mereka sebelum tiada sinar bahagia, jadi untuk apa merisikokan lagi sebuah hubungan yang nyata tidak akan berjaya.

"Saya tahu hubungan saya dengan Azriel hanya boleh kekal sebagai kawan. Takkan ada sinar bahagia rumah tangga."

"Baguslah kalau macam tu. Jangan robohkan rumah tangga yang susah payah orang bina dan kukuhkan kepercayaan. Hati mungkin boleh pulih namun parut selamanya akan kekal."

"Khilaf saya dulu." Tertunduk-tunduk Tasya.

"Aku tak salahkan kau seorang. Azriel pun sama salah. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi."

"Saya tahu.."

Buat sekian waktu yang agak lama dirasakan, kedua-dua manusia di dalam wad itu merasa kejanggalan yang menyelubungi mereka.

"Awak makan lah bubur tu, saya balik dulu."

"Kau punca aku duduk atas katil hospital ni tau lepastu nak blah macam tu je?"

Tangan bersilang di dada sambil mata tajam merenung ke arah Tasya yang seperti cacing kepanasan.

TOK TOK TOK !

Kedua manusia yang tadinya senyap serentak menoleh memandang pintu ya g diketuk. Pintu itu ditolak dari luar sebelum munculnya bidadari hati Rafiq.

"Ibu!"

Sejurus ibunya berdiri di tepi katil selepas meletakkan makanan di atas meja, tubuh itu dipeluk erat sambil merengek di perut ibunya.

"Akit.. akit.. Kepala anak ibu ni akit.."

"Sakit tu penghapus dosa. Kamu dah makan ke belum ni?"

Tasya ternganga di belakang melihat perilaku Rafiq Isaac yang berubah drastik apabila bersama ibu kandungnya. Manja, mengada serupa anak kecil! Padahal sudah berumur 30 tahun!

"Belum ibu.. Rafiq nak makan makanan ibu je. Makanan hospital tak sedap."

"Maaflah, ibu lambat sebab masak dulu tadi. Aik? Tu bekal siapa pulak? Bukan bubur hospital tu kan?"

Rafiq memandang bubur yang Tasya beri tadi.

"Assalamualaikum makcik.." Tasya maju ke hadapan bersalaman dengan puan Aisyah. Dicium lembut tangan itu. Senyuman manis diukir.

"Anak ni siapa?"

"Saya.. Tasya. Maaf, Rafiq jadi macam ni sebab selamatkan saya."

"Tasya? Macam makcik pernah dengar.. err kat mana ye?"

"Dia bekas isteri Azriel." Jawab Rafiq dingin. Serta merta wad itu menjadi senyap sunyi. Hanya bunyi plastik yang diusik Rafiq sahaja memecahkan kesunyian wad.

"Ouh. Macam tu.."

"S..saya balik dulu."

Tasya lantas mencapai beg tangannya dan terus mengatur langkah laju meninggalkan wad itu. Dari nada suara orang tua itu pun Tasya sudah boleh jangka, puan Aisyah pasti terkejut orang dihadapannya tadi ialah wanita yang dulunya jijik.







"Sayang.. Abang nak pergi dah ni. Tak nak salam?" Puas Azriel memujuk isterinya yang merajuk dari tadi. Athira tak mahu melepaskan dia namun apakan daya, ini atas urusan kerja.

Athira yang sedang membasuh pinggan itu buat tak endah. Sengaja dia melambatkan proses mencuci pinggan padahal ada saja mesin pencuci pinggan. Hanya tinggal letak.

"Sayang abang nak pergi dah ni. Nanti menyesal tak salam tau. Buatnya jadi apa-apa dekat abang nanti? Tak sempat salam suami."

Tangan yang menyentuh bahu itu ditepis kasar.

"Abang nak pergi sangat kan? Pergi lah! Pergi sana! Tak payah balik terus pun takpa! Athira sedar, kerja tu lagi penting dari Athira."

"Bukan macam tu sayang.. Abang dah banyak kali tangguh. Lagipun bukan jauh sangat. Nanti dah siap kerja, abang balik lah terus. Janji."

Athira senyap dibiarkan saja janji yang ditabur Azriel berlalu. Dia malas ingin berfikir lagi. Kalau nak pergi sangat pergi lah! Tinggalkan dia yang sedang sarat ni seorang diri!

"Balik sini abang janji, I bring you a present okay? Present sebab bersabar. Boleh macam tu?"

"Athira tak nak present! Athira nak abang jangan pergi! Tu pun tak faham?"

"Athira.. Abang.. Abang takda pilihan. Kalau abang boleh tangguh benda tu, dah lama abang buat. Lebih baik abang tunggu isteri abang kat rumah, kan?"

Sekali lagi tangannya ditepis apabila dia cuba menyentuh perut Athira. Ingin menyapa bayi mereka sebelum dia bertolak.

"Abang pergi lah cepat. Athira malas nak gaduh. Buang tenaga."

"Macam mana abang nak pergi kalau isteri abang merajuk macam ni? Nanti susah hati tak boleh buat kerja tau."

Selesai membasuh pinggan, tangan di lap pada tuala untuk mengeringkan tangan yang basah. Wajah Azriel sedikit pun dia tak pandang apatah lagi ingin bertentang empat mata.

"Athira penat. Abang pergilah." Dengan kata ringkas, wanita itu terus berlalu naik ke tingkat atas. Dia betul-betul penat, rasa ingin terus baring di atas lantai dan tidur.

"Tak nak salam abang dulu? Sayang jangan menyesal tau nanti."

"Pergi lah Azriel Haikal! Pintu tu terbuka luas! Ada saya tutup pintu tu? Dipersilakan keluar atau awak nak saya bentang karpet merah?"

Azriel mengeluh panjang. Bagasi dan beg kerjanya dicapai lalu dia pun mengatur langkah keluar dari rumah itu. Sempat dia memandang belakang tubuh isterinya buat kali terakhir sebelum berangkat.

Athira pula yang bagai tidak kisah akan kepergian Azriel terus menyambung perjalanan ke bilik tidur utama mereka untuk merehatkan tubuh yang sudah mula terasa sengal.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now