BAB 39

1.2K 44 0
                                    

Athira mencapai dompet di dalam beg tangan miliknya. Beberapa keping not RM10 dikeluarkan sebelum dia serahkan pada pemandu grab yang telah menghantar dia dari hospital ke rumah. Sepatah kata tidak dikeluarkan, wajah itu sugul. Beberapa lekuk di tubuh sudah mula terlihat jelas menampakkan kesusutan berat badan Athira yang turun mendadak.

Selesai membuat pembayaran, Athira keluar dari kereta axia berwarna putih itu. Beg tote dan beg tangan dibawa bersamanya. Selama dua hari dia di hospital, Azriel sekalipun tidak menghubunginya apatah lagi ingin melawat.

Dia perlu ditahan lebih lama kerana kandungannya lemah mungkin kerana tekanan yang dirasakan sejak pemergian Hanis, anak perempuannya. Semua orang terkesan namun yang lebih banyak terkesan adalah Azriel dan Athira. Mak ayah mana yang tak sayangkan anak?

"Baru ingat jalan balik? Kau pergi menagih kasih dekat jantan mana?" Ujar Azriel kasar sejurus Athira menapak masuk ke dalam rumah.

"Saya minta maaf tak bagitahu awak. Telefon saya habis bateri." Jawab Athira lemah. Badannya betul-betul dirasakan lemah, tiada lagi tenaga untuk bergaduh dengan Azriel.

Azriel mengangkat punggungnya daripada sofa dan menapak menuju ke arah Athira yang berdiri di depan pintu. Dia menapak perlahan namun setiap derap kaki jelas di telinga Athira. Bunyi derapan kaki itu menakutkan dia lagi.

Beg tangan milik wanita itu dirampas kasar oleh Azriel. Lelaki itu membelek isi di dalam beg tangan itu. Sebuah telefon pintar dikeluarkan dan beg tangan itu dibiarkan jatuh ke lantai.

"Telefon ni? Habis bateri?" Azriel menayangkan telefon itu di hadapan mata Athira.

Dengan teragak-agak Athira mengangguk. Apa lagi kali ni? Sungguh, dia sudah penat.

PRANG!!

Dengan sekali balingan, telefon pintar itu pecah berderai. Azriel membaling telefon milik isterinya kuat mengena pada dinding menyebabkan telefon itu hancur berkecai. Serpihan dan komponen telefon pintar itu bertaburan di atas lantai dan ada yang terjatuh di atas karpet.

"A..awak.. t..telefon saya." Satu persatu air mata mula jatuh membasahi pipi.

"Kalau kau tak pandai cas telefon, tak payah guna telefon! Bodoh! Kau keluar lagi dari rumah ni, jatuh talak!" Lafaz Azriel tanpa ragu-ragu. Lelaki itu sudah hilang kewarasan. Lelaki yang dulunya sangat penyayang kini sudah menjadi dayus.

"Azriel!" Panggilan dan jeritan Athira tak lagi dipedulikan lelaki itu. Azriel terus menapak naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan Athira yang sedang menangis.

Athira terduduk lemah di atas lantai. Serpihan telefon yang bertaburan di atas lantai dia pandang kosong. Tangan naik mengusap perut yang mula menampakkan bentuk meski belum jelas. Air mata turun laju bak air terjun membasahi keseluruhan muka dan ada yang jatuh membasahi tudung.

"Ya Allah engkau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi ujian yang telah engkau beri. Sesungguhnya engkau menguji seseorang itu mengikut kemampuan mereka."










Azriel menutup komputer riba miliknya walaupun kerja yang dibuat masih belum siap. Kepalanya serabut, fikirannya melayang memikirkan kenangannya bersama Hanis. Air mata sudah kering ingin menangis lagi. Kenapa dia tak pergi bersama Hanis saja?

Flashback

Masuk saja ke dalam bilik, Azriel meletakkan telefon dan kunci kereta di atas meja. Dia mengeluh lelah. Tali leher ditanggalkan kasar, tak sabar rasanya ingin terjun ke atas katil. Butang lengan kemeja ditanggalkan dan begitu juga beberapa butang dari atas membebaskan dia dari rasa rimas.

Dia menapak beberapa langkah sebelum tubuh direbahkan di atas katil. Tubuhnya terlentang di atas katil kepenatan. Nafas dihela. Hari yang cukup memenatkan ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas buat dia rasa nak pengsan.

"Pa! Aaaaaa! Wawawawa.. hihi..hi.."

Azriel membuka matanya saat dia merasa terganggu dengan sentuhan tangan kecil di wajah. Dia menoleh ke tepi memandang Hanis yang tergelak dalam posisi merangkak. Lupa pula dia ada anak. Hanis ditarik ke dalam pelukan.

"Muah! Princess papa ni suka ye ganggu papa? Dah lah gigi ada empat batang je."

"Hihihihi.. fufufufufu.."

"Tak pandai bercakap lagi sibuk nak berbual dengan papa ye? Bagitau papa hari ni Hanis buat apa?"

"Aaaaaaa.. wawawawawa!! Pa!! yok..maa.. hihihihi.. fufufufu."

Azriel melayan keletah anaknya yang ingin berbual walaupun satu perkataan pun masih belum boleh disebut dengan jelas. Rambut Hanis dibelai lembut, serupa rambut Athira.. Ikal mayang.

"Ye? Hanis kacau tokma? Ish Ish Ish.. Lagi-lagi Hanis buat apa lagi?" Azriel melayankan saja anak daranya yang seorang ini walaupun kepenatan. Dia tak ada banyak masa nak diluangkan dengan Hanis jadi bila dia bersama anak kecilnya, benda lain yang akan diketepikan. Hanis nombor satu.

"Emmmmba.. hihihi.. pa.. oyam.. hihihi.."

"Pandainya. Ikut siapa ni? Hanis anak papa ni ikut siapa pandai sangat ni? Ikut papa lah kan? Sini nak kiss sikit." Pipi tembam itu digomol sepuas hati. Ada lesung pipit terbentuk di pipi itu apabila Hanis ketawa geli.

"Ermmm.. papa bau benda busuk lah.. Hanis yak eh?"

Hanis menggeleng laju apabila ayahnya mula menyelam lampin pakai buang yang dia pakai. Berkerut habis wajah itu.

"Hanis yak ni.. Jom papa cuci. Hanis sambung cerita dalam tandas alright?"

Hanis hanya diam. Azriel mendukung anak gadisnya lalu dibawa ke tandas untuk dibuang lampin pakai buang. Seluar yang dipakai anaknya dicabut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam tandas. Perangai betul lepas mandi baru sibuk nak berak.

"Kita cuci dulu nanti sambung cerita."

Bilik air itu riuh dengan gelak tawa Hanis apabila digeletek Azriel. Satu-satunya kebahagiaan dan cinta hati yang lelaki itu ada. Tiada lagi yang lain mampu membuat dia bahagia sama seperti kehadiran Hanis di dalam hidupnya.

I will never regret my decision of having you, Hanis Ardelle.

End Flashback

Azriel tersenyum nipis menatap bingkai gambar yang terisi gambar Hanis sedang berdiri. Itu momen kali pertama Hanis boleh berdiri dengan sendirinya walaupun kaki kecil itu masih goyah dan belum stabil. Dia rindu semua itu, jika diberi peluang untuk memutarkan kenali masa, dia ingin kembali ketika Hanis membesar.










i'm sorry if ada kekurangan ^^

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now