BAB 40

1.7K 51 2
                                    

Athira menolak pintu bilik Hanis perlahan. Dia mencari kelibat Azriel di serata rumah namun hasil pencariannya tidak membuahkan apa-apa dan langkah kaki membawanya ke bilik ini berharap Azriel ada di dalam bilik tersebut. Lelaki itu susah dijangka, kadangkala lampu dan kipas langsung tak dinyalakan.

"A..abang ada dalam ni?"

"Kau nak apa bodoh?" Pedas kata-kata itu, tipulah kalau Athira sebagai isteri tak terasa sama sekali namun memang itu tujuannya. Untuk menyakiti hati Athira.

"Beras.. dengan bahan memasak dah habis.. bahan mentah pun habis. Abang boleh tolong beli? Athira tak makan dari pagi." Kini sudah larut malam, kalau bukan kerana anak di dalam kandungannya dia boleh saja ingin meneguk air kosong.

"Kau apa? Kau lapar?" Lelaki itu kelihatan sedang mengusap anak patung milik Hanis lembut.

"H..Haah. S..saya lapar. Tolong order grab pun takpa. Saya bayar." Rayu Athira. Perutnya betul-betul sudah kosong. Kali terakhir dia makan, tengahari semalam. Itu pun hanya sebuku roti.

"Boleh sayang. Sini ikut abang." Azriel menarik lembut bahu isterinya. Athira memandang suaminya pelik. Kelakuan Azriel berubah 360 darjah namun dia tetap mengikut langkah lelaki itu turun ke tingkat bawah.

Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa. Azriel mengeluarkan telefon pintar miliknya sebelum membuka aplikasi Foodpanda. Athira hanya memerhati dari tepi. Kalau telefon dia masih elok, memang dia dah pesan lama tapi disebabkan telefon dia hancur hasrat terpaksa dikuburkan. Dia menunggu dengan diam di tepi Firash. Lelaki itu tak apa, pergi pejabat boleh makan kat luar, dia yang tak boleh keluar ni?

Lama mereka menunggu untuk makanan sampai. Azriel menyandar di sofa sambil membelek telefon sementara Athira hanya diam di tempatnya.

PIN ! PIN !

Athira mengangkat wajah tatkala hon motorsikal berbunyi di hadapan rumah mereka. Wajah ditoleh pula apabila Azriel mengangkat punggung dan melangkah menuju ke arah pintu utama rumah. Dia hanya menunggu dengan diam sementara Azriel pergi mengambil bungkusan makanan yang dipesan lebih kurang 30 minit yang lepas.

Athira memandang suaminya yang melangkah mendekatinya membawa sebungkus makanan di dalam plastik.

Azriel meletakkan bungkusan makanan yang terisi nasi goreng itu di atas meja lalu dibuka, aroma nasi goreng itu menerpa rongga hidung Athira membuat wanita itu menelan air liur. Azriel tersenyum sinis sebelum..

"Abang!"

"Kau nak makan sangat kan? Kau lapar kan? Ambik ni! Makan! Makan sampai perut kau tu kembung!" Nasi goreng kampung itu ditonyoh pada mulut Athira sepuas hati.

Rambut wanita itu dipegang kemas agar kepala Athira tidak bergerak. Nasi itu terus ditonyoh pada wajah itu meskipun Athira sudah menitiskan air mata. Tangan wanita itu sedaya upaya menahan Azriel dari terus berbuat begitu. Dia lemas!

"Abang.. Jangan buat macam ni.."

"Makan! Lapar sangat kan! Telan! Kau nak air tak?" Azriel mencapai sebotol air di dalam plastik lalu membuka penutup botol itu sebelum air itu dicurah ke atas kepala Athira. Dia tersenyum puas melihat wanita itu menangis dengan wajah yang comot begitu.

Habis nasi bertaburan di atas lantai dan melekat di wajah Athira. Terbatuk-batuk wanita itu apabila ada nasi yang belum sempat dikunyah telah ditelan secara paksa. Tangan mengigil menyapu wajahnya yang comot.

"Kenapa.. abang buat macam ni?"

"Baru lah puas hati aku. Kalau ikutkan ni belum cukup lagi tau! Kau patut kena lebih teruk lagi!" Nasi di dalam polisterin itu diambil lagi sebelum ditonyoh pada mulut Athira.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Donde viven las historias. Descúbrelo ahora