BAB 44

1.4K 59 8
                                    

Cawan yang berada di tangan dia usap sambil termenung di meja makan. Memandangkan Azriel sudah pergi kerja, kini dia berseorangan di rumah. Keluhan dilepaskan. Keluhan yang mengandungi bermacam-macam masalah yang tidak ditemui jalan penyelesaiannya.

Perut yang semakin menampakkan bentuk itu dia usap. Hanya itu sahaja lah kekuatan dia untuk terus hidup. Semangat dia untuk terus menghadapi hari-hari sukar. Dia sudah tiada apa-apa selain bayi kecil ini.

DING DONG !

Hanna menoleh tatkala loceng rumah itu berbunyi. Siapa di luar? Dia turun dari kerusi sebelum terkedek-kedek berjalan menuju ke pintu. Sempat dia berhenti di hadapan interkom untuk memeriksa tetamu di luar.

Ibu!

Tanpa berlengah langkahnya serta-merta menjadi laju. Tak sabar ingin berjumpa dengan sosok wanita tempat dia menumpang kasih sayang.

Pintu dibuka seraya dia mengukir senyum.

"Athira, ibu datang."

"Ibu masuk lah dulu." Pintu itu dibuka luas mempelawa ibu angkatnya untuk masuk. Lengan wanita tua itu dipeluk erat.

Tak lekang dek senyum bibirnya teruja dengan kemunculan wanita itu. Puan Aisyah ditarik agar duduk di atas sofa ruang tamu. Lengan itu masih belum dilepaskan. Terlalu rindu!

"Ayah mana?"

"Dia hujung minggu macam ni pergi memancing lah. Ibu datang sendiri. Athira sihat?"

"Athira sihat ibu. Kenapa ibu tak cakap nak datang? Athira boleh masakkan untuk ibu. Athira tak masak sarapan hari ni, minum susu je."

Kedua tangan berkedut itu naik menyentuh pipi anak angkatnya. Mata itu tidak memancarkan sinar gembira sebaliknya simpati. Simpati melihat keadaan Athira Sofea yang sebegini rupa. Sugul, tak terurus, kurus kering, senyuman yang diukir untuk menutup kesedihan itu sangat dia kenal. Dia dah tua, dia makan garam dulu.

"Athira.. Kenapa tak sarapan? Tak elok untuk baby, kesian dia."

"Athira takde selera ibu. Takpe, minum susu pun dah kenyang." Tipu Athira. Bukan tak ada selera cuma dia tak larat nak memasak. Seluruh badan sakit-sakit dan lemah.

"Eh takda-takda. Ni ibu ada bawak roti jala dengan kari ayam. Makan ni. Makan depan ibu. Ibu pergi ambik piring dengan sudu sekejap."

"Eh takpe ibu, Athira ambik."

"Tak payah. Duduk sini diam-diam."

Athira hanya mampu diam di situ. Mata memerhati ibunya yang menuju ke dapur. Senyuman terukir nipis. Walaupun ada ibu, diri ini masih terasa kosong, masih tiada rasa bahagia itu.

"Nah makan ni. Athira suka kan? Makan banyak-banyak." Ucap wanita separuh abad itu sambil mencedokkan roti jala dan kari ayam dari mangkuk tingkat yang dibawa.

Athira menyambut piring itu sebelum dia menyuap secubit roti jalan dan kari ayam ke dalam mulut. Suapan pertama membuat kunyahannya terhenti seketika dek menahan sebak. Entah sama ada dia lapar atau rindu masakan dari ibu angkatnya.

"Sedap Athira?"

"Sedap sangat." Athira makan dengan lahap. Semalam dia hanya minum susu dan makan sebiji roti. Pagi ini pula hanya minum susu. Rasa ingin menangis sepuasnya namun dia perlu tahan sendiri.

Puan Aisyah membelai lembut rambut anak angkatnya. Dia tahu wanita itu menyimpan seribu satu rasa namun dia tak ingin memaksa. Biarlah semuanya diluahkan dengan kerelaan bukan keterpaksaan.

"Baby sihat? Dah start tendang ke belum?"

"Baby okay cuma.. doktor kata jantung dia lemah."

"Athira duduk dengan ibu ye? Ibu jaga Athira."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now