BAB 2

1.8K 78 48
                                    

Doa selamat diadakan di rumah keluarga angkatnya kerana ibu bapa angkat Athira Sofia itu akan menunaikan Haji dua minggu lagi.

Athira cantik berpakaian baju kurung putih dengan hiasan bunga di baju itu. Tudung berwarna pink cair elok terletak dikepala Athira.

"Athira, tolong bawak ni dekat tetamu depan tu." Kata Puan Aisyah sambil menghulurkan dulang yang terisi beberapa manisan.

Athira menggaru kepalanya. Dia segan. Disitu ramai lelaki yang sedang berbual bual.

"Athira?"

"Boleh ibu."

Athira mengangkat dulang yang berisi makanan ke halaman rumah yang terdapat khemah dan lampu lampu hiasan.

"Abang Rafiq. Sini jap." Panggil Athira, kebetulan Rafiq lalu dihadapannya.

"Kenapa?"

"Ni abang Rafiq letak dekat sana boleh? Athira segan lah."

"Ouh.. Okay."

Athira bertukar arah. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Segan juga menjadi tatapan mata lelaki lelaki yang berada di situ. Maklumlah hanya dia sahaja perempuan disitu. Manis pulak tu. Uhukss..

Langkah dibawa ke dapur. Hanya dapur sahaja tempat penyembunyian terbaik. Duduk dalam bilik, orang cakap sombong pulak.

Langkah Aira terhenti apabila dia melihat seorang budak kecil sedang duduk ditepi dinding sambil menangis. Terus langkah dibawa mendekati anak kecil itu.

"Adik? Adik kenapa ni?" Tanya Athira.

Budak perempuan itu mendongak. Terus leher Athira dipeluk. Hampir sahaja Aira yang sedang mencangkung itu tergolek.

"Kenapa menangis? Shh.. Shh.." Pipi yang dibasahi air mata itu dilap menggunakan ibu jarinya.

"Nak papa. Hiks.. nak papa.."

"Papa?"

Athira mengusap belakang tubuh budak perempuan itu untuk menenangkan dia. Dibelai rambut panjang milik budak perempuan itu.

"Mana papa?"

"Nak papa.. nak papa.." Budak itu merengek di dalam pelukan Athira.

"Shh shh.. kita cari papa.."

Budak kecil itu didukung. Masih lagi ada sisa tangis. Athira mengukir senyum apabila budak perempuan itu menyentuh pipinya dan menatap wajah ayu milik Athira Sofia.

"Papa adik ada dekat mana?"

Budak itu hanya menggeleng tanda tidak tahu. Athira membawa budak kecil itu meronda diseluruh rumah mencari ayahnya.

Sambil itu Athira menenangkan budak perempuan didalam dukungannya itu. Matanya meliar mencari kalau kalau ada lelaki yang berada di dalam rumah itu namun kosong. Semua orang berkumpul diluar sedang menikmati makanan.

"Papa! Papa!"

Athira menoleh sebaik sahaja budak perempuan itu menjerit memanggil papanya.

"Sayang papa-"

Dua pasang kaki itu terhenti ditempat masing masing. Bagaikan terpaku. Azriel Haikal dan Athira Sofia, pertemuan kedua mereka selepas 4 tahun berlalu.

"Athira.."

"Ni.. anak awak? Anak awak dengan isteri awak? Cantik."

Azriel tak lekang memandang wajah Athira bekas isterinya. Rindu. Sungguh dia rindu akan wajah polos itu. Wajah yang menjadi tatapannya 4 tahun lalu.

"Azriel Haikal."

"Athira Sofia.. tu anak kita. Awak tengah dukung baby yang awak tinggal 4 tahun dulu."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now