BAB 24

1.1K 46 1
                                    

Sejak dua minggu lalu, Azriel menjauhkan diri daripada Athira. Entah mungkin dia buntu dalam masa yang sama dia takut kalau wanita itu menolaknya lagi.

"Papa.. Hanis nak mama."

"I bought you the new barbie kan? Main dengan Barbie lah."

"No. Nak mama."

Tubuh kecil itu diangkat lalu didudukkan diatas pehanya. Pipi tembam itu dicium sekilas sebelum mata kembali tertancap pada skrin komputer.

"Mama busy."

"Hmm."

Itu sahajalah alasan yang keluar dari mulutnya sejak dua minggu lalu.

"I need some space. Can you play at your room? I'll be there about an hour okay?"

"Fine."

Dia menggelongsor turun ke bawah. Kakinya berlari anak keluar dari bilik tidur ayahnya. Bibir memuncung tidak puas hati.

Seperti biasa, dia menempel pada patung gajah diatas katilnya. Dipeluk gajah itu kemas sambil melentikkan kepala di lengan gajah itu.

"Papa busy. Kena faham."

Dia kuatkan hatinya. Hanis tak boleh menangis! Dia kena faham kalau ayahnya itu sentiasa sibuk dan memerlukan ruang untuk bersendirian.

Dia tak boleh pentingkan diri sendiri.

Dia hanya diam duduk diatas katil sambil bermain dengan teddy bear lainnya. Sesekali dia mengeluh perlahan.

Azriel mengurut kepalanya. Dia sibuk menguruskan hal kewangannya namun kepala tidak berhenti berfikir tentang Athira.

Komputer riba ditutup. Tuala dia capai sebelum memboloskan diri ke dalam bilik air. Mungkin pancuran air boleh segarkan dirinya.

Lama dia duduk di bawah pancuran air itu menghilangkan segala tekanan yang ada. Dia lebih suka berada di bawah pancuran air berbanding berendam di dalam tab mandi.

Wajah diraup kasar.

Flashback

Dia mengurut kepala yang kian kusut memikirkan tentang seseorang. Keluhannya jelas terdengar sedih. Kadang-kadang air matanya juga hampir keluar namun berjaya ditahan.

"Bababababa.."

Kaki yang baru sahaja pandai berjalan terkedek kedek berlari kearah ayahnya sebelum baju Azirel ditarik dengan tangan kecil itu.

Pada mulanya Azriel membiarkan sahaja Hanis Ardelle begitu. Dia tengah serabut. Rindu. Lebih tepat tertekan.

"Hmm.. aaaaa.. babababa.. emmpa.. pa.. haaaaa!!"

Budak kecil itu menjerit nyaring sambil menarik baju ayahnya. Air liur sudah meleleh membasahi baju.

"Ish kau nak apa?! Memekak lah!"

Namun Hanis bagai tiada rasa apabila Azirel menengkingnya sebegitu. Ye lah budak kecil lagi mana tahu apa apa, bercakap pun belum pandai.

"Emmpa.. pa.. haaaa.. aaaaaaa.. emmmm!!"

Serabut dengan suara Hanis Ardelle yang merengek, dia mencapai botol susu lalu mengangkat Hanis dan dibawa keluar dari bilik.

Pintu bilik ditutup rapat meninggalkan Hanis Ardelle yang terpinga-pinga di luar bilik sambil memegang botol susunya.

Azriel yang baru sahaja ingin melabuhkan duduk di birai katil dikejutkan dengan bunyi sesuatu mengetuk pintu dengan kuat.

Hanis di luar mengetuk pintu kayu itu dengan botol susu ditangannya. Kaki yang tak kuat berdiri lama itu akhirnya lemah dan dia terduduk.

Namum tangan tak berhenti mengetuk pintu itu memanggil ayahnya.

"Eh! Kau nak apa haa?! Aku dah lah serabut! Kenapa lah kau lahir? Sebab kau, isteri aku lari tahu tak?!"

"Azriel! Apa ni jerit jerit dekat anak? Hanis tak tahu apa apa pun. Jangan ikutkan perasaan kamu sangat. Kesian Hanis jadi mangsa. Kalau tak sebab dia, Athira pun kamu tak jumpa."

"Ibu pun sama. Tak pernah nak faham Az. Semua asyik Hanis je! Perasaan Az pulak macam mana?"

"Hanis ni kecik lagi. Kalau ye pun nak lepas marah bukan dekat Hanis."

Ibu Azriel berlaku pergi dari situ selepas memberi sedikit nasihat berbaur amarah pada anaknya sambil membawa Hanis bersama.

"Hanis nak apa?"

"Pa..hmm.. Ababa.."

Jari telunjuk pendek itu menunjuk-nunjuk ke arah buah strawberi di dalam pinggan yang baru sahaja dicuci tadi.

"Hanis lapar ye? Nak makan buah? Sini, jom."

Pinggan diambil lalu dibawa ke ruang tamu. Didudukkan Hanis di atas lantai lalu diletakkan pinggan berisi strawberi tadi di hadapan budak kecil itu.

Hanis akan meronta kalau letakkan di dalam baby court. Habis dibaling strawberi nanti.

Baby baru nak membesar suka bebas.

"Makan."

Punggung dilabuhkan di sebelah Hanis mengawasi anak kecil itu makan. Selepas dua suapan, Hanis mencapai satu biji strawberi lalu dia lari naik ke tingkat atas.

"Ya Allah Hanis, jangan lari."

Laju sahaja kakinya menapak naik mengikut alur tangga itu. Kejap berlari kejap merangkak hinggalah sampai ke tingkat atas.

Pintu bilik tidur Azirel yang sedia terbuka dia masuk. Walaupun sesekali dia terjatuh, namun digagahkan juga kaki pendek itu berjalan mendekati ayahnya.

Azriel membuka mata apabila terasa kakinya disentuh. Hanis yang comot bersama strawberi di tangan menyapa pandangan.

"Aaa..pa nak bewi?"

Melihat anak kecil yang tidak bersalah itu, air matanya jatuh.

"Hanis, I'm sorry. I'm really sorry."

Dipeluk tubuh kecil itu.

"Bewi? Hehehehe!!"

Tertawa dia menunjuk dua gigi kacip yang baru tumbuh itu tatkala Azriel makan strawberi yang dibawanya tadi.

"She's just like you Athira. Everytime aku makan apa yang kau suap mesti kau ketawa."

Ucap Azriel sambil mata memandang kearah bingkai gambar di atas meja lampu di sebelah katil.

End Flashback

Ketukan pintu bilik air itu membangunkan dia dari lamunan. Segera dia menutup pili air.

"Hanis?"

"Papa. Hanis mengantuk. Nak sleep with papa boleh?"

"Okay. Baring atas katil sekejap lagi papa keluar."

"Okay!"

Tuala diambil. Dilap tubuh badannya menresap air pada kulitnya. Baju disarungkan pada tubuh.

Buka sahaja pintu bilik air, mata menangkap figura kecil yang sudah terbaring di atas katil dengan teddy bear di pelukannya.

"You're waiting for me?"

Hanis mengangguk. Dia merebahkan tubuh disebelah Hanis. Tangan menepuk perlahan bahu itu mendodoikan anaknya tidur. Sesekali ciuman dilabuhkan di dahi kecil itu.

"I'm sorry for ignoring you. Esok kita jumpa mama."

"Betul?"

"Betul. But you need to sleep first lah nor you won't meet mama."

Segera mata itu tertutup. Azriel tersenyum kecil. Serupa Athira, bila diugut sikit terus menurut katanya.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now