BAB 7

1.3K 59 54
                                    

Langkah Athira terhenti apabila dia melihat bekas suaminya, Azriel Haikal sedang berbual bual dengan Rafiq Isaac di pejabat abang angkatnya itu. Seluruh tubuhnya kaku.

"Athira ke tu?"

Bibir diketap. Pintu dibuka sedikit dan hanya untuk menjengah kepalanya.

"It's okay. Seems that you're busy."

"Nope. Just borak kosong. Why?"

"I just wanna discuss about new project. But it's okay since you are busy now."

"No. Come in. Let's talk together. It's about our collaboration with Azriel right? Why not if he join?"

"O..kay.. sure."

Athira melangkah masuk ke dalam pejabat Rafiq Isaac. Jantungnya tak berhenti berdegup. Pandangan cuba dilarikan daripada memandang Azriel Haikal.

Bukan mudah untuk bersemuka dengan lelaki yang dia tinggal 4 tahun dulu, lagi lagi dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu. Ego. Ego punca dia menjauhkan diri daripada Azriel Haikal. Dia sangka dia boleh melupakan Azriel Haikal namun sangkaannya meleset apabila Azriel muncul semula dan degupan jantungnya tak berubah sejak 4 tahun dulu. Degupan jantung yang sentiasa berdegup pantas dan hati yang sentiasa berbunga.

"So ni a few dokumen yang saya dah sediakan. There's some marketing plan from marketing department."

"Ouh.. okay. Sit here."

Athira melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Azriel Haikal. Dia hanya menunduk dan memandang kearah kertas yang ada diatas meja.

Sepanjang perbincangan itu, Aira hanya diam. Bila ditanya dia hanya mengangguk dan menggeleng. Azriel pula lebih fokus pada Athira daripada kerja yang ada. Dia nak melepaskan rindunya. Lebih baik mereka begitu.

"Okay lah bro. Kalau dah takde apa apa dah aku balik dulu. Ada a few documents aku kena cek kat office."

"Okay. Malam ni lepak tau."

"Ye. Tapi Hanis ada sekali kau tak kisah kan?"

Athira terkejut mendengar nama anaknya namun reaksinya cuba dikawal.

"Budak tu? Bawak lah dia, geram aku nak gigit pipi dia."

"Aku pergi dulu."

"Athira.. boleh tolong hantar Azriel?"

"Athira?"

"Athira?"

"Haa? B..boleh."

Athira membetulkan blouse yang tersarung di tubuhnya sebelum melangkah keluar. Lebih lama Azriel disini lebih dia kekok. Dia cuma nak lari dari lelaki itu. Bukan senang untuk melupakan cinta yang masih kekal di dalam hati.

Azriel mengikut bekas diterima dari belakang. Sesekali dia mengintai wajah Aira namun hampa, gadis itu menunduk tidak menampakkan wajahnya.

"Athira."

"Awak parking kereta kat sana kan?"

"Athira.. Let's talk."

"Saya ada kerja. Drive safe."

Belum sempat Athira melangkah pergi, tangannya ditarik Azriel. Membulat matanya apabila jaraknya dengan Azriel hanya beberapa inchi. Diotlak kasar dada Azriel. Hampir sahaja gadis itu jatuh terduduk diatas lantai.

"Awak ni kenapa.. encik Azriel?"

"Cheesecake and dress Hanis. You sent that right?"

"What cheesecake? Dress?"

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now