BAB 42

1.4K 45 9
                                    

Pintu bilik Hanis ditolak perlahan. Suis lampu dan kipas bilik itu dibuka. Matanya terhidang dengan susuk tubuh yang sedang terbaring di atas katil sambil memeluk salah satu teddy bear kesayangan Hanis. Nafas ditarik dan dihembus sebelum menegur.

"Abang.."

"Nak apa? Tak cukup lagi ke aku pukul kau? Nak lagi?"

Athira melangkah mendekati katil dengan perasaan gentar. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Sudah seminggu sejak Azriel mengurungnya di rumah. Mujur lelaki itu masih berhati perut membelikan makanan untuk dia, kalau tak boleh mati kebuluran.

"Boleh tak abang tarik balik lafaz talak abang? Athira kena keluar juga. Kena pergi hospital buat check up baby, kena pergi office. Apa pula Rafiq cakap nanti."

Rasa sakit ini biar dia sendiri memendam, tak mahu orang luar masuk campur. Atau lebih tepat dia tak boleh biarkan orang lain tahu perihal rumah tangganya yang menanti runtuh ini.

Azriel yang tadinya baring kini bangun dan turun dari katil. Lelaki itu berdiri tegak menghadap tingkap, membelakangi isterinya.

"Aku tarik balik lafaz talak aku dengan syarat. Setiap kali kau balik rumah, kau kena melutut luar pagar rumah sampai aku panggil masuk. Sanggup?"

"Besar sangat ke salah Athira sampai abang buat Athira macam ni?" Tindakan berani mati Athira mungkin membawa dia ke dalam neraka Azriel lagi.

"Kau tanya besar ke tak? Hanis hidup balik pun aku takkan maafkan kau lah perempuan."

"Athira tak sangka abang boleh jadi sekejam ini. Apa yang rasuk abang? Buruk sangat ke Athira ni di mata abang?"

"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Kau punca aku jadi macam ni! Sekarang kau pilih, ikut syarat aku atau jatuh talak selangkah kau keluar dari rumah. Kau nak yang mana?"

Air mata yang sudah turun membasahi pipi dia lap laju. Memikirkan tentang anaknya dan kerja, dia perlu juga bersetuju dengan syarat Azriel. Dia tiada pilihan. Ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau.

"Kalau itu yang boleh puaskan hati abang, Athira buat. Athira pergi dulu."

Mata dipejam rapat. Tak tahu apa pengakhiran kisah ini. Kalau dia perlu mati untuk puaskan hati Azriel, biarlah dia mati daripada hidup dalam keperitan begini. Dilayan selayaknya seorang hamba.

Tak. Lebih keji dari itu.

"Arghhh!" Athira menjerit sakit apabila rambutnya ditarik dari belakang menyebabkan tubuh itu terundur ke belakang.

"Kau dengar sini baik-baik. Kalau keluarga angkat kau tahu pasal kita, aku tak teragak-agak nak buat benda lagi teruk dari apa yang kau nampak sekarang. Lunyai kau aku kerjakan kalau diorang tahu. Faham tak aku cakap ni?!"

"F..faham.. faham.."

"Jangan buat perangai ye sayang?" Rambut isterinya dilepaskan dan dibelai lembut.

Athira dengan takut-takut terus melangkah keluar dari bilik arwah anaknya sebaik saja Azriel melepaskan rambutnya. Terasa pedih kulit rambut, mujur saja tak tercabut habis.









Athira menempek bedak di wajahnya selepas dipakaikan concealer di beberapa tempat yang lebam keungguan. Lebam di tepi bibir cuba dia tutup sebaik mungkin namun masih lagi terlihat dan akhirnya dia mengalah. Lantak lah orang nak tanya pun, pandai-pandai dia kelentong nanti.

"Assalamualaikum baby. Buat apa kat dalam tu? Mama rasakan macam nak makan sushi lah. Sedapnya.. Kita makan sushi for breakfast nak tak? Kita makan sushi okay?"

Perut yang masih belum terlihat bentuknya diusap. Bibir dipaksa mengukir senyuman walau hatinya pecah berderai. Kalau dulu setiap kali dia mengidam pasti Azriel yang akan belikan. Minta lah apa saja, daging unta pun sanggup dicari.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now