BAB 37

1.2K 45 0
                                    

Athira menangis teresak-esak selepas terjaga dari pengsan. Hari sudah malam, Azriel pun masih belum pulang. Dia menyentuh perut yang masih kempis. Dia faham kalau Azriel tidak gembira namun perlukah lelaki itu membenci anak mereka yang masih belum membentuk sebuah janin ini?

Hanis masih anak pertamanya dan tidak boleh diganti sampai bila-bila. Banyak perkara yang dia belajar ketika mengandungkan Hanis, tak mungkin dia boleh menggantikan tempat anak sulungnya begitu sahaja.

Tanggapan dia tentang bayi ini mungkin pelangi selepas hujan namun sebaliknya bagi Azriel. Mahu tak mahu dia perlu terima.

"Papa is not in a good mood. Papa rindu kakak Hanis lagi so give him time okay? Nanti kita pujuk papa sama-sama."

Air mata yang menitis dikesat. Kadang-kadang dia tertanya mengapa ujian-nya perlu menjadi sebegini berat. Memang beginikah nasib seorang Athira Sofia? Menyedihkan dan hina macam ni?

DING DONG !

Athira mengangkat wajahnya. Pintu rumah dilihat. Perut yang masih terasa senak disentuh sebelum dia bangun dengan berhati-hati lalu berjalan menuju ke arah pintu utama. Pintu dibuka sebelum wajah ibu mertuanya menyapa pandangan mata.

"Mama." Dicium tangan orang tua itu.

"Athira sihat? Mana Azriel?"

"Macam ni lah. Masuk lah dulu. Azriel keluar tak tahu bila dia balik."

"Kenapa menangis ni?" Ibu mertuanya mengelap sisa air mata yang tinggal di pipi. Athira mengukir senyum nipis tak mahu orang tua itu risau.

"Athira okay. Masuk lah, kenapa datang malam-malam ni?"

"Ni mama hantar makanan. Tahu sangat kamu berdua tu tak ada selera makan kan? Mama ada masak tomyam dengan sambal udang petai."

"Susah-susah je. Athira ada je masak."

Mereka berdua berjalan ke dapur. Athira memegang bekas makanan menggunakan tangan kanan sementara tangan kirinya dilekapkan pada perut yang masih terasa sakit. Tendangan Azriel tadi masih terasa peritnya.

"Tu kenapa tu? Athira sakit perut?"

"Tak lah. Rasa tak sedap perut je. Sebab makan sikit sangat kot. Athira panaskan tomyam ni dulu ye? Sekejap lagi abang balik lah tu."

"Ye lah. Azriel macam mana? Dia okay?"

Athira mengeluarkan periuk lalu memanaskan tomyam yang dibawa ibu mertuanya. Dia ragu-ragu ingin menjawab persoalan yang dilontar oleh ibu mertuanya.

"Azriel macam tu lah. Sedih lagi. Lagipun dia yang besarkan Hanis dari hari pertama Hanis lahir mesti susah dia nak terima keadaan. Dia perlukan masa tu nak terima hakikat."

Athira tersenyum nipis. Api dapur diperlahankan sebelum dia menapak mendekati ibu mertuanya.

"Boleh Athira peluk mama?" Pintanya. Dia tiada ibu kandung untuk meluah rasa, hanya menumpang kasih orang lain.

"Sini sayang." Tangan didepa, tubuh menantunya dibawa ke dalam dakapan.

Athira terus menghambur tangisannya sebaik masuk ke dalam pelukan ibu mertuanya. Air mata turun laju mencurah-curah. Esakan halus juga turut kedengaran. Dia kelihatan tabah sepanjang masa namun hatinya sudah hancur lama.

"Athira minta maaf. Athira tak boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Athira tak mintak semua ni jadi."

"Bukan salah Athira semua benda ni jadi. Stop blame yourself. You've done your best as a wife and mom. Athira jangan salahkan diri sendiri alright?"

Athira mengangguk. Dia rasa gagal menjadi seorang wanita. Gagal menjadi seorang isteri dan ibu yang sempurna. Gagal menjalankan tanggungjawab. Layakkah dia berada di atas dunia ini?

VROOM !

Mendengar enjin kereta Azriel, Athira cepat-cepat melepaskan pelukan ibu mertuanya. Air mata dikesat laju menghilangkan segala sisa. Dia lantas menyambung semula kerja yang tergendala tadi. Dia tak mahu Azriel menyangka yang dia merampas tempat lelaki itu sebagai anak kandung pula.

"Bila mama sampai?" Azriel bersalaman dengan ibunya. Mata menjeling Athira yang menbelakanginya menghadap periuk.

"Baru je tadi. Mama bawak tomyam dengan sambal udang petai."

"Ouh susah-susah je. Mama duduk lah dulu  Azriel nak naik atas, nak mandi sekejap. Athira, ikut abang sekejap." Mata Azriel terarah pada bahagian belakang Athira.

"Sekejap lagi Athira naik."

"Sekarang boleh sayang?"

Athira mengalah. Tangannya sudah menggigil takut. Takut kalau ibu mertuanya tahu tentang layanan Azriel terhadapnya. Pastu lelaki itu akan menyalahkan dia lagi. Api dapur ditutup sebelum dia mengelap tangan dengan sehelai tisu. Langkah dibawa membontoti Azriel yang sudah maju ke hadapan.

Dalam hati sudah berdoa sebanyak mungkin agar Azriel tidak membuat hal. Di dalam perjalanan dia boleh lihat dari belakang Azriel yang lelaki itu sedang menahan rasa.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Athira menutup kemas pintu. Pintu itu juga turut dikunci takut kalau ibu mertuanya menerjah secara tiba-tiba.

Belum sempat Athira memusing tubuh menghadap suaminya, Azriel terlebih dahulu menarik rambut Athira kasar. Kepala wanita itu dibawa dekat dengan kepalanya. Bibir Azriel menyentuh telinga wanita itu membuat Athira menggigil satu badan.

"Kau ada bagitahu apa-apa dekat mama?"

Athira menggeleng laju.

"Kau jangan bagitahu apa-apa. Kalau mama tahu, kau siap. Mama balik, kau memang kena dengan aku. Pembunuh."

Athira mengangguk laju. Wajah Azriel betul betul nampak seperti lelaki itu di puncak kemarahan. Merah habis seluruh muka. Dia pula sudah tegak bulu roma. Air liur yang ditelan dirasakan berpasir.

Saat Azriel menolaknya ke hadapan, dia lantas keluar dari bilik itu. Tubuh disandarkan di pintu bilik menenangkan diri. Dada digosok perlahan mengembalikan jantung yang berdegup kencang kepada normal.

"Athira? Buat apa kat situ?"

"Mama. Err Athira cek loket Athira, macam tercicir. Takpe ada je kat rantai ni. Mama nak rehat masuk lah bilik tetamu, Athira turun dulu nak sediakan makanan."

Wanita separuh abad itu menganggukkan kepala. Lirikan matanya membawa Athira turun ke tingkat bawah. Kepala digeleng perlahan. Macam-macam budak ni.






maaf kalau ada kekurangan and slow update

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now