BAB 16

1.2K 60 16
                                    

Athira memandang kearah siling. Dia menghela nafas buat kesekian kalinya. Kaki kini memijak lantai. Laci meja solek dipandang sebelum dia menuju kearah itu.

Dicapai sebotol ubat yang berisi pil tidur. Ditelan sebiji pil lalu diteguk air laju. Mulutnya dikesat. Entah berapa kali dia makan ubat ni matanya langsung tidak terasa untuk tutup.

Tak terasa kantuknya malam itu.

Kenangan lama dia bersama Azriel Haikal entah kenapa berlegar-legar di fikiran. Jujur dia cakap debaran setiap kali tubuh lelaki itu menyapa pandangan masih lagi ada.

Jantungnya berdegup entah kenapa. Sama seperti 4 tahun lepas.

Namun kejadian petang tadi membuat dia lebih sukar untuk melelapkan mata. Tipulah 4 tahun terlalu cepat untuk merawat sakit dihatinya. Terlalu cepat.

Flashback

Tangannya laju bergerak menggosok baju kemeja Azriel walaupun dia masih belum mahir. Lining nak tajam setajam panahan hati dia, memang lah susah.

Ting!

Deringan telefon yang menandakan notifikasi whatsapp masuk itu mengalih perhatian Athira. Dahi berkerut pelik lalu seterika diletakkan di tempatnya semula.

Telefon Azriel yang ditinggalkan diatas katil dia capai. Tasya?

Tasya :
You esok i nak pergi Melaka, you hantar i boleh? Kaki i sakit lah nak drive. Boleh lah eh?

Athira menggempal penumbuknya geram. Baru sahaja jarinya bersedia untuk menaip jarinya bergerak menyeret chat itu keatas.

Air mata bergenang menanti terhambur. Menggeletar jemari halusnya membaca perbualan Azriel dan Tasya.

Tasya :
You lepas i kahwin dengan you i tak nak pregnant tau. Nanti rosak badan i.

: Idc. Lagipun nanti after we get married, Hanis kan ada. As long as you janji jaga Hanis macam your own daughter i will always agree in whatever your decision.

Tasya :
You betul ni? Perempuan simpanan you tu tak marah? Ye lah tu kan anak dia.

: Tak. In fact dia tak ada hak at all cost.

Belum sempat dia membaca perbualan yang lain Azriel terlebih dahulu merampas telefon itu kembali. Dengan mata yang menakung air mata itu, Athira menatap kau ke dalam mata Azriel.

"Siapa bagi kau tengok telefon aku? It's my privacy!"

Athira mengelap air mata yang jatuh dengan belakang tapak tangannya.

"Kau tengok apa? Kau baca apa?! Jawab Athira!"

"Awak nak kahwin dengan Tasya?"

Azriel diam.

"Please no. I'm begging you. Awak boleh kahwin dengan siapa siapa je but not Tasya please. Saya tak nak dia jadi ibu anak saya."

Lengan Azriel dipegang.

"Kau tak ada hak pun!"

"Saya kenal Tasya macam mana. Dia tak boleh jaga baby ni!"

"Kau diam lah! Kau tu ibu tumpang je, sedar sikit! Tak ada hak pun nak tentukan hidup aku."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now