BAB 67

1.5K 47 2
                                    

Malam ini, majlis doa selamat dan tahlil akan diadakan. Kini, halaman rumah mereka kecoh dengan orang-orang yang sedang membuat kerja seperti memasak dan lain-lain. Azriel berkeras ingin memasak makanan untuk menjamu tetamu sendiri. Katanya nanti baru lah puas hati. Dia ikutkan sahaja kehendak suaminya.

Ibu mertua Athira serta keluarga angkat wanita itu turut hadir menolong. Athira pula rasa segan dek kerana dia tidak dapat membantu apa pun.

Mana tidaknya, bila ingin dibantu pasti ada yang menghalang. Yang dia boleh buat hanyalah membancuh air dan pura-pura sibuk.

"Abang.. nah air."

Secawan air anggur yang sejuk dihulur pada Azriel yang sedang menggaul gulai di dalam kawah.

Semua kawan-kawan Azriel yang sedang sibuk membuat kerja menoleh serentak pada Athira yang muncul di situ. Ye lah, Athira seorang saja wanita di situ, mana tidaknya.

"Sorry lah semua. Aku ada bidadari hulurkan air, korang kena ambik sendiri ye."

Usik Azriel pada kawan-kawannya yang sedang memerhati. Semua memandang Azriel panas sahaja. Berlagak! Allah tarik nikmat baru tahu!

"Abang, Athira dah bungkus mi kari untuk diorang. Nanti abang bagi tau sebelum diorang balik."

"Sayang bungkus? Sorang-sorang?"

"Tak. Mama dengan ibu tolong sekali. Athira tolong tutup bekas je. Jangan marah ye encik singa? Berkerut je muka tu." Pipi Azriel dicuit.

"Abang risau. Pergi masuk dalam."

Athira akur. Sesekali Azriel menjadi garang apabila dia melanggar peraturan yang telah ditetapkan lelaki itu. Garang! Siapa yang nak jadi mak sebenarnya ni?

"Kena marah dengan cik abang ke tu?"

"Ish! Jangan buli Athira!"

Puan Aaliyah dan puan Aisyah ketawa bersama. Suka benar dua wanita tua itu mengusik Athira. Suka melihat Athira tercebik merajuk. Lagi suka kalau Athira nak menangis, boleh jadi bahan ketawa!

"Azriel macam mana? Okay? Dia ada layan buruk dekat Athira? Ada buat benda bukan-bukan?" Ibu mertuanya bertanya risau. Azriel masih dalam pantauannya.

"Azriel okay je. Athira nampak usaha dia. Tengok lah sekarang semua ni dia yang buat. Mama jangan risau, anak mama tu layan Athira baik sangat."

Athira cuba meyakinkan ibu mertuanya. Wanita tua itu pasti ragu-ragu, kesalnya dahulu sehingga sanggup buang anak tunggal sendiri. Kecewa dengan perbuatan anak lelakinya.

"Alhamdulillah kalau macam tu."

"Bila lah boleh ada menantu macam Athira ni? Haih silap hari bulan tumbuh janggut ibu ni tunggu Rafiq bawak balik menantu."

Athira ketawa kecil. Jelas terlihat di raut wajah wanita tua itu mengharapkan seorang menantu yang boleh dijadikan peneman seperti Athira.

"Insyaallah tak lama dah tu. Mesti ada cuma dia tak tunjuk je. Mana tahu nanti dapat jodoh lagi baik daripada Athira ni. Athira ni banyak kurangnya, yang nampak sempurna tu semua Azriel yang lengkapkan."

Azriel banyak mendidik dia untuk menjadi seorang anak dan isteri yang baik. Selagi kelemahan dan kekurangan tentang dirinya hampir dia lupa apabila Azriel menutup segala cela itu.

"Amboi mengumpat kita eh?" Azriel muncul entah dari mana. Ubun-ubun Athira dicium seraya mengusap kepala itu.

"Gosip orang perempuan. Abang nak apa-apa?"

"It's okay abang ambik sendiri."

Sebotol air kosong di dalam peti dia capai lalu dibawa keluar. Tiga orang wanita itu memandang Azriel dengan senyuman di bibir. Nampak lelaki itu boleh diharap dan sudah banyak berubah.













𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Donde viven las historias. Descúbrelo ahora