BAB 72

1.9K 55 0
                                    

Azriel terlihat tekun menyarungkan stokin pada kaki Athira. Stokin tebal itu dipasang satu demi satu penuh kelembutan dan perlahan tak mahu menyakiti si isteri. Dari hujung rambut hinggalah hujung kaki, semua Azriel yang uruskan. Athira hanya duduk diam sahaja.

"Selesa tak?"

"Selesa. Athira nak susukan Aariz dengan Aysar, nanti lapar pulak diorang."

Tanpa banyak cakap, Azriel terus turun dari katil dan mendekati katil bayi yang terisi bayi kembar mereka. Aysar yang terjaga terlebih dahulu diambil. Biarkan Aariz lena dibuai mimpi.

Perlahan-lahan Aysar diletakkan di dalam dukungan Athira. Wanita itu masih kekok dek kerana masih belum berpengalaman dan anak mereka masih lembik seperti jeli.

"Amboi bulat mata dia, tak sabar nak minum susu ye?"

Bantal diambil lalu dilapik di bawah lengan Athira memberi keselesaan dan untuk mengelak kelenguhan. Kemudian, Aariz pula diambil dan diletakkan di atas tilam bayi di atas katil. Masih lena di dalam bedung.

"Serupa abang. Rambut pun ikut abang." Ujar Athira sambil mengusap kepala anak lelakinya.

"Anak papa ni, betul tak? Adil lah, masa tu Hanis ikut muka mama dia kali ni ikut muka papa lah pulak, kan anak papa?"

"Nasib baik handsome, sedap lah jugak mata memandang."

"Ish malulah sayang ni, puji puji kita pulak." Azriel memandang ke lain tersengih malu dengan pujian Athira. Mengada!

Athira sekadar menggeleng kepala. Sejak dah ada anak ni kuat betul blushing. Perhatian dikembalikan pada Aysar yang sedang menyusu.

"Abang dah makan ke belum ni?"

"Dah."

"Makan apa?"

"Makan nasi dengan telur goreng."

"Makan tu je? Sorry, Athira tak boleh masak sedap-sedap. Nanti dah sihat sikit Athira masak untuk abang."

"It's okay lah, rindu jugak makan telur goreng dulu-dulu waktu Hanis baby. Waktu tu nak buat apa pun tak sempat, makan pun sambil dukung Hanis."

Athira memuncung sedih. Wajah Azriel diusap. Terasa kasar sedikit wajah lelaki itu dek jambang yang sudah menumbuh nipis.

"Kesiannya dia.. Sorry."

"Takpa, adil lah macam tu sayang makan makanan berpantang, abang pun tak makan makanan sedap sorang-sorang."

Azriel rebah di sebelah Aariz yang masih lena tidur. Sekejap lagi terjaga lah ni bukan tidur lama sangat pun. Rasa geram ingin mencium pipi gebu itu ditahan saja.

"Hari ni kembar tidur dengan Athira lah. Semalam abang dah jaga kan?"

Sepanjang 100 hari berpantang, si ibu sudah melarang anak dan menantunya duduk sebilik. Katanya ingin menghalang berlaku perkara yang tak sepatutnya.

Oleh itu, malam semalam Azriel menjaga kembar di ruang tamu dan meninggalkan Athira tidur dengan lena di dalam bilik. Azriel yang berjaga sepanjang malam apabila kembar bergilir-gilir menangis tak henti.

"Takpalah abang jaga. Waktu pantang, kena jaga emosi. Takut nanti sayang kurang tidur lepastu penat. Nanti stres pulak. Abang takpa, dah biasa."

"Abang tak mengantuk?"

Azriel menggeleng. Ralit dia memandang Aariz yang terbuka tutup mulutnya. Mimpi makan apa lah tu agaknya.

Athira sekadar memerhati suami dan anaknya. Melihatkan Azriel yang sudah layu matanya dibiarkan saja. Dari malam semalam, lelaki itu tak berhenti buat itu dan ini. Biarkan dia berehat pula.

Tak lama kemudian, Azriel pun tertidur sama dengan Aariz. Namun sekejap saja ayahnya tertidur, Aariz pula mengambil alih merenung ke dalam wajah ayahnya. Ralit anak lelakinya itu sambil menghisap ibu jari.

"Astaghfirullahalazim.. Ini siapa jaga siapa ni?"

Athira lantas meletakkan satu jari di mulutnya tanda jangan buat bising apabila ibu mertuanya masuk ke dalam bilik melihat si anak lelaki tidur. Dia tak mahu lena Azriel yang baru sekejap terganggu.

"Azriel tak tidur dari malam semalam. Takpa, bagi dia rehat sekejap lagipun tinggal nak susukan kembar je. Athira yang suruh dia tidur."

Panjang lebar dia menjelaskan erkara sebenar pada ibu mertuanya.

"Haih. Nanti kamu pun rehat juga."

Athira mengangguk kecil. Dia faham ibu mertuanya mengambil berat tentang dia. Biasalah orang tua, kalau berpantang ni banyak sikit kerenahnya.












Pipi tembam milik Aariz dan Aysar dicubit perlahan melepaskan geram yang sudah dipendam sejak kali pertama kembar itu melihat dunia. Tangan kecil itu menggenggam kemas jari miliknya. Sungguh comel makhluk kecil itu di matanya.

"Apa nama penuh diorang Athira?" Soal Tasya. Dari tadi mata wanita itu tidak lepas dari terus menatap wajah comel milik si kembar.

"Aariz Anaqi and Aysar Anaqi."

Bilik itu hanya ada Athira dan Tasya. Puan Aisyah bersama puan Aaliyah di dapur sementara Azriel, Rafiq dan ayahnya berada di halaman rumah sedang berbual.

Mereka sudah datang dari awal pagi lagi untuk melihat bayi kembar pasangan itu jadi menjelang tengahari mereka memberi ruang pula pada Athira untuk berehat.

"Tasya bila lagi?"

"Tak pernah terfikir pulak nak ada baby. Calon pun takda lagi hahaha. Best tak ada baby?"

Athira mengangguk teruja. Dia perasan dari tadi Tasya tersenyum-senyum memandang ke arah kembar tanpa jemu. Wanita itu belum pernah merasa jadi ibu walaupun pernah berkahwin dengan Azriel. Tiada rezeki mereka.

"Best ada baby. Tak nak try?"

"Ish jangan lah. Tasya ni tak pandai. Diri sendiri pun tak betul ini kan pula nak didik anak."

"Rafiq tu tak minat?"

"Ish! Apa lah Athira ni. Tak nak lah, dah lah garang macam bapak singa. Jadi janda sampai tua pun tak apa asalkan jangan dengan dia. Malapetaka!"

Athira ketawa kecil. Di mata dia, sepadan saja dua orang itu. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua. Masing-masing tak boleh kalah kalau berlawan mulut. Pagi tadi pun sudah bertengkar akibat hadiah yang mereka beli sama.

"Sayang, Tasya, ibu ajak makan." Isterinya yang sedang berlunjur di atas katil didekati sebelum ciuman dilabuhkan di sebelah pipi Athira.

"Abang pergilah makan dulu, Athira nak jaga baby."

"Jom lah makan sama-sama. Takpa, Aariz dengan Aysar letak dalam katil diorang."

"Ehem! Tasya pergi dulu ye."

Tak mahu menganggu pasangan suami isteri itu, Tasya berundur diri. Hatinya sedikit lega melihat layanan hangat Azriel terhadap Athira walaupun dulu dia tidak pernah dilayan selembut itu. Bukan rezeki namanya.

Azriel meletakkan Aariz dan Aysar ke dalam katil masing-masing. Masih lena kembar itu dan harapnya lena lagi sehingga mereka selesai menjamu selera.

"Jom sayang."

Athira dipimpin dengan cermat sekali. Setiap langkah diperhatikan sehingga wanita itu sendiri terkadang rimas dengan ketelitian Azriel. Banyak kali juga dia dimarah akibat tidak menjaga pantang dengan betul.






chapter ni bahagia-bahagia jee

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon