BAB 62

1.7K 55 7
                                    

Pintu bilik doktor dibuka sejurus selepas jururawat memanggilnya sebentar tadi. Dia melangkah masuk dengan nafas yang berat lalu menutup kembali pintu bilik itu dengan rapat.

Perlahan dia menapak mendekati doktor tersebut sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Jadi macam mana dengan isteri saya?"

Azriel membawa Athira berjumpa dengan psikiatri dengan alasan ianya salah satu prosedur untuk ibu mengandung. Dia tak boleh membiarkan apa yang berlaku pada isterinya terpendam begitu sahaja. Bahaya!

"Ermmm.. Sebenarnya saya tak boleh buat konklusi penuh dengan masalah kesihatan mental isteri encik. Sepanjang sesi kami berbual tadi, semua soalan saya semuanya dijawab. Cuma.."

"Cuma apa tu doktor?"

"Dia menipu. Sebagai doktor saya boleh tahu kalau pesakit saya menipu atau tak dan isteri encik tadi menipu sepenuhnya sepanjang sesi."

"Tapi kenapa dia tipu?"

"Itu saya tak tahu. Encik kena bertanya sendiri dengan istei encik tapi kebanyakan orang yang menipu ni diorang susah nak tanam kepercayaan pada orang lain. Mungkin sebab kisah silam atau perkara lain."

Azriel mengangguk.

"Saya kategorikan sakit isteri encik ni sebagai anxiety dan minor depression. Saya tak boleh kata diagnosis saya ni tepat sebab apa yang saya dapat tadi hanyalah penipuan semata."

"Apa yang bahaya tentang penyakit ni?"

"Penyakit ni boleh buat pesakit tak tenang. Dia susah nak tidur, selalu menggigil, risau yang melampau, kerap muntah pun termasuk tapi semua ni bergantung pada pesakit sendiri. Dan untuk depression paling teruk diaorang boleh sampai ke fasa membunuh diri."

"Ada ubat tak untuk penyakit ni doktor?"

"Untuk penyakit isteri encik ni ada banyak jenis ubat tapi bergantung pada orang sama ada serasi dengan ubat atau tidak." Sambung doktor itu lagi. 

"Macam mana nak tahu ubat tu serasi atau tak?"

"Kena cuba. Untuk permulaan nanti saya akan suruh nurse bagi ubat dengan dos tertentu, kita tengok dalam masa sebulan. Kalau tak ada perubahan atau ada kesan negatif kita tukar ubat."

Azriel mengangguk. Tekun dia mendengar penjelasan doktor itu. Dalam masa yang sama fikiran menerawang memikirkan Athira.

"Nanti saya akan aturkan temujanji seterusnya dan kena datanglah pada tarikh tu. Selain tu, pesakit pun perlukan moral support, selalu berbual dengan dia tanya tentang masalah dan paling penting cuba buat dia gembira."

"Boleh saya tahu ambik masa berapa lama untuk sembuh?"

"Yang tu saya tak boleh jamin sebab semuanya bergantung pada ubat dan pesakit sendiri. Tapi walaupun dia sihat masih akan tinggalkan kesan untuk jangka masa yang panjang."

Azriel mengangguk.

"Buat masa ni itu sahaja. Nanti boleh ambik ubat dekat farmasi. Buku ni saya bagi dah siap tulis untuk appointment seterusnya."

Doktor perempuan itu menyerahkan buku temujanji yang baru sahaja diterima dari jururawat sebentar tadi pada Azriel.

"Terima kasih doktor. Saya pergi dulu."

Seusai mengambil buku itu, Azriel melangkah keluar dari bilik doktor tersebut. Dahi berkerut memikirkan tentang kondisi kesihatan isterinya.

Langkah kaki terus diatur menuju ke arah Athira yang sedang duduk di sofa sambil memandang pemandangan di luar. Tangan wanita itu mengusap lembut perutnya dan kadangkala mulut terkumat-kamit seperti sedang berbual.

"Sayang.."

"Dah siap? Doktor kata apa?"

Azriel tersenyum manis. Dia melutut di atas karpet lalu melabuhkan ciuman pada dahi Athira dan perut isterinya. Tangan mengusap lembut kepala Athira yang berbalut tudung.

"Doktor kata sayang sihat. Tapi kena jumpa doktor lagi nanti."

"Kenapa pulak? Penat tahu tak? Buang masa je jumpa doktor. Doktor cakap saya sihat je kan?"

"Athira dengan baby sihat je kan tapi kenapa kena jumpa doktor jugak ikut jadual?"

"Sebab doktor tu nak follow up kesihatan kitorang lah. Tu pun tak tahu."

Dia melepaskan ketawa kecil. Lucu mendengar ayat terakhir isterinya.

"Macam tu jugak doktor ni. Takpa nanti abang mintak checkup doktor nurul dengan doktor ni hari yang sama baru tak penat banyak kali. Okay?"

"Eh banyak pulak masa awak ni kan bawak saya pergi checkup sana sini segala. Tak pergi kerja ke? Makan gaji buta?"

"Abang kerja kat rumah sayang. Selama ni abang duduk dalam bilik kerja malam-malam tu siapkan kerja lah."

"Aik? Staf awak tak tercari-cari kat pejabat?"

"Tak. Abang suruh email or call je kalau ada apa apa masalah. Jom balik sayang, abang tak larat lah nak gaduh dekat sini."

"Habis tu awak ingat saya ni larat lah dengan perut boyot macam ni? Tepi sikit!"

Azriel menggelengkan kepala melihat perangai isterinya. Nasib baik kat tempat awam kalau tak, nak saja dia menggomol wanita itu. Comel!

Bersama secawan air coklat panas di tangan, Azriel perlahan-lahan mendekat isterinya yang sedang menaip sesuatu di komputer riba milik wanita itu. Sesekali kepala diurut dan dahi berkerut melihat skrin komputer.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah Athira seraya meletakkan air coklat tadi di atas meja kopi yang berada berhadapan dengan isterinya.

"Banyak kerja?" Soal Azriel apabila melihat Athira seakan serabut dengan perkara yang sedang dia kerjakan.

"Hmm."

"Minum lah air tu dulu tenangkan fikiran." Kepala Athira diurut perlahan menggantikan tangan wanita itu di sekitar rambut hitam pekat itu.

"Awak rasa saya ni ada masa nak tenangkan fikiran? Takda masa tahu tak?"

Azriel hanya mampu diam. Kalau sudah marah begitu tiada peluang lagi Azriel ingin memujuk isterinya. Silap-silap dia yang kena campak luar tingkap nanti. Kepala itu sambung diurut sambil dia mengintai komputer riba Athira.

"Nak abang tolong?"

"Awak takda kerja ke sampai nak tolong saya siapkan kerja saya? Hmm encik CEO?"

"Banyak jugak kerja hehehe. Tapi abang tengok isteri yang cantik jelita ni stres, abang buatkan lah air dulu untuk Athira."

"Dah tu pergi lah sambung buat kerja. Menyibuk je!"

Tangan Azriel yang melekat di kepalanya dia tepis kasar. Menambahkan sakit kepala je. Makin berdenyut kepala jadinya. Azriel pula tersengih serupa kerang busuk. Jarak kedudukan mereka dihapuskan dengan merapat pada Athira.

"Jangan lah marah. Abang nak teman je. Tu pun tak boleh? Kalau saya stres sangat dengan kerja ni, sayang boleh berhenti. Kalau sayang rasa nafkah tu tak cukup, nanti abang tambah lagi."

"Kalau awak jadi macam dulu lagi mana saya nak cari duit untuk sara diri? Tumbuh kat pokok?"

"Tapi abang takkan tinggalkan sayang dah. Put trust on me okay? Kalau abang buat investment untuk sayang? How's that sound?"

"Saya. Tak nak. Berhenti. Kerja. Sampai sini faham? Ish dah lah! Pergi sambung kerja sana, sibuk je!"

"Ye lah. Tapi nanti kalau setuju dengan tawaran abang cakap tau. Abang pergi dulu, jangan tidur lewat. Bye, I love you."

Ciuman dilabuhkan pada dahi dan pipi Athira. Perut wanita itu juga diusap lembut sebelum dia berlalu pergi ke tingkat atas. Dia cuma takut masalah kerja akan menjejaskan lagi kesihatan mental Athira.

Tak apalah.. Mungkin lain kali dia boleh pujuk lagi.


sorry kalau ada typo

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now