BAB 31

1.1K 50 0
                                    

Kereta meluncur masuk ke dalam garaj kereta tempat kebiasaan kereta itu disimpan. Nafas dihela lelah. Tali pinggang yang tersemat di pinggang dia tanggalkan selepas mematikan enjin kereta. Pintu rumah kelihatan tertutup.

Cepat sahaja dia keluar dari perut kereta. Tadi dia meninggalkan Hanis dalam keadaan badan yang panas membiarkan Athira yang menjaga anak mereka.

Athira pun tak ada sebarang bantahan kalau dia lari sekejap pergi ke masjid. Pintu dibuka lalu kasut dicabut sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum.."

Ruang tamu kosong. Langkah diteruskan menuju ke dapur memandangkan ruang dapur cerah dengan cahaya lampu.

Lagi beberapa tapak ingin masuk ke tangan dapur telinga sudah menangkap rengekan Hanis yang mungkin berada di dapur.

"Assalamualaikum.."

"Eh waalaikumsalam.. abang, sorry Athira tak perasan tadi."

"Takpe. Badan Hanis panas lagi?" Tubuh Hanis yang menggeliat ke sana dan ke sini di dalam dukungan ibunya lantas diambil. Seksa dia lihat Athira membancuh susu sambil mendukung Hanis.

"Panas lagi tu. Ni buat kan dia susu. Bagi nasi tak nak."

"Takpe biar abang buat. Sayang ada kerja kat atas kan? Pergi lah siapkan kerja I'll take care of her."

"Terima kasih. Athira pergi siapkan kerja dulu eh? Bye sayang mama."

Sejurus Athira beredar dari dapur. Botol susu yang baru diisi dengan susu tepung diambil dan diisi dengan air panas dan sejuk. Mulut Hanis tak terlepas dari rengekan. Mengalir air matanya membasahi baju.

"Shh.. shh.. jom kita duduk kat depan minum susu."

Azriel meriba Hanis di atas sofa. Botol susu sudah diragut anak perempuannya sejak dari tadi lagi. Pantang nampak. Sesekali dia melihat ke arah tangga. Mungkin Athira sibuk menyiapkan kerja pejabat. Hanis didodoikan berharap mata itu kuyu dan tertutup lena masuk ke alam mimpi.

Azriel mengalih pandangan pada telefon yang bergetar di atas meja. Hanis yang sudah kuyu matanya didodoikan sambil tangan sebelah lagi menawan panggilan.

"Hello?"

"Hello bos."

"Kenapa call?"

"Ermmm saja? Bos tengah buat apa tu? Rindu. Dengan bini ke?"

Azriel berkerut kening. Dah kenapa tiba-tiba je?

"Call ni nak apa? Kalau saja saja jangan call. Hormat saya sebagai bos awak, at least as someone's husband. Faham?"

"Alaa.. orang nak manja manja sikit pun tak boleh?"

Malas ingin melayan lebih lagi, Azriel segera mematikan panggilan. Dia mengenal nafas. Mujur sahaja Athira tiada berdekatan dengannya. Pekerja intern kalau dia tak silap. Ye seingatnya suara gadis itu serupa dengan pekerja intern yang dia ambil dua minggu lepas.

Malas berfikir panjang, Azriel lantas mengatur langkah ke tingkat atas memandangkan Hanis sudah pun lena di atas pangkuannya tadi.

Beberapa langkah sebelum dia masuk ke dalam bilik tidur, bunyi papan kekunci sudah menyapa gegendang telinganya. Hanis dibaringkan di atas katil. Takut ingin meletakkan budak itu di bilik yang berlainan.

"Belum siap lagi kerja tu?"

"Belum. Sorry, Rafiq mintak esok benda ni. Abang tidur lah dulu, Hanis tu biar Athira jaga. Thanks bagi dia susu tadi."

"Most welcome sayang. Kalau penat berehat lah dulu baru sambung semula. Nak air tak?"

"No thanks. Abang rehat lah."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Onde histórias criam vida. Descubra agora