BAB 38

1.2K 49 2
                                    

Selepas sebulan pemergian anak perempuan mereka, keadaan masih sama. Suasana suram masih menyelubungi hubungan suami isteri itu. Tiada sinar bahagia. Rumah tangga itu bagai dilitupi kain hitam yang tak mungkin bertukar putih. Begitulah jangkaannya.

Azriel masih melayan perasaannya. Setiap hari kalau bukan di bilik Hanis pasti lelaki itu akan tidur di bilik kerja, yang pasti pakaian ataupun mainan milik anak perempuannya pasti akan dibawa bersama.

Athira pula semakin hari semakin susut badan. Alahan mengandung membuat dia tidak boleh menelan apa-apa makanan. Namun tanggungjawab sebagai isteri tetap dijalankan. Dia cuba menyempurnakan tugasannya dalam menjaga rumah tangga itu walaupun mendapat layanan buruk dari Azriel.

Lelaki yang mencintainya berubah 360 darjah. Dia kehilangan kata-kata. Semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa sedar. Bagai mimpi dan jika benar, dia ingin bangun dari mimpi itu segera.

TOK TOK TOK !

Lamunan Athira terhapus serta-merta tatkala mendengar ketukan di pintu bilik. Rafiq melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Athira menyorokkan buku pink yang berada di atas meja dengan segera, tak mahu sesiapa tahu tentang itu lagi.

"Jom lunch sama-sama. Rafiq belanja."

"Takpa lah. Athira tak lapar. Lagipun banyak lagi kerja ni nak kena settle."

"Perut tu jangan biar kosong. Jom keluar makan. Sekejap je. Kerja ni nanti-nanti boleh settle. Please.. Sekejap je makan, ibu suruh tengokkan Athira. Kalau tak makan nanti nak cakap apa kat ibu?"

Athira akhirnya mengalah. Dia memang lemah kalau Rafiq bercakap tentang ibu. Pen diletakkan di atas meja. Fail dan kertas yang bertaburan di situ dia kemas agar tersusun elok. Rafiq turut membantu. Kalau ikutkan hati Athira tak mahu keluar langsung hanya mahu duduk di atas kerusi itu. Badannya terlalu lemah.

Beg tangan milik wanita itu dicapai, Athira berjalan lesu menuju ke pintu bilik. Rafiq hanya memerhati dari tepi.

"Puan Athira nak keluar lunch?"

Athira mengangguk.

"Ni dokumen yang puan nak tu, saya letak atas meja puan ye?"

Athira mengangguk lagi. Dia meneruskan langkahnya ingin keluar dari bangunan itu. Rasa lemas melihat ramai orang di situ dan kawasan yang sedikit padat dengan meja dan kerusi.

BUK!

"Athira!" Rafiq melajukan langkahnya apabila melihat Athira sudah terbaring di atas lantai. Beg tangan wanita itu diketepikan. Dia menampar perlahan pipi adik angkatnya.

"Athira bangun! Kenapa ni? Astaghfirullahalazim.."

"Puan?! Bos, puan pengsan ke?"

"Bawak handbag dia, ikut saya." Rafiq mencempung tubuh itu perlahan. Lembik tubuh itu dirasakan.

Pandangan Athira sudah berbalam-balam hanya telinga dapat mendengar suara orang-orang memanggilnya dan sesekali suara Rafiq menerjah telinga.

"Haih kenapa lah jadi macam ni. Aku kena call Azriel, habislah bini dia dah pengsan."

Mendengar nama suaminya disebut, Athira sedaya-upaya bertahan agar tidak menutup mata dan terus pengsan.

"J..jangan.. call.. A..Azriel.." Sebaik menuturkan kata-kata itu, Athira pengsan sepenuhnya.

"Shit!" Rafiq memilih tangga kecemasan dek kerana lif sangat penuh ketika waktu rehat. Masing-masing mahu keluar makan tengahari di waktu begini. Lambat jawabnya kalau dia menunggu lif.










Athira menunduk memandang tangannya yang tercucuk jarum. Air mata yang jatuh membasahi tepi mata dibiarkan begitu sahaja. Tangan kanan mengusap perut yang masih kempis belum menampakkan apa-apa bentuk.

"Macam mana boleh pengsan? Ni kenapa badan kurus kering je ni, anak ibu makan ke tidak? Dah berapa bulan dah baby ni?"

"Athira nak tidur." Tiga perkataan yang langsung tidak menjawab soalan dituturkan tak berperasaan. Tubuh dipusingkan membelakangi semua orang, selimut ditarik menyelubungi diri.

Tiga beranak yang menjadi keluarga angkat Athira memandang satu sama lain. Rafiq melepaskan keluhannya. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara Azriel dan Athira tapi dia bukan sesiapa ingin masuk campur urusan rumah tangga mereka.

"Rafiq bawak lah ayah balik, ibu nak teman Athira dekat hospital."

"Betul ni?"

Puan Aisyah mengangguk meyakinkan anaknya. Tak sanggup pula dia nak tinggalkan Athira seorang diri di hospital dengan keadaan emosi begini. Risau kalau perkara di luar jangkaan terjadi.

Kalau macam tu takpe lah esok Rafiq datang bawak baju ibu." Rafiq mencapai tangan ibunya untuk dicium sebelum meminta diri pulang ke rumah. Sudah lama mereka di hospital, ayahnya juga pasti sudah penat.

"Nanti telefon Azriel, ayah nak jumpa dia."

"Ayah nak cakap apa dengan dia?" Soal Rafiq, cuak dengan tindakan yang diambil ayahnya.

"Nak tanya dia betul-betul kenapa Athira boleh sampai macam tu. Dia ada call Athira hari ni? Ayah rasa takda lagi. Takkan tak kisah bini dia tak balik sampai malam?"

"Tak payah lah ayah. Pandai-pandai lah diorang laki bini settle masalah diaorang sendiri. Kita tak payah masuk campur lah."

"Athira tu memang anak angkat ayah je tapi tu satu-satunya anak perempuan ayah ada tau. Kalau jadi apa-apa macam mana?"

"Gaduh manja laki bini biasalah tu." Rafiq terus melajukan langkahnya. Rafiq bukan apa, dia takut nanti keadaan akan menjadi lebih teruk. Dia nak nasihat pun tak reti sebab dia pun belum kahwin lagi. Azriel dah makan garam dulu tahu lah macam mana lelaki tu nak selesaikan nanti.











Athira mengelap air matanya yang jatuh membasahi pipi. Bubur yang berada di hadapan disuap masuk ke dalam mulutnya walaupun terkadang ada rasa masin akibat air matanya. Dia cuba menguatkan dirinya untuk menelan bubur tawar itu walaupun hati sekarang sedang pecah serpihan demi serpihan. Dia mengharapkan seorang suami yang jadi penyokong ada di sisi namun hampa. Dia tiada sesiapa.

Bubur itu hanya ditelan untuk anaknya.

"Anak mama membesar elok-elok ye. Jadi baby yang sihat nanti baru papa lembut hati nak terima sayang. Mama ada baby sorang je. Kita ada diri sendiri je sayang jadi jangan banyak ragam ye? Hidup kena berdikari tak boleh manja." Senyuman dalam tangisan diukir sedaya upaya. Dia tahu emosi ibu boleh mempengaruhi bayi tapi dia tak boleh lagi menahan apa yang dia rasa.

TOK TOK TOK

Mendengar ketukan pintu dari luar, segera Athira mengelap air matanya di mata dan pipi tak mahu orang lain melihat dia lemah begini. Biarlah dia sendiri tahu pahitnya kisah hidup seorang Athira. Senyuman palsu diukir lebar apabila ibu angkatnya masuk ke dalam wad. Wanita itu baru pulang dari surau.

"Athira tengah makan?"

"Haah. Ibu suaplah untuk Athira. Cucu ibu ni nak nenek dia suapkan." Ketawa mengiringi kata-katanya walaupun semuanya hanyalah palsu.

Puan Aisyah mengambil semangkuk bubur yang dibeli Rafiq sebentar tadi lalu mencedok bubur itu dengan sudu. Sudu berisi bubur itu disuap ke mulut anak angkatnya. Senyuman yang jelasnya palsu terhias di bibir Athira, entah apa yang dipendam wanita itu sendirian.

Tiba-tiba setitis air mata jatuh, diikuti tangisan Athira yang mula kedengaran. Wanita itu menunduk lalu menekup wajahnya sambil menghamburkan tangisan yang tak mampu dipendam lagi.

Puan Aisyah naik ke atas katil lalu menarik perlahan tubuh itu masuk ke dalam dakapan orang tua itu. Athira memeluk pinggang ibu angkatnya sambil air mata membasahi wajah. Bertambah lebat tangisannya apabila Puan Aisyah menepuk belakangnya memberi kekuatan.

"Athira rindu ibu Athira."

"Ibu tak tahu apa yang Athira pendam dalam hati but feel free untuk luahkan dekat ibu ataupun someone yang Athira percaya. Jangan pendam sayang nanti jadi penyakit lagi susah. Athira anak ibu ni kuat." Tanpa sedar air mata tuanya turut mengalir. Meskipun Athira bukan anak kandungnya namun dia sebagai perempuan turut memahami perasaan wanita itu.







macam nak delete story ni sebab tak perfect + storyline tunggang langgang + semua benda macam tiberr tapi sayang dah tulis banyak :( arghhh mak stresssss

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now