BAB 53

1.9K 66 3
                                    

"Athira!"

Azriel melutut di atas lantai apabila Athira sudah selamat rebah dengan pergelangan tangan mengeluarkan darah yang begitu banyak. Dia mengucap panjang melihat darah yang tak henti keluar dari tangan itu. Athira sudah tidak menyedarkan diri.

"Doktor! Doktor!"

Azriel mendukung isterinya dan dibawa ke wad kecemasan zon merah sementara Rafiq memanggil doktor yang bertugas.

Tubuh itu dibaringkan di atas katil pesakit sebelum berundur memberi ruang kepada doktor dan jururawat untuk merawat pergelangan tangan isterinya.

Wajah diraup kasar. Puan Aisyah, suaminya serta Rafiq menunggu di luar hanya membiarkan Azriel sahaja masuk ke dalam. Tangan yang sudah penuh dengan darah dia basuh di singki berdekatan.

Melihat doktor dan jururawat masih merawat di sebalik langsir, Azriel menunggu lagi dengan kerisauan. Bibir digigit risau. Kalau tikam di bahagian lain dia tak serisau ini, itu nadi!

Selepas beberapa minit menunggu akhirnya doktor dan jururawat keluar dari sebalik langsir dan langsir itu juga dibuka menayangkan tubuh Athira yang terbaring lemah di atas katil.

"Macam mana isteri saya?"

"Tangan dia cedera biasa, alhamdulillah tak kena nadi. Saya dah bagi 5 jahitan dan nanti nurse akan bawak isteri encik masuk wad."

Dia mengangguk. Sebaik sahaja doktor itu beredar, Azriel lantas mendekati isterinya. Athira terbaring lemah dengan pergelangan tangan yang berbalut.

"Rehat cukup-cukup ye? I love you." Ciuman dilabuhkan di atas dahi licin itu. Selimut ditarik menutup tubuh Athira hingga bahu dek kerana suhu wad yang sejuk.

"Encik nak ikut kami hantar isteri ke wad?" Soal jururawat yang baru selesai memasukkan jarum je urat Athira untuk disalurkan fluid.

"Tak apa. Saya nak pergi ke surau. Nanti saya terus pergi wad."

Jururawat itu sekadar mengangguk. Melihat Athira untuk kali terakhir, Azriel beredar dari situ untuk ke surau. Dia perlu menenangkan hati sendiri dan meminta pertolongan daripada si pencipta.

"Athira macam mana Azriel?"

"Okay je cuma doktor bagi dia lima jahitan. Uncle dengan aunty baliklah dulu, dah lewat ni. Athira tu rasanya esok baru sedar. Rafiq bawak balik mak ayah kau."

"Ye lah kalau macam tu esok kitorang datang semula."

"Maaf menyusahkan. Azriel minta maaf." Dia menunduk sedikit tanda hormat pada keluarga angkat isterinya.

"Tak apa. Benda dah jadi. Jaga Athira elok-elok. Semua benda ambil masa, sabar ye? Uncle balik dulu."

Dia hanya menghantar pemergian keluarga itu dengan lirikan mata. Nafas dihela lelah. Perkara ini tak berjalan seperti apa yang dirancang. Semua salah dia! Puncanya dari dia juga!

Dia melihat jam sekilas. Jarum sudah berganjak menunjukkan ke pukul 12 malam. Dia mengintai sedikit melihat laluan ke surau. Gelap.

Takut lah pulak. Kawasan itu langsung tiada lampu dan waktu seperti sekarang memang dah sah tak ada orang dalam surau.

Kebetulan surau itu bersebelahan dengan bilik mayat, memang tak lah dia nak pergi! Tak apalah, solat dalam wad sahaja lah kalau begitu. Dia menapak menuju ke kereta ingin mengambil sejadah.







"Assalamualaikum warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah.." Kedua-dua salam diberi selepas selesai menunaikan solat sunat memohon doa dan mengadu pada yang maha esa.

Dia berpaling melihat Athira yang berbaring di atas katil sedang lena diulit mimpi. Rindunya dia melihat wajah itu tak terkata. Tak minta banyak, dia hanya menginginkan kemaafan dari Athira Sofia.

Selesai berdoa, dia melipat sejadah lalu dimasukkan ke dalam laci meja di tepi katil. Dia meminta Athira untuk dimasukkan ke wad peribadi memberikan gadis itu sedikit privasi.

Tudung yang tersarung di kepala perlahan-lahan dilepaskan memberi keselesaan pada isterinya. Rambut lembut dan terurus itu dia usap. Rindunya dia ingin melihat kecantikan Athira yang satu itu tak terkata.

Tangan naik mengusap pipi mulus itu. Dulu langsung tiada sentuhan lembut pada pipi itu, hanya sentuhan kasar yang menyapa. Hanya kesan merah saja yang melekat di pipi itu.

"Tidur lama sikit ye, baru abang boleh tenung muka Athira lama lagi." Tawanya kecilnya terletus.

Sepanjang malam di berada di sisi wanita itu menemani Athira. Sedikit pun tidak lena dan mata hanya menatap rupa paras jelita itu. Langsung tidak jemu dan bosan.








"Athira.. ni abang ada beli makanan, abang tahu mesti makanan hospital tak sedap. Bangun ye, isi perut tu dulu. Sayang.."

Athira dari subuh tadi hanya berselubung di dalam selimut. Apabila dipanggil Azriel sedikitpun wanita itu tidak menyahut dan terus mendiamkan diri. Walau begitu Azriel tidak putus cuba berbual dengan isterinya.

"Abang belikan nasi dagang lauk daging. Athira tak boleh makan ayam nanti bisa luka tu. Jom makan."

Athira masih senyap tidak mengeluarkan suara. Bagaimana dia nak bercakap dengan orang yang dia benci. Dia terlalu penat untuk menangis lagi.

"Kalau tak suka dekat abang, tak suka dekat abang je. Jangan sampai dera diri tu. Kesian anak kita mesti dia lapar ibu dia tak makan. Makan sikit ye?"

"Sejak bila budak dalam ni jadi 'anak kita'? Bukan anak saya sorang? Saya rasa anak saya sorang."

Athira akhirnya keluar dari terus berselubung dalam selimut. Dia duduk menghadap Azriel yang berdiri di birai katil. Mata tajam mencerlung lelaki itu.

"Awak tak ada anak selain Hanis Ardelle. Awak boleh teruskan dengan pemikiran kolot awak tu because I don't give a damn fuck about it! Teruskan Azriel!"

Azriel memandang nasi yang telah berterabur di atas lantai akibat Athira yang menolak semua barang di atas meja. Nafas dihela pendek sebelum dia memandang semula ke arah Athira.

"Abang minta maaf. Abang tahu kemaafan tu tak boleh diberi begitu saja selepas keperitan yang dirasai tapi berilah abang peluang untuk baiki keadaan. Peluang terakhir yang abang akan hargai sebaiknya."

"Peluang? Awak cakap tentang peluang? Hargai? Tipu semuanya!! Awak tak pernah tahu betapa sakitnya saya sampai saya rasa nak mati! Saya rasa nak tamatkan hidup ni sebab dah tak mampu tanggung rasa sakit ni lagi! Awak tak tahu macam mana saya rasa Azriel Haikal!"

Perut Azriel dipukul sekuat hati melepaskan rasa yang terpendam di dalam jiwa. Dia geram, dia sakit hati dengan lelaki itu. Semudah itu saja kata maaf terlafaz?

"Orang sekeliling saya khianat saya! Saya dah tak ada sesiapa. Saya sedar saya anak yatim piatu dan awak boleh buat apa saja pada saya macam saya anak patung! Tapi saya pun ada perasaan. Saya bukan robot!"

Tanpa sedar air mata Azriel juga turut menitis mendengar segala luahan rasa isterinya.

"Keluar Azriel."

Athira menunduk memandang perutnya. Tangan digenggam cuba menahan marah sebelum keadaan menjadi lebih tidak terkawal. Dia sedar ini hospital.

"Saya cakap keluar!!"

Melihat Azriel tercegat lagi di situ dia menjerit menghalau lelaki itu. Penat rasanya makan hati dengan manusia.

Selepas dijerkah Athira, Azriel akhirnya mengambil keputusan untuk keluar memberi ruang pada isterinya untuk bertenang. Pintu ditutup rapat walau sebenarnya dia risau meninggalkan Athira seorang diri.

Apa-apa saja boleh berlaku. Mungkin cubaan bunuh diri kali kedua?



𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now