BAB 63

1.6K 65 7
                                    

saya namakan chapter ni, chapter insiden nasi lemak. semuanya kerana nasi lemak.















Sambal yang masih panas diangkat dari dalam periuk lalu dihidangkan di atas meja bersama timun, ikan bilis dan ayam goreng serta nasi lemak. Dia meneguk air liur menghidu aroma yang terhasil dari nasi lemak dan sambal itu. Ah sedapnya!

Langkah kaki laju dibawa ke ruang tamu di mana Athira sedang sibuk mengemas beg kerja dan komputer riba milik wanita itu untuk pergi kerja. Hari ni katanya ada mesyuarat dan beberapa dokumen perlu diselesaikan.

"Sayang. Jom makan dulu, abang dah masak nasi lemak tu."

Tangan Athira ditarik. Beg laptop dan beg tangan wanita itu diletak dahulu di atas sofa. Dia pula tertekan melihat kekalutan Athira.

Kerusi meja makan ditarik dan Athira didudukkan di situ sementara dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan si isteri. Sedikit sambal, ikan bilis dan seketul ayam goreng diletakkan bersama di atas pinggan.

Punggungnya juga dilabuhkan di sebelah Athira sambil menghadap wanita itu.

"Abang suap ye? Nanti tangan tu berminyak."

Bukan dia tak tahu Athira kalau dah tangan dia berbau atau berminyak boleh ambil masa 30 minit hanya untuk mencuci tangan. Habis semua sabun dipakai.

Athira akur. Dia memandang nasi lemak itu yang berada di tangan Azriel.

Flashback

Ikan bilis yang sudah siap digoreng dia hidangkan bersama lauk nasi lemak yang lain. Senyumannya terukir menandakan dia berpuas hati dengan masakannya. Sambal kerang kegemaran Azriel juga turut dimasak. Dalam hati berharap agar lelaki itu menikmati sarapannya pagi ini biarpun sedikit.

Melihat suaminya yang melangkah turun dari tingkat atas, belum sempat menanggalkan apron laju dia mendekati lelaki itu.

"Abang. Athira dah masakkan nasi lemak. Sambal kerang favourite abang pun ada, jom lah makan." Terangnya teruja, senyuman tidak lekang dari bibir berharap mood Azriel baik pagi itu. Dia pun lupa bila terakhir kali mereka bergelak tawa bersama.

Mungkin sehari sebelum pemergian Hanis? Dia sendiri lupa bagaimana wajah suaminya ketika senyum. Azriel hanya menjeling sekilas nasi yang sudah terhidang di atas meja, Athira yang berdiri di hujung tangga tak dipedulikannya. Lantas dia beredar dari situ meninggalkan Athira berseorangan di situ.

"Abang.. jom lah makan. Sikit pun takpe, penat Athira masak. Kita breakfast sama-sama eh?"

"Kau boleh senyap tak? Memekak je! Kau nak makan kau makan lah sorang sorang!"

Terhinjut bahunya apabila dijerkah sebegitu oleh Azriel. Lelaki itu sudah mengetap rahang tanda marah. Terkebil-kebil Athira berdiri di tengah ruang tamu sambil mata menekur lantai, takut ingin bertentang mata dengan Azriel. Air mata yang sudah terkumpul di tubir mata cuba dia tahan agar tidak jatuh.

"Tapi.. Athira nak ajak abang makan sekali je. Lama dah kita tak makan semeja."

Azriel mengangguk kepalanya. Dia mengatur langkah ke meja makan lalu nasi yang berada di dalam pinggan dia baling ke dinding hingga pecah berderai pinggan kaca itu. Dia berhenti seketika apabila melihat sambal kerang di atas meja.

Kegemarannya.

Mangkuk yang berisi sambal kerang itu dihempas ke lantai, sengaja. Lauk sampingan lain seperti timun, telur rebus dan ikan bilis dia campak ke lantai juga.

"Kau nak sangat kan?! Kau makan!"

Tubuh Athira ditolak hingga wanita itu terjelopok jatuh ke atas lantai. Mukanya kekal dingin sementara wajah Athira sudah basah dengan air mata. Wanita itu cuba menahan tangisnya namun emosinya langsung tak boleh dikawal. Air mata terus turun bak air terjun. Mata Azriel turun memandang perut isterinya yang masih rata.

"Kau bagi lah anak kau tu makan. Jangan sampai mati pulak yang tu."

Dia menggulingkan bebola mata sebelum beredar pergi dari situ. Pintu rumah dihempas kuat sebaik sahaja lelaki itu keluar. Athira sudah berjurai air matanya turun melihat makanan yang dimasaknya habis berterabur di atas lantai. Perut yang masih kempis dia usap.

"Takpe baby eh, lain kali kita makan dengan papa. Sekarang papa tengah badmood, tak boleh kacau nanti papa lagi marah. Takde rezeki kita nak makan nasi lemak hari ni, lusa mama masak lagi eh?"

Senyuman paksa dia ukir. Kebetulan sambal dan makanan lainnya hanya ada yang itu. Dalam periuk semua sudah habis. Dengan berhati-hati dia bangun lalu satu persatu kaca yang sudah pecah di atas lantai dia kutip dengan tangan lalu dibuang ke dalam plastik sampah.

"Auch!"

Dia menjerit perlahan tatkala kakinya terpijak serpihan kaca di atas lantai tisu di dalam kotak dia ambil lalu darah yang mengalir dia kesat. Tisu itu ditekap pada luka itu, mujur tiada kaca yang masuk ke dalam isi. Dia mengeluh seketika melihat nasib diri sendiri. Keluarga yang tak sebahagia dulu lagi.

End Flashback

"Sayang termenung apa? Makan ni, nanti lewat pergi kerja."

Athira terus tersedar dari lamunannya apabila Azriel menegur. Mata jatuh melihat tangan Azriel yang ingin menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Air liur ditelan namun terasa seakan berpasir.

"Saya.. Saya dah kenyang. Awak makan lah."

Baru saja dia ingin bangun dari kerusi meja makan, tangan Azriel terlebih dahulu menahan lengan itu.

"Tapi sayang yang mengidam semalam kan? Abang dah masak ni. Makan lah sikit? Sayang kenyang makan apa?"

"Saya dah tak rasa nak makan. A..Athira nak pergi sambung kerja." Dia berundur perlahan menjauhi Azriel. Entah kenapa memori dulu menerjah fikiran.

Azriel meletakkan pinggan di atas meja lalu mengejar langkah isterinya. Bahu Athira dicengkam dengan tangan kirinya yang masih bersih.

"Athira makan lah dulu. Nanti kosong perut tu. Kalau tak nak makan sekarang, abang bungkus ye? Abang bekalkan?"

"Athira tak nak makan lah! Tak faham bahasa?! Athira tak nak tengok nasi lemak tu! Buang semua!"

Sedaya-upaya dia menenangkan diri sendiri. Athira mengatur nafasnya seupaya boleh. Walaupun dada terasa sakit namun riak di wajah cuba dikawal sehabis baik.

"Tapi sayang.. abang dah masak dari subuh tadi lagi. Jamah lah sikit, isi perut tu. Abang bekalkan ye? Sayang makan lepas mesyuarat."

Dia bangun pukul 5 pagi hanya untuk menyediakan bahan. Balik saja dari solat subuh berjemaah di masjid terus dia duduk berperang di dapur menyiapkan nasi lemak memandangkan Athira mengidam makanan itu.

Athira mengenggam tangannya. Dia menoleh memandang lauk yang masih belum diusik di atas meja. Langkah kaki diatur menuju ke meja makan dengan perasaan geram.

Sambal, nasi dan ayam goreng itu dicampak ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah. Semuanya dicampak hingga tak tersisa. Timun dan ikan bilis goreng juga turut dibuang sama.

"Astaghfirullahalazim.. Sayang! Kenapa buang? Rezeki tu."

Mengucap panjang Azriel dibuatnya. Perlakuan Athira kini tak dapat dijangka. Hari tu dibuang habis ikan patin tempoyak, kali ni nasi lemak pula. Memang berdendam dengan makanan ke macam mana?

"Awak jangan berani-berani masak nasi lemak lagi! Saya benci makanan tu!"

Bahu Azriel ditolak kasar. Dia mengatur langkah ke ruang tamu meninggalkan suaminya terpinga-pinga di dapur.








korang mesti dah rasa bosan kan sebab lama sangat nak ending. tak payah nak tipu lah kata korang tak bosan tapi sikit je lagi nak ending and i akan banyak skip supaya story ni lebih cepat habis.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now