BAB 50

2K 62 3
                                    

BEBERAPA BULAN BERLALU

Langkahnya laju apabila melihat sofa yang tidak jauh darinya. Cepat-cepat punggung dilabuhkan di situ seraya menghela nafas lega. Jalan dari dapur hingga ke ruang tamu pun dah mengah sekarang, ini kan pula nak berjalan jauh.

Kandungan yang sudah berganjak usianya ke 7 bulan menghampiri 8 bulan di dalam rahim menghadkan pergerakannya kini. Semua perkara susah nak dibuat melebihi ketika dia mengandungkan Hanis.

Susah untuk dia buat sesuatu perkara itu sendirian, pasti memerlukan bantuan dari orang lain. Haih rasa bersalah semakin menggunung kerana telah membebankan keluarga angkat sendiri.

"Teruk sangat sakit pinggang tu?"

"Tak tahu lah nak kata tapi waktu mengandungkan Hanis dulu tak teruk macam ni. Mungkin sebab baby berat kot. Yelah menumpang rumah ibu, Athira asyik kena suap je."

"Apa pulak menumpang? Suka cakap macam tu. Vitamin ibu bagi tu makan tak? Acid folic tu jangan tinggal, paling penting tu." Pesan si ibu, dia dah makan garam dulu.

"Ye ibu. Dah, semua dah telan. Susu dengan segala jenis vitamin semua Athira telan."

"Banyakkan rehat jangan stres fikir pasal kerja sangat."

"Baik."

Kerja pejabat yang diberi oleh Rafiq, kerjanya kini dibuat dari rumah saja, hanya ketika ada mesyuarat atau kerja lain yang penting saja dia akan keluar janji kerja kena tiptop kalau tak masuk pejabat.

"Assalamualaikum!"

Athira menoleh ke arah pintu utama rumah. Senyumannya terukir melihat ayah angkatnya dan Rafiq sudah pulang dari kerja. Tangan kedua lelaki itu penuh dengan beg kertas dan beg plastik.

"Apa banyak-banyak tu? Haih." Posisi duduknya dibetulkan sedikit.

"Ni semua barang baby lah." Terang lelaki separuh abad itu sambil kaki bergerak mendekati si isteri yang sedang melipat baju di sofa lain.

Takut kena bebel lah tu! Rafiq pun sama!

"Kan dah banyak beli masa tu? Ni beli apa lagi? Jangan membazir. Ada sorang je baby dalam ni bukan sepuluh. Baby ni sekejap je dia besar tak sempat pun pakai baju tu semua. Tu barang apa dalam kotak tu? Tak cukup lagi ke barang baby?"

Kedua-dua lelaki itu menggigit bibir mendengar bebelan daripada Athira yang bagaikan peluru ditembak tanpa henti.

Jelas terlihat Athira sudah lelah membebel apabila keluhan terbit di bibir wanita itu. Bukan tak menghargai, lebih banyak barang dibeli, lebih terhutang budi lah dia. Dia dah banyak susahkan keluarga ni.

Barang baby zaman sekarang bukan murah.

"Dalam kotak tu ada stroller baby. Tapi dengar dulu! Stroller baby ni bagus, boleh lipat lepastu bila lipat kecik je mudah nak simpan dalam kereta. Nanti kalau pergi mana-mana senang letak je baby dalam ni."

"Masa tu dah beli buaian automatik lepastu baby car seat lepastu stroller pulak? Untungnya lah awak baby semua orang kisah pasal awak." Membebel pun tiada guna dah. Benda dah beli tak boleh pulang.

"Sabar jelah Athira, dulu waktu mengandungkan Rafiq macam ni lah ayah kamu. Semua benda nak dibelinya sampai tak terguna."

"Berapa semua ni? Nanti Athira bank in."

"Seringgit."

"Ish! Betul-betul lah. Mesti mahal ni, mana resit?" Athira mula menggeledah beg plastik mencari kertas resit untuk dia tahu jumlah kesemua barang itu namun Rafiq awal-awal sudah membuang semua resit itu.

Habislah bernanah telinganya nanti.

"Ayah jangan buat muka tak bersalah. Berapa semua ni? Athira transfer."

Lelaki tua itu sekadar tersenyum kelat. Dia menyorok di belakang isterinya.

"Haih. Terima kasih tolong belikan semua barang ni. Ini kalau baby lupa jasa keluarga ni dekat dia tahu lah Athira nak tarik telinga dia. Lepas ni jangan beli dah. Tak tahu nak sumbat mana."

Dalam kemeriahan keluarga itu, ada seseorang yang hanya mampu memerhati dari jauh. Seseorang yang masih mengumpul kekuatan untuk meminta maaf dan mengatasi rasa malu yang bersarang lama dalam diri.










"Kau dah buat ke apa aku suruh?"

"Dah. Semua settle dengan jayanya. Kerja aku semuanya clean. Kau bila nak muncul haa? Tak gentle lah."

Athira yang sedang membancuh susu di dapur terhenti seketika aktivitinya. Telinga dipasang fokus pada perbualan Rafiq di corong telefon entah dengan siapa. Macam mencurigakan kalau hal kerja sampai ke tengah malam.

"Dia okay cuma tu lah makin lama makin kuat membebel mak buyong tu nasib baik telinga aku kebal."

Mak buyong? Lelaki ni perli aku ke? Dia melangkah semakin dekat dengan pintu sliding door yang menuju terus ke kolam di mana Rafiq berada sekarang.

"Sikit lagi kantoi tadi. Nasib aku sempat cover. Dia boleh pulak tanya apa benda dalam kotak tu, aku pun main hentam je lah ikut apa yang aku nampak pada kotak tu."

Berkerut dahinya mendengar perbualan itu. Kata-kata yang diluahkan oleh Rafiq mula kedengaran pelik.

"Bila kau nak muncul ni? Waktu-waktu sekarang ni lah dia perlukan support system. Kitorang memang ada jaga dia cuma suami dengan keluarga angkat ni lain."

Suami? Azriel? Jantungnya berdegup laju. Dia mencengkam dada sendiri. Bagai ada rakaman dimainkan di dalam kepalanya yang menayangkan semua penyeksaan yang dia telah hadap selama serumah dengan Azriel.

"Aku dah suruh ibu hantar gambar sonogram yang ibu ambik sorok-sorok dalam bilik Athira tu. Dapat tak? Tu yang paling latest ibu kata." Rafiq terpaksa meminta tolong ibunya kerana gambar itu termasuk dalam aurat Athira.

"Ambik lah dia. Bau bantal dia pun dah makin hilang kan?"

Athira ketawa sendiri namun tidak mengeluarkan suara. Dia mengetap bibir geram. Jadi selama ni dia hidup dalam kepalsuan orang sekelilingnya. Azriel? Hantar gambar? Support system? Hampir kantoi? Persetankan semuanya!!

Cawan yang berisi susu dia letak di atas meja. Langkah cepat diatur menuju ke biliknya yang tak jauh dari dapur. Dadanya rasa ingin meletup menahan amarah yang membuak di dada.

Telefon di atas meja serta kad bank diselit pada cover phone sebelum dia berlalu keluar dari bilik. Jadi selama ni keluarga ni tak ikhlas pun tumpangkan dia?

Semua orang penipu!

Pintu rumah dibuka perlahan. Dia menyarungkan selipar berwarna ungu cair dan terus pergi dari situ secara senyap. Mujur saja Rafiq berada di halaman belakang.

Dia kecewa. Kecewa dengan semua manusia di sekelilingnya! Keluarga ni dengan Azriel tidak jauh bezanya pun! Sama-sama bersubahat!








𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang