BAB 49

1.6K 61 5
                                    

Pintu bilik ditolak perlahan. Tangan meraba suis dan ditekan suis tersebut sebelum bilik yang gelap itu bertukar menjadi terang benderang disuluh cahaya lampu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu sambil melihat segenap ruang.

Baru terasa sunyi itu menerjah diri. Kalau dulu bilik itu pasti penuh terisi dengan gelak tawa atau gaduh manja pasangan suami isteri namun sekarang kosong bagai kotak yang tak terisi apa-apa.

Tali leher dicampak ke atas meja solek. Mata terhenti di atas meja solek itu melihat semua barang Athira tersusun kemas. Perlahan dia mendekati meja tersebut lalu menarik kerusi dan duduk.

Mata menjelajah di serata meja melihat barang Athira. Ubat-ubatan penuh di dalam sebuah bakul berwarna kelabu dan krim juga tersusun elok di dalamnya.

Krim itu pasti untuk luka, lebam dan parut yang terhasil di badan Athira akibat perbuatan dayusnya. Air liur ditelan, hari ini baru dia sedar. Sebelum ni?

Malas ingin duduk lama di situ dan terus termenung tanpa penamat, tuala di dalam almari terus dia capai dan memboloskan diri di dalam bilik air.

Air pancuran membasahi seluruh tubuh dari hujung kepala hingga hujung kaki. Halkumnya bergerak menandakan lelaki iaitu menelan air liur payah.

Mata terpejam rapat, aksi dia mendera Athira bagai kaset yang dipasang di hadapan mata. Raungan dan tangisan Athira mula kedengaran di telinga walhal suasana di dalam bilik air itu hanya bising dengan bunyi air.

"Papa, kalau Hanis tak ada nanti jaga mama elok-elok tau. Jangan bagi mama sakit macam Hanis okay?"

Ayat dari puteri sulungnya terngiang di telinga. Itu lah antara pesanan Hanis padanya ketika Athira diserang demam panas.

Hanis lah yang sentiasa berada di sisi ibunya ketika dia pergi bekerja. Menjaga Athira seolah dia orang dewasa yang tahu membuat semua hal.

"Aku janji jaga kau hingga nafas terakhir aku. Kita bina keluarga kecil kita sama-sama. I will never leave you again."

Janji-janji manis yang dia taburkan dulu bagai debu yang berterbangan di udara, lesap begitu sahaja.

"Kalau awak jadi bantal, saya jadi kapasnya supaya saya sentiasa ada dalam dakapan awak. Always."

Nafas kini sudah tidak teratur. Dadanya sesak dipenuhi penyesalan. Air yang menelusuri seluruh badan bagai mencekik dan melemaskannya. Mata lantas dibuka menyedarkan diri dari lamunan.

"Athira minta maaf kalau terlalu bergantung pada abang sebab Athira tak ada orang lain selain abang. You're the one. Kalau Athira hilang abang, Athira hilang semua. Athira ada abang je."

"Athira ada abang je."

"Athira ada abang je."

"Athira ada abang je."

"Athira ada abang je."

Ayat yang sama berulang kali tersiar di telinganya dan dalam masa yang sama ada bunyi nyaring menerpa. Dia cuba menghilangkan suara itu namun tak boleh!

PAP!

"Azriel sedar!" Pipinya ditampar. Dada berombak mengatur semua nafas yang hampir hilang. Sekejap pendek sekejap panjang.

Flashback

Pencukur dilalukan di serata wajah Azriel yang tumbuh jambang kasar. Dicukur hingga pendek dan kemas namun masih ada jambangnya. Buih-buihan juga ikut sama. Teliti dia memastikan hasil kerjanya kemas.

Azriel pula hanya berdiri diam memerhati Athira yang duduk di atas table top singki itu. Sesekali matanya bergerak memandang pantulan cermin yang memperlihatkan mereka.

"Kalau macam ni okay tak?"

"Okay." Azriel langsung tidak melihat ke arah jambang itu sebaliknya terus menatap Athira tanpa beralih sedikit pun anak matanya. Ke tepi kepala itu pergi, ke tepi jugalah anak matanya bergerak.

"Apa yang okay?"

"Kita." Jawab Azriel selamba langsung tidak menepati jawapan sebenar. Hujung bibir sudah terangkat mengukir senyum sinis melihat reaksi Athira yang kegeraman.

"Hish. Tu jambang tu dah okay ke belum? Ada yang tak kemas ke?"

"Okay je sayang." Hidung itu dikepit hingga berkerut wajah cantik itu.

"Ish sakit tahu tak?"

"Aku tak sakit pun." Athira memutarkan bebola matanya menyampah dengan perangai Azriel yang menjengkelkan itu. Memang lah tak sakit, tak kena dekat dia!

End Flashback

Pili air ditutup selepas dia mengelamun lama. Tuala yang disangkut di sudut bilik air dia capai sebelum mengelap dan membalut tubuhnya yang terdedah.

Nafas dihela tatkala mata terhenti pada tablet top singki. Di situ lah tempat mereka bermesraan dulu. Tempat mereka bergurau senda bersama tanpa ada gangguan.

Tak mahu berlama di dalam tandas, dia segera menapak keluar dari bilik air. Walk in wardrobe dia tuju lalu sehelai t-shirt dan kain pelikat diambil dari dalam laci. Pakaian disarungkan pada tubuh tegap itu.

Tak lama di hadapan almari, dia terus menuju ke sudut bilik yang terbentang karpet dan tersedia sejadah serta almari kecil berisi Al-Quran, Yassin dan kitab-kitab lain.

Niatnya untuk membentang sejadah terhenti seketika tatkala melihat telekung putih milik Athira tergantung elok di ruang penggantung. Dia ambil telekung itu sebelum dibawa dekat ke hidung.

Masih melekat bauan isterinya pada telekung tersebut. Kalau dulu mereka solat berdua namun sekarang hanya dia seorang. Jadi selama ni kesunyian ini yang Athira rasakan?

Melihat masa yang sudah berganjak, dia terus berdiri di posisinya sebelum menunaikan solat fardhunya. Nafas dihela beberapa kali sebelum dia mengangkat takbir.

Perasaan yang muncul di hati tak boleh dia tafsirkan dengan kata-kata mahupun dalam bentuk lain.

Badan bergerak berdiri, rukuk, sujud dan duduk namun air mata tidak berhenti mengalir turun. Terasa diri itu jahil yang teramat. Dia tinggalkan Allah padahal ketika waktu susah pada Allah lah dia perlu pulang mengadu nasib.

"Assalamualaikum warahmatullahi.. Assalamualaikum warahmatullahi.."

Wajah diraup dan dia menutup wajahnya seketika dengan kedua belah tangan. Dia malu. Malu dengan si pencipta.

Panjang dia berdoa malam itu meminta keampunan dari yang maha pengampun. Dia juga meminta ketenangan dan jalan penyelesaian buat masalahnya yang sedang dihadapi. Tak lupa juga dia berdoa untuk hubungan suami isteri yang semakin renggang menanti musnah itu kembali pulih.

"Jika perpisahan terbaik maka permudahkanlah namun jika jodoh kami panjang maka engkau bantulah kami."

Selama ini egonya tinggi menggunung. Tipulah kalau dia tidak terasa akan kesunyian selepas pemergian Hanis namun rasa itu cuba ditepis hingga dia sendiri tidak sedar rasa sunyi itu berpunca dari diri sendiri.

Dibela diri sendiri, tak mengaku bahawa ego terlalu tinggi dan sekarang baru dia sedar bahawa dia juga ada silapnya.

Al Quran yang sering dibaca Athira dia capai. Halaman di mana Athira berhenti dia buka. Disentuh satu persatu ayat Al-Quran itu sambil menahan sebak di dada. Sudah berapa lama dia meninggalkan kitab tersebut?

Bacaan dimulakan dengan suara yang bergetar. Ini lah jalannya untuk dia keluar dari dunia yang kelam itu dan untuk dia sedar akan realiti kehidupan. Dia tak boleh terkurung selamanya dalam dunianya sendiri.

Sampai bila?







chapter ni special untuk keinsafan Azriel.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now