BAB 69

1.5K 50 3
                                    

Terbongkok-bongkok tubuh itu mengeluarkan kain dari mesin pencuci dan pengering untuk dilipat. Azriel sudah memesan untuk hantar terus baju ke dobi memandangkan kerja-kerja seperti ini lelaki itu yang selalu buat tapi dia malas.

Nak kena memandu pula dengan perut yang macam ni. Nak minta tolong ibu mertua, tak sampai hati pula. Berapa kerat je kudrat orang yang dah tua.

Lagipun bukan susah, baju semuanya akan disangkut. Hanya seluar sahaja dilipat, setakat perkara mudah begitu dia masih boleh buat.

"Athira buat apa tu? Pantang lepas lah budak ni."

"Sikit je ni. Berapa helai je mama."

Geleng kepala orang tua itu melihat menantunya yang degil ingin membuat kerja rumah. Dia pun pernah ada di posisi Athira, pasti penat dan mengah.

"Baju baby semua dah basuh? Barang nak bawak pergi hospital dah siapkan ke belum? Ada apa lagi nak minta tolong?"

"Takda. Semua Azriel dah siapkan. Teruja sangat dia, dua bulan sebelum dah packing. Maaf ye, menyusahkan anak ibu buat itu ini."

"Takpa. Kamu buat je apa kamu nak, biar dia serik sikit. Tahu buat tahu tanggung."

Athira ketawa kecil. Selepas mereka berbaik semula, memang ada perubahan ketara pada Azriel. Lelaki itu membuat semua perkara dan dia hanya perlu rehat. Tak ada bezanya dengan ketika mengandungkan Hanis cuma perasaan itu cukup berbeza.

Lebih bahagia.

"Azriel mengadu dekat mama, Athira tak jawab call. Kenapa? Masih merajuk?"

Athira terjaga dari lamunanya dalam mengenangkan memori-memori lama. Haih setiap memori indah dengan cara tersendiri, tak boleh dibandingkan sama sekali.

"Hmm."

"Jangan merajuk sangat. Kita ni hidup jadi suami isteri tak tahu sampai bila, entah sekejap entah lama jadi hargailah. Buang masa merajuk ni. Athira tak rindu?"

"Rindu.."

"Mama tak marah. Tapi Athira sebagai isteri walau macam mana pun kena faham Azriel. Dia pun mesti tak sanggup nak berjauhan dengan isteri dia yang comel ni. Mama cakap berdasarkan pengalaman.

Kehidupan mama dengan ayah mertua kamu penuh dengan merajuk dan gaduh. Menyesal sebab luangkan banyak masa pada bergaduh berbanding luangkan masa bersama."

Senyap sekejap Athira memikirkan perlakuannya tempoh hari. Ye bila difikirkan semula dia yang mementingkan diri sendiri.

Sepatutnya dia faham, lagipun Azriel sanggup bekerja dari rumah semata ingin menjaga dia. Dia tak sempat nak cium tangan lelaki itu pun disebabkan rajuk dan ego yang menguasai diri

Dia yang halang suami sendiri ingin berjaya, tak guna!

"Azriel macam mana? Dia sihat?"

"Kalau nak tahu, pergilah telefon encik suami tu sendiri. Terubat sikit rindu dengar suara masing-masing. Baby pun mesti rindu suara papa dia."

Athira sekadar mengangguk. Dia perlu minta maaf tapi jika diikutkan waktu, sekarang Azriel pasti sedang tidur. Malam nanti sajalah.

Tipulah kalau dia kata dia tak rindu. Sudah dua hari Azriel pergi tanpa khabar. Ada juga lelaki itu cuba menghubungi namun cepat-cepat dia matikan panggilan tersebut.

Biasalah ibu mengandung, emosi terbawa sampai berhari-hari padahal diri sendiri yang salah.

"Dah jangan fikir sangat. Jom kita masak, Athira nak makan apa hari ni?"

"Apa-apa je asalkan mama yang masak sebab your food is the best food ever."

"Nak bodek lah tu. Jom."

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now