BAB 60

1.9K 61 2
                                    

Mereka berdua diselubungi dengan suasana janggal di dalam dapur itu. Hanya bunyi kipas dan pisau yang bergesel dengan papan pemotong kedengaran. Suasana sunyi itu secara tidak langsung membuat kedua manusia itu tidak selesa bersama.

Athira menunduk memandang ke arah kitchen island. Azriel yang memaksanya turun tadi sebelum lelaki itu beredar ke masjid untuk solat zohor berjemaah dan sekarang dia ditinggalkan bersama puan Aaliyah.

"Ibu.."

"Athira.."

Mereka berdua bercakap serentak membuat suasana hening seketika.

"Biar Athira masak, aunty pergi lah rehat dekat bilik tetamu." Gelaran ibu sudah ditukar dan perkataan itu keluar dari mulut tanpa kawalannya.

"Eh tak apa. Biar ibu masak lagipun ibu mengandung ni tak boleh buat kerja berat sangat nanti apa-apa jadi susah." Senyuman manis terukir di bibir. Biarlah dia yang masak untuk memujuk semula hati yang terluka itu.

"Ye.. Memang Athira ni menyusahkan pun, betul tak? Athira tahu. Maaf."

"Eh tak bukan macam tu. Maksud ibu nanti kalau jadi apa-apa bahaya dekat Athira. Jangan salah faham ye? Athira tak pernah menyusahkan."

"Tak. Athira memang menyusahkan. Tak apa Athira dah boleh terima hakikat tak macam dulu lagi."

Puan Aaliyah terdiam seribu bahasa. Dia memandang sayu ke arah Athira yang membelakangi dia di kitchen island. Walaupun tak terlihat wajah itu namun dia yakin Athira pasti tidak okay.

"Athira pergi lah rehat dekat atas. Lama lagi ni nak masak. Biar ibu buat semua. Mesti sakit pinggang, pening-pening kan?"

"Sakit lagi hati ni." Dia turun dari kerusi dan terus membawa diri ke tingkat atas selepas melontarkan kata-kata itu.

Tak endah dia ingin berlama-lama di dapur dengan suasana sepi, sunyi dan janggal itu. Menambah ketidakselesaan pada dirinya lagi. Duduk di bilik lebih bagus daripada jadi tunggul di situ.





Selipar dicabut dan diletak ke dalam rak kasut sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Air liur ditelan. Dari luar lagi sudah dapat dihidu bau ikan patin masak tempoyak membuat air liurnya hampir meleleh. Tambah pula dia sedang lapar, perut pun dah tak sabar nak makan.

"Wah sedapnya bau. Aunty masak patin tempoyak eh? Lamanya tak makan."

Puan Aaliyah tersenyum nipis sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tangannya meramas sesama sendiri seperti kegelisahan.

"Athira mana? Tak turun lagi?"

"Tadi dah turun, naik atas semula mungkin nak solat zohor."

Azriel mengangguk. Dia terus menuju ke dapur ingin melihat lauk yang telah dimasak. Perut sudah berkeroncong lapar. Tudung saji dibuka namun hanya ada terung bakar dan air asam sahaja di atas meja. Mana lauk?

"Azriel.. Sebenarnya.. sebenarnya.. ibu dah buang lauk tu sebab tadi.. tadi.. ermmm tadi ada cicak masuk. Haah ada cicak masuk waktu ibu tengah masak."

"Ouh ye ke? Tak pernah pulak nampak cicak kat rumah ni merayap merata. Takpa lah mungkin cicak baru datang lah tu kot. Kalau macam tu jom kita makan kat luar Azriel belanja."

Jelas kelihatan riak wajah gelisah orang tua itu. Rasa bersalah juga mungkin. Puan Aaliyah dari tadi menunduk seperti memikul beban yang berat. Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki.

"Tak lah. Bukan sebab cicak. Athira yang buang. Athira yang buat lauk tu. Aunty tak perlu pura-pura pertahankan Athira, sikit pun Athira tak tersentuh."

Masing-masing menoleh ke arah Athira yang berada di tangga. Azriel terkejut dengan kenyataan itu. Dipandang isterinya dan puan Aaliyah silih berganti.

Wajah Athira cukup tenang seakan tiada apa yang berlaku. Seperti perbuatannya itu tidak salah sama sekali. Dan sekarang Azriel pun keliru ingin mempercayai yang mana satu.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now