BAB 3

1.7K 72 72
                                    

Azriel memerhati Hanis Ardelle yang bermain di taman dari bangku yang disediakan di tepi taman.

Flashback

Azriel Haikal dan Athira Sofia yang sedang berpegangan tangan sambil berjalan di taman. Dari tadi Aira melihat budak budak yang bermain gelongsor dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya.

"Comel kan budak tu?"

"Budak yang mana? Yang tu or yang ni?"

Jari Azriel menunding ke wajah Athira. Athira memandang wajah suaminya dengan pandangan yang menjengkelkan. Malas dia nak melayan Azriel.

"Tu anak tapir tu comel."

"Mana anak tapir?" Azriel mencari cari anak tapir yang disebut Athira.

"Ni."

Giliran Athira pula menunding jari pada Azriel.

"Kau ni. Geram aku." Lelaki itu mencubit geram hidung isterinya.

"Ermm macam mana kalau anak awak main dekat taman nanti. Mesti comel kan?"

"Kau.. Kita boleh bawak anak kita main dekat taman nanti."

"Hmm entahlah. Waktu tu maybe saya dah takde. Awak lupa perjanjian kita macam mana? Tak nyanyuk lagi kan atuk?"

"Kau panggil aku atuk? Tu nampak tasik tu? Aku campak dalam tu nak?"

"Saya campak awak dulu."

"Baby, tendang sikit mama ni. Ada hati nak campak papa?"

"Anak awak ni mana ada kaki lagi!"

"That's why I wish dia membesar cepat supaya boleh tendang mama dia yang nakal Nauzubillah ni."

"Eii! Mana ada saya nakal!"

"Kau? Tak nakal? Terkejut ayah pink dengar."

Lengan Azriel dicubit geram. Azriel hanya mampu menahan sakit cubitan ketam milik Athira Sofia itu.

Jari kelingking Azriel dan Athira bertaut. Mereka meneruskan langkah berjalan jalan disekitar taman permainan itu.

End Flashback

Hanis yang sedang bermain itu berlari kearah Azriel dengan tercungap-cungap. Peluh yang membasahi dahi kecil itu dilap menggunakan tisu.

"Janganlah lari. Nanti sesak nafas macam mana?"

"Hehehe.. papa nak aiskrim."

"Sayang.. doktor tak bagi makan aiskrim. Lepas dah sihat nanti papa belikan banyak aiskrim."

"Sikit pun tak boleh?"

"Tak boleh sayang. Ni minum air ni."

Azriel mendukung anaknya selepas melihat Hanis Ardelle itu mencebik memandang tanah.

"Sedih ke? Papa janji. Kalau nak aiskrim Hanis kena ikut cakap papa dulu."

"Okay papa."

"Jom balik. Dah berpeluh. Masam bau anak papa ni."

"Mana ada. Hanis wangi lah."

"Ye. Budak ni wangi sangat. Jom."

Tangan Azriel yang dihulurkan disambut Hanis. Mereka berdua balik semula ke rumah mereka yang berada di kawasan elit itu.

"You.. kenapa you keluar tak bagitahu I?"

Masuk sahaja ke dalam rumah, Azriel sudah diterjah Tasya isterinya itu.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now