BAB 47

1.6K 58 3
                                    

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap gelita itu. Rumah yang sederhana besar cukup untuk sebuah keluarga bahagia mencipta memori namun sekarang yang ada hanya suasana suram yang menghantui rumah itu. Rumah yang tiada lagi bunyi gelak tawa manusia di dalamnya, hanya dipenuhi kesedihan, raungan dan tangisan.

Jari naik menekan satu suis lampu di dinding memberi cahaya samar-samar untuk dia melihat jalan. Tali leher dilonggarkan serta beberapa butang dari atas dia tanggalkan membebaskan diri dari kelemasan yang dirasai.

Bagai ada bayangan anak dan isterinya sedang berlari-lari di sekitar rumah dan bergurau senda sesama mereka. Suasana Hanis dan Athira bergelak ketawa terngiang-ngiang di telinga.

Adakah dia merindu isteri dan anaknya?

Jawapannya sudah tentu ya namun ego sudah menguasai diri. Kenyataan bahawa kepergian Hanis Ardelle adalah sebuah takdir masih belum boleh diterima. Rasa rindu dengan aura bahagia keluarga itu.

Malas ingin berlama dan terus bersedih mengenangkan kenangan lama di ruang tamu, satu persatu langkah diatur menuju ke tingkat atas. Dia mendaki tangga dengan tubuh lemah tak bermaya.

Flashback

Lenanya terganggu apabila dirasakan sesuatu yang berat menghempap tubuh. Mata dicelik kan seraya tangan naik melindung wajah dari terkena pancaran matahari yang menyilaukan.

Senyuman terbentuk spontan apabila melihat wajah si anak sedang lena dibuai mimpi. Hanis yang mendaratkan tubuh di atas batang tubuhnya dia pandang penuh kasih.

Dipandang gadis kecil itu seperti sebuah permata atau mutiara yang berharga yang tak ternilai.

"Hanis.."

"Ermphhh.."

"Hanis bangun. Mama mana?" Rambut puterinya yang sudah jatuh menutup wajah dia selak ke belakang telinga. 

Hanis mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu. Azriel menampung tubuh Hanis seraya turun dari katil ingin mencari Athira. Hanis sudah membuka matanya namun masih lagi mamai melihat segenap ruang.

Bunyi tumisan di dapur menarik perhatian Azriel dan Hanis. Anak dan bapa itu terus melangkah menuju ke dapur tanpa teragak-agak. Bau masakan semerbak masuk ke dalam hidung sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dapur.

Athira yang sedang memotong daun bawang dia dekati lalu melabuhkan sebuah ciuman di sekitar wajah jelita itu.

"Dah bangun dah hero and princess mama ni? Lapar tak?"

Hanis mengangguk dengan bibirnya memuncung lapar. Azriel dan Athira ketawa kecil melihat reaksi comel anak mereka.

"Abang pergi lah naik mandi dulu dengan baju tak pakai. Tak senonoh betul suami Athira ni. Tolong mandikan Hanis sekali tau."

"Boleh. Masak apa ni?"

"Masak bihun goreng. Nanti dah siap saya panggil kita sarapan sama-sama. Papa mandikan Hanis boleh? Mama nak masak."

"Ocey! Jom papa kita main air!"

"Abang naik dulu tau. I love you."

Athira tertunduk menyorok senyumnya yang sudah lebar terukir, bak kata orang senyum sampai telinga. Mata melirik menghantar suami dan anaknya ke tingkat atas. Terlihat Azriel mencuit leher Hanis membuat anak kecil itu ketawa kegelian.

End Flashback

Memori yang hanya tinggal memori. Semua kenangan yang diukir dengan kasih sayang dan cinta yang kian mengembang mekar setiap hari namun semuanya terhapus akibat ego yang menguasai diri.

Andai memori-memori indah ini boleh diulang, dia akan ulang untuk 100 kali tanpa jemu.







Langsir yang menutupi jendela diselak. Cahaya matahari memancar masuk ke dalam bilik itu sekaligus menyapa wajah si ibu. Athira menghela nafas perlahan sambil melihat awan yang cantik terbentuk di langit. Sudah berapa lama agaknya sejak terakhir kali dia menikmati pemandangan sebegitu? Dengan hati setenang ini.

Perutnya diusap lembut. Kehilangan Azriel membuat dia sebagai isteri terasa sedikit kehilangan namun ketenangan yang dirasai sekarang tiada tandingnya.

"Athira termenung kan apa tu?"

"Tak lah. Saja tengok pemandangan. Rindu pemandangan dari tingkap ni. Tak ingat bila last rasa tenang macam ni."

Dia duduk melabuh punggung di atas katil bersebelahan Puan Aisyah. Mata masih tetap di jendela melihat awan yang bergerak pergi.

"Athira selesa tak duduk sini? Kalau tak selesa bagitahu ibu."

"Selesa sangat. Terima kasih sudi tumpangkan Athira dekat sini. Banyak sangat budi baik keluarga ni pada Athira sampai segan dah Athira ni."

"Apa pulak tumpang. Ni kan bilik Athira. Rumah ni pun rumah kita bukan rumah ibu je. Dah lama bilik ni rindukan penghuninya, sekarang penghuni dia dah balik semula tapi dengan penghuni kecil yang baru dalam perut ni."

Athira tersenyum mengusap perutnya. Beberapa tendangan dirasakan menandakan bayi di dalam perut itu teruja dengan kata-kata neneknya.

"Athira minta maaf sebab dah susahkan keluarga ni. Athira dah segan sebenarnya nak bergantung dengan ibu. Anak yatim piatu macam Athira ni tak layak dapat layanan baik macam ni."

"Kalau mak dan ayah Athira masih hidup lagi, mesti diorang akan jaga Athira macam mana ibu jaga. Terima kasih hadir dalam keluarga ni, ibu hargai kehadiran Athira. Dah lama ibu idam anak perempuan. Nenek pinjam ibu baby ye?"

Athira ketawa kecil melihat Puan Aisyah yang berinteraksi dengan bayinya.

"Dia paling suka kalau nenek jaga, dapat makan sedap-sedap. Hahahahaha.."

"Mestilah, ini Aisyah. Suka ibu dengar gelak ketawa Athira."

Athira sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia ketawa seikhlas itu. Senyum yang benar-benar dimaksudkan jauh dari dalam sudut hati tak seperti dulu di mana senyuman hanya digunakan untuk menutup segala derita.

"Ibu.. Hati ni rasa bahagia tapi kenapa dalam masa yang sama rasa sakit juga? Athira rindu dia. Athira cuba nak terima dengan keadaan baru yang jauh lebih gembira tapi hakikatnya hati ni tak boleh menjauh."

"Athira.. Kalau ada jodoh kamu berdua insyaallah Azriel akan berubah. Tak salah berharap kerana mungkin di luh mahfuz sudah tertulis 'seperti apa yang engkau doa' tapi nasihat ibu berserah pada Allah dalam apa jua yang Athira perjuangkan."






maaflaaa lama sangat gantung story ni. ini bekalan sampai awal bulan 2. jangan lari dulu tau nanti saya kejar awak keliling bumi. 

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now