BAB 64

1.8K 62 5
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

Selepas beberapa bulan cuba mengambil hati si isteri yang sekeras batu belah batu bertangkup itu, tidak dinafikan dia hampir berputus asa namun usahanya tidak berhenti walaupun Athira kerap kali menolaknya. Sedikit pun dia tidak pernah mengambil hati dengan wanita itu.

Keadaan Athira bertambah pulih dan semakin baik dari yang dulu selepas mencuba tiga jenis ubat sebelum menjumpai ubat yang serasi untuk kesihatan mental wanita itu.

Apa pun Azriel bersyukur dengan perubahan yang berlaku pada isterinya. Wanita itu sedikit sebanyak berlembut hati dan kadangkala menunjukkan sisi manjanya setelah lama dipendam.

Hubungan Athira dan keluarga angkatnya juga sudah bertambah baik. Selepas mengambil masa beberapa minggu, wanita itu berjumpa dengan puan Aisyah dan meminta maaf atas insiden lalu.

Dan seperti biasa pasti adanya drama air mata di antara dua wanita itu.

Athira sudah bercuti tanpa gaji dari syarikat keluarga angkatnya untuk berehat sehingga habis berpantang dan perkara itu juga dipersetujui oleh Rafiq memandangkan ada orang yang mencari kerja sementara orang itu sambung belajar ke tahap phd.

"Termenung apa tu sorang-sorang?"

Bahu Athira diusap lembut. Ubun-ubun kepala isterinya dicium lama penuh kasih. Setiap hari pasti tidak lekang bibir itu dari melekap terus pada anggota badan Athira.

"Takda apa. Fikir pasal baby."

"Pasal apa yang doktor cakap?"

Athira mengangguk. Dia menunduk ke bawah memandang jari jemarinya yang bersulam antara satu sama lain.

Azriel mengesot menghapuskan jarak antara mereka sebelum bahu Athira dipeluk menyalurkan rasa hangat di tengah udara malam yang sejuk.

"Kalau sayang rasa tak mampu nak hadap rasa sakit tu lagi, sayang buat je czer. Pasal kos abang tanggung. Takpa."

"Tapi teringin jugak nak bersalin normal. Kali ni Athira rasa Athira boleh bare the pain. Czer ni sakit, Athira tak sanggup nak pantang czer lagi dah."

"Kalau sayang cakap macam tu.. takpa lah, abang ikut je sayang."

Rambut yang jatuh menutup separuh wajah isterinya dibawa ke belakang. Ciuman dilabuhkan lagi pada bahu wanita itu. Entah lah kenapa dengan bibir ni asyik nak melekat je.

"Abang ingat nak buat majlis doa selamat, alang-alang tu buat majlis tahlil untuk ayah abang and your parents terus. How's that sound?"

"Bagus jugak tapi bila tu?"

Kepala menoleh memandang Azriel. Kalau dulu egonya setinggi gunung Everest namun hari ke hari dia mula jatuh cinta semula dengan lelaki itu. Hish ni semua sebab baby, hari-hari kalau tak tenung muka bapak dia tak sah! Tak tenang tidur, asyik nak tendang je.

"Nanti abang cari masa yang sesuai. Lepastu abang rasa nak kumpul sekali saudara-mara semua, diorang pun tak pernah kenal sayang in proper way kan? Tapi kalau sayang rasa tak suka ramai-ramai abang tak jemput."

"Athira tak kisah. Jemputlah diorang, tak baik pula nanti apa orang kata."

"Betul ni? Nanti Athira tertekan ramai orang sangat. Raya nanti boleh berkumpul lagi. Put yourself first before others."

"Athira okay. Betul."

Kepalanya perlahan-lahan dijatuhkan pada bahu Azriel. Rasa mengantuk terus mengerang diri. Matanya hampir tertutup namun dia masih ingin menikmati suasana malam yang dingin dan hening itu. Bauan yang datang dari tubuh Azriel membuat dia lebih terbuai.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now