BAB 57

1.6K 61 3
                                    

Tanpa disedari senyuman terukir melihat isterinya yang berselera menikmati sate yang dibelinya dalam perjalanan pulang tadi. Malam tadi mengigau nak makan sate tapi bila ditanya Athira menafikan mimpinya namun pada akhirnya 30 batang sate itu semua dihabiskan oleh wanita itu.

"Sedap?"

Athira mengangguk. Mulutnya penuh dengan sate dan timun.

"Makan perlahan-lahan. Nanti tercekik baby dalam perut tu. Minum air dulu." Segelas air yang disua Azriel diteguk hingga habis.

Sehelai tisu diambil dan mulut isterinya dia lap hingga bersih dari kesan comot sate dan kuah kacang. Mata tidak lepas dari memandang Athira. Jika masa boleh diputarkan dia tak akan menyakiti wanita senaif ini. Setiap tangisan menjadi dosa padanya.

"Azriel dah balik? Aik? Athira tadi rasanya dah tidur, kat sini pulak?" Aaliyah turun dari tingkat atas apabila mendengar bunyi di tingkat bawah.

Athira leka menikmati satenya sekadar mengangguk walaupun tidak mendengar dengan jelas perkataan ibu mertuanya.

"Athira isi perut sekejap. Makan sate, Azriel beli tadi. Semalam sampai mengigau mengidam punya pasal."

Dicuit pipi kembung itu.

"Iya? Kenapa tak bagitahu? Ibu boleh keluar pergi beli."

"Tak..apa.. ibu.. Athira oyeh—" Walaupun mulut penuh dengan makanan dia tetap ingin menjawab.

"Habiskan dulu makanan dalam mulut tu baru cakap." Tegur Azriel. Cukup lembut dalam menegur.

"Ni kenapa Azriel balik lewat?" Giliran anaknya pula disoal.

"Tadi cari fail hilang tak jumpa-jumpa. Jumpa pun dah maghrib. Lepas solat maghrib sambung siapkan kerja baru balik. Pukul 10 jugak lah siap. Singgah beli sate dulu, tu yang lambat."

"Ouh. Ni dah makan ke belum?"

Athira yang baru sedar belum menanyakan perihal itu pada suaminya terus menoleh memandang Azriel. Cucuk sate yang sudah tinggal separuh dihulur.

"Takpa. Sayang makanlah, abang dah kenyang. Azriel tak selera nak makan lewat macam ni, ma."

"Ye lah. Athira makan kenyang-kenyang ye, tengahari tadi makan dua suap je. Tak selera katanya. Mama naik dulu."

Azriel mengangguk. Dia menghantar pemergian ibunya dengan lirikan mata. Dalam masa yang sama dia melihat Athira juga memeriksa isterinya, buatnya tercekik susah pula.

"Lain kali kalau mengidam bagitahu abang. Cakap je nak apa, patik sedia berkhidmat."

"Tak apa. Saya dah biasa buat semua benda sendiri. Dulu pun semua benda buat sendiri. Cuma sekarang saya tak ada kereta tu yang tak pergi sendiri."

Dia mahu Azriel tahu bahawa dia tak memerlukan sebarang pertolongan dari sesiapa. Dia boleh berdikari lagipun dia hanya ada diri sendiri, tiada tempat bergantung yang boleh dipercayai.

Alah bisa tegal biasa, sekarang dia tak sedih untuk buat semua benda sendiri sebab dan selalu buat.

"Tapi sekarang abang dah ada. Semua benda Athira buat abang teman, kita pergi sama-sama, apa Athira nak abang tunaikan. Okay?"

"Athira dah siap makan. Nak naik tidur." Kata-kata suaminya tak dipedulikan. Dia sudah masak dengan segala janji manis itu. Serik ingin percaya lagi!

Langkah dibawa ke tingkat atas meninggalkan Azriel sendirian di ruang makan. Sedikit pun dia tidak menoleh memandang lelaki itu.

Cukup. Dia penat sakiti diri sendiri lagi dengan ingat semula segala kejadian lalu. Cukuplah semua menjadi pengajaran, jatuh untuk kali kedua tidak sama sekali, kali ini dia sudah penat mempertahankan rumah tangga menanti roboh ini.




Mata dibuka sedikit apabila lenanya terganggu dengan alunan suara seseorang. Kepala ditoleh ke tepi apabila mengesan suara itu datang dari belah kirinya. Dengan cahaya yang menikam mata dia cuba mengembalikan pandangan yang jelas.

Kelihatan Azriel sedang membaca Al-Quran di sebelahnya sambil perut yang terisi sebuah nyawa diusap lembut. Khusyuk lelaki itu membaca surah maryam sehingga tidak menyedari akan Athira yang memerhati.

"Ya Allah, sesungguhnya engkau yang berkuasa atas sesuatu, hilangkanlah sakit yang ditanggung isteriku, engkau permudahkan segala urusannya, engkau berikanlah dia kekuatan, jadikanlah sakit yang dia perlu tanggung sebagai penghapus dosanya sehingga dia menjadi seperti bayi yang baru lahir semula."

Athira menutup matanya apabila merasakan retina mata sudah hangat. Air mata kini menunggu masa untuk turun membasahi kulit wajah.

"Engkau jadikan lah anak aku anak anak yang soleh dan solehah, engkau jadikan lah mereka manusia yang berguna dan mentaatimu, engkau lindungilah mereka dari segala bencana dan bisikan syaitan yang direjam. Aku memohon padamu yang maha esa, maha berkuasa, maha mengetahui, maha pengampun, penyayang dan pengasih."

Al Quran ditangan Azriel lekapkan di dahi, hidung dan dada sebanyak tiga kali sebelum kitab Nabi Muhammad itu diletakkan di atas meja lampu.

Kepalanya dilentokkan sambil menghadap perut si isteri. Sesekali dia tersenyum, rasa teruja kini saling tak ubah seperti teruja menanti kehadiran Hanis dahulu. Cuma bezanya kali ini dia tak sabar ingin mengetahui jantina si bayi.

"Ehem! Dah masuk subuh?"

"Belum lagi, ada 5 minit lagi. Abang ganggu ye? Maaf. Abang nak pergi masjid tu yang bangun awal."

"Hmm. Pergi lah."

Tangan menampung belakang leher isterinya. Dahi Athira dicium penuh kasih. Perasaan yang sudah lama dia abaikan mungkin sudah tiada rasa terhadap ciuman hangat itu. Ekspresi wajah Athira hanya kosong tiada makna.

"Abang pergi dulu ye? Nak makan apa-apa tak? Lepas balik masjid abang pergi beli."

Athira menggeleng tanda tidak mahu. Mata melirik memandang Azriel yang sedang mengambil kunci kereta di atas meja solek.

"Abang pergi dulu tau. Bye, solat dulu baru sambung tidur ye.."

Pintu bilik ditutup perlahan tanpa dikunci meninggalkan Athira seorang diri. Malas berlengah dek azan akan berkumandang sebentar lagi, dia terus melangkah keluar dari rumah itu.






sorry chapter kali ni pendek je. and sorry for the delayed.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now