BAB 14

1.3K 51 3
                                    

Hanis yang sudah terlena di dalam dukungan Azriel ditatap. Diusap lembut wajah bersih itu.

"Jantung dia dah makin teruk."

"Tak ada cara lain?"

"Kalau ikut penggiliran memang mustahil untuk selamatkan Hanis but try to make research about hospital lain. Maybe overseas? Lagipun kitorang tak jamin Hanis boleh hidup selepas pembedahan."

Azriel melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Tipulah kalau dia langsung tidak takut dengan apa yang berlaku di hari mendatang. Hanis terlalu bermakna buatnya. Tidak dapat dibayangkan kehidupannya tanpa Hanis.

Flashback

Mata lelaki itu melilau mencari anak gadisnya yang hilang entah kemana. Baru sekejap tadi Hanis Ardelle bermain di ruang tamu.

Azriel meletakkan mangkuk yang berisi makanan Hanis lalu disinsing lengan baju kemejanya. Beberapa butang dari atas dibuka memberi keselesaan.

"Hanis.. Hanis.. Hanis anak papa."

Hanis yang sudah pandai merangkak mengabaikan panggilan ayahnya. Dia terkial-kial ingin naik tangga menuju ke tingkat atas.

"Mama nampak Hanis tak?"

"Ada tadi dia main kat depan."

"Dia belum makan lagi kan?"

"Pergi lah mandi dulu. Nanti entah apa apa dari luar tu, Hanis tu kecik lagi."

"Okay. Kalau jumpa Hanis tolong jagakan dia sekejap."

"Haa ye lah."

Azriel baru sahaja ingin memijak tangga, tubuh kecil Hanis yang merangkak naik ke tingkat atas menyapa pandangannya. Terus didukung Hanis Ardelle.

"Hei. Anak papa ni buat apa kat sini? Hmm?"

"Wawawawa.. ffuufuu.."

"Nak bau sikit."

Azriel mengepit hidungnya dengan ibu jari dan jari telunjuk.

"Bushukk anak papa. Papa mandikan nak?"

Hanis menggeleng. Tali leher yang tergantung di leher Azriel dia ambil sebelum memasukkannya ke dalam mulut.

"Jom mandi."

Azriel membawa Hanis bersamanya lalu berlari menuju ke tingkat atas. Hanis tertawa suka apabila diperlakukan begitu. Rasa seperti terbang di awang-awangan.

"Jom kita masuk dalam air!"

Selepas menanggalkan baju Hanis, tubuh itu perlahan-lahan dimasukkan ke dalam tab mandi yang berisi air suam-suam kuku.

Hanis menepuk permukaan air membuatkan air sabun itu terpercik mengenai baju kemeja Azriel Haikal.

"Alamak. Papa dah basah. Hanis buat!"

"Ow..ow.."

Hanis menutup mulutnya. Dia terkekek suka melihat wajah berang papanya. Air di dalam tab mandi dipercikkan lagi mengenai Azriel.

"Ma..ma."

"Hanis sebut apa sayang?"

"Aaaaaaa.. wawawa.."

"Hanis sebut mama?"

"Ma..ma.. hihi.. fufuffuu.."

Azriel terkelu lidah. Anaknya bahkan tidak boleh menyebut perkataan 'papa' tapi perempuan yang lari tinggalkan dia juga yang Hanis pandai sebut.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now