BAB 25

1.2K 44 0
                                    

Azriel hanya duduk memerhati dua figura sedang berlari di sekitar taman permainan. Hanis yang sedang bermain dengan Athira diawasi dari jauh. Gelak tawa dua gadis itu jelas menyapa telinganya membuat bibirnya turut mengukir senyum tanpa sedar.

"aku nak kahwin dengan dia."

Ayat itu terngiang-ngiang di telinganya hampir setiap hari. Hubungan yang tak jelas di antara dia dan Athira sering menganggu fikirannya. Soal pasangan hidup bukan perkara remeh, pasangannya itu lah yang akan bersamanya menjalani sisa hidup bersama.

Rafiq dan dia masing-masing jarang berjumpa akibat kesibukan menguruskan syarikat masing-masing. Syarikat dia kecil bukan macam Rafiq award tak muat almari.

"Ehem."

"Athira. Duduk lah mana Hanis?"

"Tu. Tengah main dengan budak budak lain. You look frustrated, why? Maybe wanna share some story with me?"

Dia sekadar menggeleng. Kepala menunduk melihat rumput rumput yang dipotong kemas oleh pekerja. Tangannya menggenggam sesama sendiri.

"Athira. One question."

"Apa dia?"

"If ada lelaki lain datang melamar kau, you will still accept me?"

"Yes of course. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"

"Nothing."

Athira berkelakuan normal bagai tiada apa yang terjadi. Rafiq belum bertindak atau dia je yang berfikiran negatif? Gelabah? Wajah itu dipandang sekilas.

"Is there someone who confess to you? Mungkin someone yang lagi perfect daripada aku?"

"You're the only one. Kenapa ni? Pelik betul. Are you okay?"

"Jom kita kahwin hujung minggu depan."

Terbeliak mata wanita itu mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Azriel Haikal.

"Kenapa? Maksud saya kenapa awal sangat? We still can wait at least 6 months right to prepare everything."

"Aku boleh uruskan semuanya, kau cuma uruskan pasal baju nikah sahaja. Kita nikah je, no reception and family family je. Ada ibu, mak ayah angkat kau and.. Rafiq maybe."

"We have freaking a week. You lost your mind? Seminggu ada tujuh hari Azriel. What can we do within a week?"

Lelaki itu menghela nafas panjang. Dia bangun menghadap Athira yang sedang duduk di bangku.

"Kau tak nak kahwin dengan aku kan? Kenapa? Cuz you already fall for Rafiq?! Jawab Athira! Kau tak nak kahwin dengan aku pun sebenarnya kan?!"

Athira memandang sekeliling. Mujur sahaja tidak ramai orang yang berada di situ. Hanya ada beberapa orang penunggang basikal lalu sambil menunggang basikal mereka.

"You gila? Kita dekat public Azriel. I bukan tak nak kahwin dengan you, I nak but seminggu terlalu cepat. And why Rafiq? Kenapa awak tiba-tiba sebut nama dia?"

"Accident."

"Accident? Like so sudden? Haa? What's bothering your mind Azriel Haikal?"

Dia meraup kasar wajah tampannya. Nafas sudah laju tidak teratur. Mata dipejam rapat cuba menenangkan diri.

"We'll talk about this later. I need space to think."

Dia meninggalkan Athira begitu sahaja. Wanita itu terpinga-pinga dengan perbuatan tiba-tiba bekas suaminya. Dari jauh dia melihat Azriel mendukung Hanis lalu dibawa masuk ke dalam kereta.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now