BAB 43

1.3K 53 10
                                    

Sampai di pejabat, Athira melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu seraya melepaskan keluhan penat. Penat dia kali ini tak jauh beza dengan ketika mengandungkan Hanis. Hampir sama cuma keadaan sahaja yang sudah lain.

"Kita makan sushi dulu!" Ucap Athira teruja.

Plastik sushi yang dibeli sebelum sampai ke pejabat dia buka. Bento set yang dipenuhi bermacam jenis sushi dikeluarkan. Kecur air liur melihat makanan itu.

Chopstick diambil dan dia menyuap seketul sushi masuk ke dalam mulut.

Kunyahan pertama diiringi dengan air mata yang jatuh mengalir di pipi namun bibir masih mengukir senyum. Tangan naik mengelap air mata.

"Sedap.. sedap sangat." Chopstick diletakkan di dalam bekas sebelum dia menekup wajah. Tangisan cuba ditahan namun dia tak mampu lagi memendam segala rasa ini sendiri.

Dia ketawa kecil apabila memori lama menerjah fikiran. Ketika dia mengandungkan Hanis pernah dia mengidam sushi waktu Azriel di pejabat. Cuba ditahan keinginannya namun dia sudah tak senang duduk. Berjalan ke sini ke mari, duduk dan kemudian bangun semula. Tengok tv tak kena, siram pokok tak kena, semua tak kena!

Akhirnya dia membuat keputusan untuk membuat panggilan. Nafas dihela lega seraya bibir mengukir senyum apabila dia mendengar suara Azriel di corong telefon. Dia tanpa tunggu lama terus menyatakan hasrat hatinya.

"End this meeting here and we'll continue next week. I'm not satisfied with your works. Ray, Helena, Megat, masuk bilik saya after lunch. Don't forget to bring your project, I'll help you to fix some part of it."

Masih dis ingat jelas kata-kata yang dituturkan Azriel. Lelaki itu sanggup menghentikan mesyuarat dhgan alasan projek yang dibentang oleh pekerjanya tidak dapat memuaskan hati.

Sejurus selepas semua orang bersurai, Azriel tanpa tunggu lagi terus keluar mencari kedai sushi berdekatan. Makanan tengahari Athira hari itu adalah tiga set bento of sushi. Memang habis semua!

Disebabkan mood baik Azriel, pekerjanya pun dilayan sangat baik. Siap diajar teknik presents lagi. Memang masing-masing terkejut melihat perangai majikan mereka sebaik itu.

TOK TOK TOK!

Terjaga dari lamunan, Athira mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu. Pintu itu ditolak dari luar sebelum Rafiq masuk ke dalam. Dia menghela nafas panjang.

"Athira, don't forget kita ada meeting esok and saya nak paperwork atas meja saya sebelum tengahari. Ouh.. and ibu ajak datang rumah malam ni."

"Okay bos. Nanti Athira tanya dengan Azriel dulu. Kalau dia bagi Athira bagitahu, kalau tak boleh nanti Athira inform."

"Apa yang tak kena dengan korang berdua laki bini ni?"

"Hmm? Kenapa?" Athira sudah menggenggam seluar sendiri di bawah meja, gementar.

"Azriel tu termenung tak habis-habis. Makan pun tidak, yang Athira ni macam orang hidup segan mati tak mahu. Masih belum boleh move on pasal Hanis?"

Mendengar kata-kata Rafiq, dia hanya senyap. Menunduk ke bawah memandang sushi yang baru dijamah sedikit. Bukan saja Rafiq yang buntu dengan hubungan ini, dia lebih buntu. Entah apa pengakhirannya dia sendiri tidak tahu.

"Rafiq tak nak sibuk hal rumah tangga korang berdua tapi ibu tu risau sangat. Bincanglah elok-elok, sampai bila nak bersedih macam ni. Hanis pun tak suka tengok mak ayah dia macam ni."

Sejurus menasihati adik angkatnya, Rafiq lantas berlalu keluar dari pejabat pengarah. Semenjak pemergian Hanis Ardelle, prestasi pengarah syarikat itu iaitu Athira makin merosot dan secara tidak langsung semua perjalanan projek menjadi lambat.

Athira bangun lalu berlari menuju ke bilik air yang tak jauh hari pejabatnya. Staf di situ masing-masing melihat wanita itu berlari sambil menekup mulut.

Dia berhenti di hadapan singki sebelum mengeluarkan semua makanan yang telah masuk ke dalam mulut. Muntah dengan banyak sekali. Sushi yang dimakan tadi bagai sia-sia ditelan.

Tanpa disedari air mata turun menitis hingga terkena tudung.

"Athira rindu abang."













Sudah sejam dia melutut di atas jalan tar itu di bawah panas terik matahari petang. Lutut sudah berada pedih menahan haba jalan tar dan batu keras jalan itu. Mujur sahaja rumah mereka bukan tempat lalu lalang kereta. Dia perlu terus duduk di situ hingga Azriel memanggilnya masuk.

Kepala mendongak apabila ada kaki berhenti tepat di hadapan lututnya.

"A..abang."

"Penat dah? Nak masuk?"

Athira mengangguk laju. Kaki Azriel yang masih tersarung seluar pejabat lantas dipeluk merayu dan memohon agar seksaan ini ditamatkan.

"Tak payah peluk kaki aku lah betina! Jijik! Kau duduk sini lagi sejam."

"Azriel Haikal! Saya merayu, lutut saya dah pedih, saya nak masuk."

Azriel mencangkung. Hujung jari telunjuknya menolak dagu Athira agar wanita itu mendongak memandang tepat ke wajahnya. Bibir itu menunjukkan senyuman sinis bagai mengejek si isteri.

"Padan muka kau. Lutut kau yang pedih bukan lutut aku." 

Dia berdiri semula. Kaki kirinya dengan sengaja memijak kuat tangan wanita itu ke jalan tar. Dipijak sepuas hatinya.

"Arghhh!! Awak sakit!"

"Sakit?" Dia memijak lebih kuat.

Athira tak mampu lagi berkata apa selain menjerit kesakitan. Air mata sudah berjuraian turun. Tangannya cuba ditarik namun usaha itu menjadi sia-sia. Lupakah dia, perempuan itu lemah.

"Hah.. Puas hati aku. Kau nak aku buat lagi tak?" Soal Azriel sinis.

"T..tak nak.. sakit.."

"Tak sesakit hati aku perempuan! Kalau kau tak berkeras nak hantar Hanis dekat hospital tu dulu, anak aku tak mati!"

"Saya m..minta maaf. Salah saya.. Saya menyesal."

"HAHAHAHA kau ingat dengan menyesal kau tu boleh hidupkan anak aku balik? Never! Hidup aku jadi malang lepas kau datang!"

Athira hanya mampu menunduk. Air mata dikesan dengan belakang tapak tangan.

"Masuk. Aku tak nak tengok muka kau jadi jangan berani keluar bilik."

Sejurus dia melontarkan kata-kata itu, Azriel terus berlalu pergi meninggalkan Athira yang tampak menyedihkan di situ. Sedikit pun tiada rasa bersalah bahkan dia seronok melihat isteri sendiri terseksa begitu dan semuanya kerana bisikan syaitan.





sorry for the delayed. terima kasih kerana menunggu dan insyaallah next chapter akan lagi lama delay.

biasalah dugaan hidup memang macam ni, menunggu tanpa kepastian.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now