BAB 52

2K 63 3
                                    

"Abang minta maaf." Tangan Athira dicapai sebelum dia mencium tangan itu lama. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.

Athira terpinga-pinga apabila tangannya dicium begitu. Terasa basah kulit itu akibat air mata Azriel yang jatuh mengena pada kulitnya. Dia cuba tarik tangannya namun genggaman Azriel jauh lebih kuat.

"Awak.."

"Athira sakit kat mana? Abang bawa pergi hospital ye? Rindunya abang nak peluk." Perasaan itu diluahkan saat dia mendukung Athira. Meskipun isterinya itu agak berat dek berbadan dua tapi ditahan kan saja.

"Kenapa awak buat macam ni?" Athira pelik dengan perlakuan Azriel yang sangat lain dari sebelumnya. Ini bukan Azriel yang menderanya. Ini Azriel yang penuh dengan kelembutan dari segi tutur katanya dan perlakuannya.

Azriel diam dan hanya tersenyum.

"Saya tak nak. Saya tak nak pergi dengan penipu. Saya tak nak orang yang dera saya sentuh saya!"

Athira meronta-ronta di dalam dukungan Azriel. Tangan memukul dada sasa lelaki itu melepaskan geram. Serentak itu, air matanya juga turun membasahi wajah.

"Athira, kita pergi hospital dulu baru bincang. Boleh ye? Semua orang risau pasal Athira ni. Kita pergi hospital dulu ye? Lepas tu kalau Athira nak pukul abang pakai kayu besbol pun pukul lah."

Azriel segera memasukkan Athira ke dalam kereta. Tali pinggang keledar dipasang memastikan keselamatan isterinya. Athira diam memerhatikan Azriel. Siapa depan dia sekarang ni?

Sampai di hospital, Athira segera dibawa ke wad kecemasan untuk diberikan rawatan oleh doktor bertugas. Isterinya didukung dari kereta hingga ke bilik sakit memandangkan Athira langsung tak boleh berdiri dengan kedua belah kakinya.

"Macam mana doktor isteri saya?"

"Terseliuh sikit kaki ni. Tak ada apa cuma tu lah bila terseliuh ni nanti dia bengkak sikit lepas tu merah. Nanti saya bagi ubat surut bengkak dan boleh berurut betulkan semula urat." Kata doktor itu dengan senyuman di bibir.

Azriel tekun mendengar sambil mengusap tangan Athira. Wanita itu pula buat malas dan memejamkan mata ingin berehat seketika.

Haih kenapa tak admit saya masuk hospital doktor? Saya ni lari rumah tak ada tempat tinggal? Monolog Athira sendirian di dalam hati.

"Jom. Abang dukung ye?"

Disebabkan dia tak boleh menampung tubuh sendiri, dia hanya mengangguk membenarkan Azriel mendukung tubuhnya keluar dari bilik rawatan.

"Athira. Athira okay tak? Ya Allah risau ibu. Doktor cakap apa tadi? Tak ada apa-apa kan?" Si ibu menerjah risau akan anak angkatnya.

Azriel meletakkan isterinya di atas kerusi menunggu perlahan-lahan lantas berundur beberapa tapak memberi ruang pada puan Aisyah.

"Athira okay." Dingin saja. Jawab pun langsung tidak memandang ke muka Aisyah. Dia masih terasa dengan penipuan keluarga itu.

"Abang pergi ambik ubat sekejap ye?" Azriel pergi dar situ menuju ke farmasi untuk mengambil ubat yang telah diberi oleh doktor. Athira ditinggalkan dengan keluarga angkat wanita itu.

"Athira pergi mana tadi? Puas ibu, ayah dengan Rafiq cari merata tak jumpa. Kenapa keluar tak bagitahu?"

"Kenapa ibu pura-pura kisah tentang Athira? Kenapa selama ni ibu berpura-pura?" Ujar Athira kepada Aisyah namun kepala masih menunduk.

"Athira cakap apa ni sayang? Apa yang ibu pura-pura? Hmm?"

"Kenapa semua orang tipu Athira? Korang kata nak lindung Athira tapi kenapa bersubahat dengan orang yang dera Athira mati-matian? Kenapa buat Athira macam ni?"

Mereka tercegat di hadapan Athira kelu lidah. Mereka saling memandang wajah menghantar isyarat.

"Apa Athira cakap ni? Cuba jelaskan dekat ibu. Apa yang bersubahat ni?" Aisyah memegang kedua tangan Athira.

"Siapa yang belikan barang-barang baby? Siapa yang bagi duit untuk beli barang baby dan beli makanan yang Athira mengidam selama ni? Rafiq, awak khianat saya."

"Err..ermmm.. t..tapi Athira.. B..bukan tu niat saya yang sebenarnya. Bagi saya explain satu persatu."

"Tak payah. Kesimpulannya dekat sini, semua orang penipu. Ibu, ayah, Athira berterima kasih sangat-sangat atas jasa ibu dengan ayah pada Athira selama Athira menumpang. Maaf kalau Athira pernah terkasar bahasa atau buat ibu dan ayah terasa hati, Athira tak pernah berniat macam tu."

"Athira.. apa Athira cakap ni?" Puan Aisyah cuba menghentikan wanita itu namun Athira menarik tangannya tak mahu disentuh sesiapa.

"Terima kasih selama ni bagi Athira menumpang kasih. Athira rasa Athira dah boleh bawak diri sendiri sekarang. Ibu, ayah dan Rafiq dah boleh berhenti berlakon. Athira dah tahu semuanya."

"Athira, semua salah abang." Azriel muncul selepas selesai membeli ubat di farmasi hospital. Dia sudah mendengar perbualan mereka sejak Athira mengucapkan terima kasih.

"Abang yang.. abang yang suruh Tan Sri, puan Aisyah dengan Rafiq tolong abang. Sebab abang.. abang malu nak berhadapan dengan Athira. Abang malu dengan diri sendiri."

"Apa yang awak dapat dengan buat semua benda ni? Bukan dulu awak benci saya? Bukan dulu awak menyesal sebab memperisterikan saya? Siapa yang larang saya panggil suami sendiri 'abang'? Bukan awak? Jadi kenapa sekarang awak tiba-tiba bahasakan diri awak abang? Jawab Azriel!"

Dia jatuh melutut di hadapan Athira.

"Abang minta maaf. Abang dah menyesal dengan perbuatan abang selama ni. Abang bodoh! Abang tak fikir pakai otak waktu tu! Abang terlalu ikutkan bisikan syaitan."

"Athira maafkan abang."

Azriel mengangkat wajahnya memandang segenap wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata. Dia mendekati Athira sebelum kedua tangan lembut itu dicapai dan diusap.

"Itu apa yang awak expect saya cakap? Lepas kata 'maaf' awak tu? Kata-kata yang hanya meniti di mulut, senangnya bercakap. Dengar sini betul-betul Azriel, awak tak layak dimaafkan bahkan mimpi pun awak tak layak lepas apa awak dah buat! Jantan tak guna!" Tangan naik memukul bahu lelaki itu. Athira menjerit melepaskan geram.

"Pukul lah abang kalau itu yang buat Athira maafkan abang. Bunuh lah abang kalau itu yang boleh buat Athira maafkan abang!"

"Athira benci! Athira benci semua orang! Semua orang penipu! Jantan tak guna! Aku jijik dengan kau Azriel Haikal! Kau memang patut malu berhadapan dengan aku lepas apa yang kau dah buat!"

Mereka bertiga hanya mampu melihat Athira memukul Azriel melepaskan amarah di dada yang sudah dipendam lama. Dan mungkin lepas ini giliran mereka pula.

Wanita itu betul-betul hancur dari segi luar dan dalamannya.

"Athira penat! Apa dosa Athira sampai semua orang buat Athira macam ni? Bagitahu apa salah Athira!"

Air matanya sudah turun dengan deras tak mampu lagi berhenti. Jiwa yang baru ingin pulih sudah hancur tak bersisa. Apa lagi dugaan yang dia perlu hadap?

Tubuh Azriel dia tolak kuat. Dengan kaki yang berbalut dan terseliuh sakit itu, dia menuju ke sebuah troli besi yang diletakkan segala macam peralatan untuk perubatan.

Skapel yang berada di atas kain hijau ditangkap oleh retina mata. Langkahnya dilakukan sebelum Azriel sempat menghalangnya. Air mata masih belum berhenti. Lebih baik dia mati. Semua orang sudah mengkhianati dia jadi untuk apa lagi dia hidup?

"Athira!"

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now