BAB 20

1.4K 54 0
                                    

Jelas senyum lebar dibibir Athira melihat Hanis yang semakin aktif. Budak kecil itu berlari dan melompat di sekitar taman hospital itu. Gelak tawanya turut membuat pesakit lain tertawa.

"Hanis sini."

Hanis berlari kearah Athira sebelum melompat masuk ke dalam dakapan ibunya.

"Dah senget dah tudung dia."

"Ehehe. Nak air."

"Here."

Air di dalam botol kecil diberi pada Hanis sebelum budak itu meneguk rakus kehausan.

"Mama nak balik."

"Hmm tak boleh lagi, kena tunggu doktor dulu."

Keputusan darah Hanis masih belum keluar menyebabkan mereka terpaksa tinggal di hospital untuk beberapa jam.

"Tengok ni."

Athira meniupkan buih buih ke udara. Hanis melompat tinggi menangkap buih buih yang berterbangan di udara. Kasut kecilnya berbunyi di setiap lompatan.

"Ehem."

Athira menoleh. Azriel yang baru sahaja balik dari solat zohor melabuhkan punggungnya di bangku kayu tersebut. Athira mengalih punggung menjarakkan ruang antara mereka.

"Ah! Huyan!!"

Hanis menarik tangan Athira yang duduk dibangku. Tangan Azriel turut ditarik dan dia berlari anak menuju ke tempat berteduh.

Tubuh kecil itu terkial kuala ingin naik ke kerusi batu ditempat teduh. Bekas suami isteri itu juga turut melabuhkan punggung diatas kerusi batu.

"Alaa hujan. Tak boleh main."

"Hanis. Kenapa hujan?"

Azriel bertanya sambil membetulkan seluar Hanis.

"Sebab Allah bagi hujan."

"Pandainya dia. Hujan tu apa?"

"A..mat."

"Rahmat sayang."

Athira yang mendengar perbualan anak beranak itu hampir menitiskan air mata.

"Pandai awak ajar dia."

Lelaki itu sekadar tersenyum nipis. Hanis diangkat dan diletakkan diatas pehanya. Jari mencubit geram pipi tembam kemerahan itu.

Flashback

Kedua tangan Hanis mengenggam kemas jari besar ayahnya. Kaki kecil itu melangkah satu demi satu menuruni tangga rumah.

"Amboi cantik cantik ni nak pergi mana?"

Puan Aaliyah yang baru siap mengemas dapurnya melutut mencium kedua belah pipi cucunya. Comel.

"Azriel nak bawak dia jalan jalan dekat taman sekejap."

"Amboi baru dapat kaki nak berjalan tinggal tokma dah? Hmm kalau boleh berlari nanti tak tahu lah."

"Azriel sibuk tak sempat nak main dengan dia. Azriel pergi dulu eh, assalamualaikum."

Azriel mencium tangan ibunya sebelum sambung langkahnya yang terbantut tadi bersama Hanis di hadapan.

"Waalaikumsalam."

Hanis berjalan diatas rumput mengikut kucing berwarna kelabu yang turut mengambil angin di taman itu.

Azriel mengikut anak gadisnya dari belakang.

Sesekali tubuh kecil itu terjelepok jatuh dek kerana otot kaki yang masih belum kuat. Namun dia bangun mahupun setiap tiga langkahnya dia terjatuh.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now