BAB 19

1.2K 50 14
                                    

Azriel melabuhkan punggungnya diatas sofa. Keluhan dilepaskan. Skrin tv yang memaparkan iklan dilihat kosong. Sesekali dia memandang ke bawah, termenung.

"Hanis dah tidur?"

"Eh ma tak tidur lagi? Hanis baru je tidur."

"Tak mengantuk?"

"Azriel tak rasa nak tidur lagi."

Dia menggaru kepalanya sendiri. Puan Aaliyah melabuhkan punggung di sebelah anak lelakinya seraya meletakkan secawan kopi di atas meja kaca.

"Azriel stress?"

Selepas seminit dia berdiam diri, kepala diangguk perlahan. Senyuman paksa diukir.

"Pasal?"

"Hanis."

"Kenapa dengan Hanis? Ada masalah lagi ke dengan jantung dia?"

"Tak. Ermm sejak dia rapat dengan Athira ni, asyik nak mama dia je. Kalau bangun je tak jumpa Athira memang dia mengamuk lah. Sometimes sampai sesak nafas. Manja. Azriel dengan Athira tak boleh jumpa selalu, tak manis lah orang nampak."

Puan Karina mengangguk.

"Azriel ada girlfriend? Or someone yang Azriel nak jadi kan mummy baru untuk Hanis?"

Dia menggeleng.

"Urusan dengan Tasya pun belum selesai sepenuhnya lagi. Kenapa?"

"Lepas dah settle semua kahwinlah dengan Athira." Ucap perempuan separuh abad itu selamba.

"Eh. Apa pulak. Rafiq tu minat Athira, takkan lah Azriel nak rampas pulak."

"Mana kamu tahu?"

"Rafiq bagitahu. Cara dia pandang Athira pun lain."

"Athira ada cakap apa apa?"

"Tak."

"Habistu? Apa masalahnya? Pikat je lah Athira."

"Masalahnya Azriel tak cintakan dia."

Kopi disisip sebelum dia mencampakkan pandangan ke luar tingkap.

"Aku ni yang lahirkan kau bukannya Jenah depan rumah tu. Aku tahu lah. Azriel suka dia kan?"

Azriel hanya tertawa kecil mengambil kata kata ibunya sebagai gurauan. Dia sendiri keliru. Otak kata tak tapi hati dia? Masih berbelah bagi.

"Dah lah mama ni mengarut je. Azriel nak naik atas. Budak tu bangun kang menangis pulak."

"Basuh kaki ambik wuduk dulu."

"Ye."

Azriel menapak kearah tangga. Kaki melangkah naik sementara fikirannya sibuk memikirkan tentang Athira dan Hanis.

Pintu dibuka perlahan. Lampu tidur menerangi beberapa sudut bilik membantunya untuk melihat Hanis yang lena dibuai mimpi.

Pintu tandas dibuka. Dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat sebelum tidur.

Jam dinding dikerling. 4 pagi. Wajah diraup seusai dia menunaikan solat istikharah. Hanis masih nyenyak tidur diatas katil dengan bantal peluk kecil di dalam dakapannya.

Sejadah dilipat dan digantung. Tingkap yang membolehkan dia melihat jalan raya mengukir senyumnya tanpa sengaja.

Flashback

Dia menyelinap masuk dengan berhati-hati supaya tidak menganggu lelaki itu. Langkahnya menapak perlahan menuju ke arah Azriel Haikal yang khusyuk memerhati skrin komputernya.

𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇Where stories live. Discover now